Saturday, October 31, 2009

Program Khidmat Bantu PKG Masjid Tanah 2009

Selama seminggu hari tu iaitu 14 hingga 17 Julai 2009, sekolah Mak Uda telah didatangai sekumpulan guru-guru GPM Kawasan Masjid Tanah datang mengadakan program kat atas tu. Terima kasihlah kat kawan Mak Uda, saudara Norizam Majid, Penyelaras PKG Masjid Tanah.. yang dah uploadkan situasi sebelum dan selepas mereka bertungkus-lumus menyiapkan Perpustakaan sekolah Mak Uda.

Friday, October 30, 2009

Panggilan haji..

Sampailah masanya, jemaah-jemaah haji kita berangkat menunaikan haji ke Mekah. Mak Uda ucapkan selamat jalan kepada kawan-kawan Mak Uda dan Pak Uda iaitu Cikgu Asmah dan suami, Cikgu Ibrahim dan isteri, Kak Salina serta warga sekolah Mak Uda yang pergi buat kali keduanya iaitu Kak Sallabiah dan suami, Cikgu Malek.

Semoga mereka selamat pergi dan balik serta mendapat haji yang mabrur..

Mak Uda uploadkan lirik lagu 'Panggilan Haji' yang memang digemari sejak kecik lagi..bila lah agaknya Mak Uda dapat seru ye.

Panggilan Haji
Panggilan Haji telah tiba lagi,
Menunaikan ibadah panggilan Baitullah,
Tanah suci Makkah,
Ya Makkah Al-Mukarramah.

Malam subuh dan senja..pergi ke Baitullah
Sembahyang berjamaah, tawaf, saei dan umrah..

Terdengar suara.. panggilan bergema..

Tiba masanya kini..Wukuf Haji Arafah,
Terdengar sayup sampai..tasbih, tahmid dan takbir..

Putih, bersih, berseri..bakti pada Ilahi,
Terbayang lah di sini..tempat berhimpun nanti..
Tempat berhimpun nanti..

Dari Padang Arafah lalu ke Muzdaliffah,
Bermalam di Mina melontar tiga Jumrah,
Syarat rukun haji sempurnalah sudah,
Semogalah ibadah haji mabrurrah...

Masjid di Nabawi terletak Makam Rasul,
Taman Raudhah tempat himpun doa,
PadaMu, wahai Junjungan..
Selawat dan salam pohon syafa'at..

Ya Syafa'atullah...

Panggilan Haji telah tiba lagi,
Menunaikan ibadah panggilan Baitullah,
Tanah suci Makkah,
Ya Makkah Al-Mukarramah...

Wednesday, October 21, 2009

Sambutan Hari Raya ...


Hari tu, sekolah Mak Uda buat Sambutan Hari Kanak-kanak dan RIMUP..budak-budak pakai baju raya.. kontroversi jugaklah kisah ni..Tapi Mak Uda nak bagi pendapat, rasanya tak salahkan kalau kita mengajar anak-anak mengenal perayaan-perayaan di Malaysia ni kan? Kata nak menjayakan Misi '1 Malaysia' ni kan..

Penyanyi paling 'malu' dalam Malaysia..
Mak Uda selalu terkenang masa kecil dulu, ex-sekolah Mak Uda, SK Salak Nama, SK Bongek, SMK Undang Rembau, SMK Chembong sehinggalah ke Maktab Perguruan Teruntum..dan sekarang dah mengajar pulak, telah diajar.. selepas Hari Raya Aidilfitri selalunya pasti ada yang membuat sambutan Hari Raya peringkat sekolah atau sesuatu institusi tu, pastinya korang semua pun ada sambutan macam tu jugak kan?Sedih rasanya kalau tak sambut..

Budak tak cukup umur pun pegi sekolah... Yang sebelah tu pinjam songkok sapa pulak?

Tapi sekarang kita pulak macam nak menyekat pengetahuan anak-anak..Bukannya tak belajar, masa tu lah jugak kita mengajar... apa makanan yang dimakan pada hari itu, pakaian yang sesuai masa sambutan tu, murid-murid diajar cara memberi ucapan mengikut protokol, apa lagu yang sesuai (anak-anak murid Mak UDa tak pandai nyanyi lagu raya..kesian diorang) dan lagi pun sekolah Mak Uda ada beberapa orang pelajar India yang seronok nak join sama dan kami membuat Program RIMUP untuk mengeratkan silaturrahim tanpa mengira bangsa..

Meriah..bukan betul menyanyi lagu perpaduan tu..Yg 3 orang tu kumat-kamit aje.....janji join.
Kadang-kadangkan, kena fikir baliklah perkara-perkara yang kecil macam ni.. Nampak macam kecil, tapi besar maknanya..Yang terasa, maaflah ye..Mak Uda tetap menyokong mana yang baik..
Bawah ni Mak Uda nak pertontonkan betapa sukanya anak-anak sekecil ini, termasuk juga guru-gurunya melayan karenah mereka..rugi rasanya kalau mereka tak mendapat pengalaman sebegini..lagi-lagi zaman sekarang, semuanya boleh dirakam dan ditonton semula bila mereka dewasa nanti..Kalau di negara omputeh tu semuanya nak diberi pada anak-anak supaya merasa pengalaman sebenar, kita dah ajar mereka nama-nama perayaan di Malaysia ni, kita pulak yang menyekat situasi yang sebenarnyakan....ni tak adil namanya, kan?



tak boleh nak upload, pasal apa tak tau..line tak ok..

Keluarga di Chengkau Raya..


Sedih..sedih.. Mana Mak Uda dalam gambar ni..Tak adolah pulak.. Bukan apa sebab tak ada tu, MaK Uda membuta kat rumah mak Lubok ni sebab kepenatan malam raya tu lambat tido.. Hari ini, maka sempatlah Mak Uda meng'upload'kan gambar adik-beradik Mak Uda di Chengkau. Ingat ke diorang cepat sangat pegi kedai gambar dan dah terlepas, rupa-rupanya lambat..kena tinggallah Mak Uda sekeluarga..Lagipun, kitorang hijau, Angah Mak Uda pulak biru..diorang semua merah..tak kena langsung...so, kitorang disingkirkan sendiri..ha..ha..

Andak Fidah, anak-anak...Azraie, Kak Ira dengan Arman dan Kak Lang Radziah.


Acu Ajak, Hannan dan Anis Sofea.


Ateh Redza, Kak Tih Midah, Balkis and baby baru..Badrul.

Masukkan gambar sendiri jugaklah, hari raya tahun 2007 punya..sebab tak nak kecikkan hati sendiri..ha..ha..tapi bukan kat kedai, bawah pokok je lah..kik..kik..


Sunday, October 11, 2009

Kata orang-orang tua..

Mak Uda terbaca blog Ibu Ayu, kesian Faiz, budak comel tu...kes macam ni Mak Uda dengan Pak Uda dah pernah alami..memang sedih dan kesian bila tengok anak-anak kena cirit-birit terlampau dan muntah..

Anak Mak Uda ni masa kecik teruk dengan penyakit..demam(biasalah kan), bisul penuh kat kepala sampai ke leher(orang-orang tua kata penyakit kenan/sawan), sawan tangis dan macam-macam lagi.. Bab penyakit cirit-birit ni, Mak Uda dan Pak Uda hadap masa Amir, anak sulung kitorang masih kecil.. masa tu bulan puasa, Mak uda sibuk buat biskut raya..dahlah cirit-birit, dia muntah menyembur-nyembur sampai kena kat pintu rumah arwah mak kat Chengkau. Malam tu jugak arwah mak suruh bawak pegi klinik, tengok Amir ni dah lembik dan demam. Masa tu klinik bukan macam sekarang, semuanya buka sampai pagi...pegilah Tampin, Klinik Al-Azim tutup, klinik lain pun sama..apalagi..dah pukul 12 malam, kitorg nekad pegi ke Masjid Tanah..malam tu dapatlah jugak tengok2 pelita raya sebab nak pegi bukannya dekat..sampailah ke Klinik Asuza..kuranglah sikit demam dia.

Nak dijadikan cerita, esok tu demam dan muntah lagi, bawa sekali lagi ke Tampin, on the way balik dia muntah dalam kereta..kesian dah lembik..baliklah ke rumah.. Sampai ke rumah kita pun dah letih, dia asyik muntah je..Mama dia, Kak Lang Mak Uda kata cuba ambil Vitamin C, hancurkan campur air..bagi guna sudu.. Dia kata dia pernah baca kat majalah,Vitamin C boleh menghentikan cirit-birit dan muntah..apalagi, bingkaslah Mak Uda ni bangun mencari Vitamin C.. syukur, alhamdulillah, bukan nak cakap..memang lepas bagi tu Amir terus berhenti muntah dan tak cirit-birit lagi.. Cubalah petua ni, kalau anak-anak kita terkena penyakit ni..satu lagi Pil Chik Kit Tek On pun boleh, hancurkan..kalau budak kecil bagi 10 biji dan hancurkan terlebih dahulu dan campukan dengan air..insya allah, perlahan-lahan nanti dia ok..Ubat klinik ni kena jugak ambil..

Mak Uda jenis nekad je, kadang-kadang ngeri jugak berani sangat..Masa Amir kena bisul dulu, kitorang ni dah geram tengok tak pecah-pecah bisul tu, kitorang ambil duri limau, cucuk dan cuci dengan air panas, kemudian letak ubat dapat dari klinik.. Masa Haziq pulak, dia kena juandis/demam kuning..kitorg bantai jemur je kat bawah matahari dan cari ubat hemopati, sebab masa tu tak ada orang nak tengok anak-anak yang lain, mak ke Makkah masa tu..ada ubat untuk juandis rupanya..Berani-berani, dalam pada tu cemas jugak..

Bila difikir-fikirkan masa tulis blog ni, ngeri pulak rasanya..ha..ha..

Wednesday, October 7, 2009

Hai anak-anak ....

Mak Uda rasa terpanggil nak meng'upload'kan lagu ni bila tengok drama kat Astro Prima masa hari raya tu.. Bila difikir-fikirkan, memang anak-anak zaman sekarang tak seperti anak-anak zaman Mak Uda dengan Pak Uda dulu.. kami dulu tak dapat nak duduk bersembang-sembang dengan ayah, dengan mak tu bolehlah jugak..Rasa hormat tu amat tinggi kepada mereka..tapi anak-anak zaman sekarang ni, dia tu pulak yang merancang pulak apa yang mak ayah kena buat untuk dia.. Apatah lagi, nak melayan kehendak-kehendak mereka, mak ayah pulak yang jadi 'pak turut'. Yang kurang ajar, tak mendengar kata, melawan cakap..tak boleh nak cakap..nauzubillah..janganlah kita menderhaka..

Bersyukurlah anak-anak zaman kini,.... dengarkan lagu ni.. Mak Uda dah menyanyikan lagu ni masa kami ada kumpulan nasyid dulu di Rumah Rakyat Chengkau, Rembau...., arwah abahlah yang menubuhkan kumpulan tu.. sayu hati..

Ya Ilahi Rabbi,
Sempurnakanlah pekertiku,
Sebagaimana Engkau, menyempurnakan wajahku,
Kurniakanlah rahmat bahagia ibu bapaku,
Berikan hidayat pada hati yang tertutup..

Sebagai rimbunan daun-daun,
Seandainya bilangan dosaku..
Ya Allah, ampunilah daku..
Hamba bertaubat..

Hai anak yang soleh,
Beruntunglah ayah dan bonda,
Bagai mata air yang mengalir dalam syurga,
Hai anak durhaka,
Pintu taubat masih terbuka,
Jangan kau teruskan tingkah laku yang kecewa,

Sebagai rimbunan daun-daun,
Seandainya bilangan dosamu,
Ya Allah..ampunilah dia,
Yang telah bertaubat..

video

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails