Showing posts with label Al-Quran. Show all posts
Showing posts with label Al-Quran. Show all posts

Friday, April 22, 2011

Syahdunya...

Rasa syahdu mendengar Imam ini mengalunkan surah semasa mendirikan solat, walaupun selama hampir 10 minit membacakan surah tersebut, tapi dengan suara yang mendayu-dayu pasti tak akan terasa...sejuk rasa perut Mak Uda ni andai kata anak-anak dapat mengaji seperti ini...Sama-sama kita hayati dan kalau boleh buat begini...alahai...

Saturday, August 7, 2010

Tarmizi Johan Akademi Al-Quran ke-4..

Salam.. Mak Uda dah agak Tarmizi ni boleh menang..mendengar komen juri pun Mak Uda rasa dia layak untuk menang malam semalam. Tahniah...Kalau rancangan ni ada dulu, Mak Uda pun nak masuk.

Petikan berita dari Berita Harian, 07 Ogos 2010..

PUTRAJAYA: Peserta Terengganu, Ahmad Tirmizi Ali, 25, mengubat kekecewaan dua abangnya apabila diumumkan juara musim keempat Akademi Al-Quran (AQ4) pada peringkat akhir yang berlangsung, di sini malam tadi.

Dua abangnya, Mohd Muslim dan Mohd Hafaz, masing-masing sebelum ini hanya berpuas hati di tempat kedua dan ketiga AQ musim kedua. Dengan kemenangan itu, Ahmad Tirmizi, Pengurus Masjid Al Hidayah, Kelana Jaya membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000, pakej umrah, sebuah al-Quran digital berserta trofi.

Gelaran naib johan diraih Muhammad Ahmad yang menerima wang tunai RM15,000, manakala tempat ketiga dan keempat masing-masing milik Yahya dan Husni. Yahya membawa pulang RM10,000 dan Husni menerima RM2,000.

Wednesday, August 4, 2010

Ramadhan dah kembali...


Rindunya dengan Ramadhan akan datang kembali..kedai-kedai atau pasaraya besar bukan mempromosikan bulan Ramadhan tetapi sibuk mempromosikan Hari Raya yang jauh lagi sebulan bakal tiba. Sepatutnya kita mengalu-alukan Ramadhan yang penuh dengan seribu kebaikan ini , memanglah persediaan Hari Raya perlu diadakan tetapi adalah hadnyakan. 

Baru ni Mak Uda pergi sebuah pasaraya, macam dah nak sambut raya rasanya, punyalah ramai, puasanya belum lagi. Harap-harapnya tahun ni dapatlah kita menambahkan pahala puasa kita dengan lebih baik dari tahun lepas. Mari kita baca Al-Quran Online ni kalau ada masa, kongsi dengan Mak Uda ye...

Klik sahaja di sini untuk baca Al-Quran online..

Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa..

Maka dah habislah semalam Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke-52..rindu rasanya bila dah habis..tahun ni Mak Uda dapat tengok tiap-tiap hari, gembira rasanya. Mendengarnya pun dah dapat pahala apatah lagi kalau kita membacanya sendiri.

Keputusan malam tadi :
Qari: 
Tempat pertama : Mesir
Tempat Kedua: Malaysia
Tempat Ketiga: Filipina

Qariah:
Tempat Pertama: Pakistan
Tempat Kedua: Brunei
Tempat Ketiga : Filipina
Nampaknya, peserta dari negara-negara lain semakin 'mantop'. Qari dari Mesir ni, Hani Abdel Aziz Ahmed, suara memang mengagumkan, padat betul suara dia...susah nak cari orang yang ada suara macam ni, Mak Uda dah agak dari awal dengan melihat dia menghafal ayat tu dah tentu dia menang. Peserta Qariah Malaysia hanya di tempat ke-4, tak berapa mantap lagi berbanding Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd Badiuzzaman dulu..


Mak Uda jugak nak promosi tengok Akademi Al-Quran yang akan habis dan peringkat akhir program ini akan disiarkan secara langsung di TV9 pada 6 Ogos bermula jam 9 malam hingga 11 malam dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Peserta akhir nanti ialah Husni bin Ali Hassan, 25, Muhammad Ahmad Zahid, 15, dan pasangan adik-beradik, Ahmad Tirmizi Ali, 25 dan Yahya Ali, 23.
 
Kitab Al-Quran

Kitab Al-Quran kitab memimpin umat,
Yang berkekalan Al-quran Ya Al-Quran,
Kitab Al-Quran kitab memimpin umat,
Yang berkekalan Al-quran Ya Al-Quran,

Dalam sujud menyerah pada Ilahi,
Pada kebesaran dan keagunganNya,
Pada al-Quran, pada Al-Furqan,
Kitab panduan muslimin dan muslimat.

Terus maju menegakkan syiar Islam,
Berani menghadapi duri rintangan,
Dengan bertaqwa kepada Allah,
Inilah hakikat hidup yang sebenar.

Disiplin dipatuhi masalah selesaikan,
Al-Quran melahirkan perpaduan,
Kemerdekaan, Kesejahteraan,
Berjuang keadilan dan kemiskinan.

Hak agama, negara , bangsa dijulang,
......................................................................
.....................................................................
.....................................................................
(Tolong habiskan nasyid ni untuk Mak Uda, dah lupalah pulak..)

Monday, July 27, 2009

Ramadhan Al-Mubarak

Sempena bulan Ramadhan yang hampir tiba ni, Mak Uda nak kongsi bersama-sama dengan semua Al-Quran Interaktif. Semoga kita mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah. Klik saja pada Al-quran di bawah, kalau tak boleh kat tepi pun ada.


Untuk mendapatkan tafsir dan cara bacaannya boleh lah pegi ke link ini pulak.. Quran Explorer.
Semoga kita mendapat manfaatnya bersama-sama.

Friday, July 17, 2009

Keberkatan Surah Al-Ikhlas...

Ketika Memulakan Kerja

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana
dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada di
dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan
berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum Masuk Ke Rumah

Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3
kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca
bismillah.
Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya
tiada orang di
rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan
menyahut.


Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang
diucapkan
pada akhir solat akan membantu kita menjawab
persoalan kubur.
Apabila malaikat memberi salam,
seorang yang jarang bersolat akan
sukar menjawab
salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat,

amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan
menolongnya
menjawab salam malaikat itu.

Ketika Sakit

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa
membaca surah Al-Ikhlas
sewaktu sakit sehingga dia
meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk
di
dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan
kuburnya dan para
malaikat akan membawanya dengan
sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim
lalu menuju
ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).


Khatam al-Quran

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki
kepada umatnya:

Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam
jangka
masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya
yang menjawab.
Malah Saiyidina Ummar telah
mengatakan bahawa ianya mustahil untuk
mengatam Qur'an
dalam begitu cepat.


Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya.
Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa
Saiyidina Ali
(yang sedang kecil pada waktu itu) tidak
tahu apa yang dikatakannya itu.
Lantas Saiyidina Ali
membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.
Rasulullah SAW
menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.


Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama
dengan membaca 10 jus
kitab Al-Quran. Lalu dengan
membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali
qatamlah
Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.


Pahala Membacanya

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah
bersabda:

Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka
saya telah melihat
Arasy di atas 360,000 sendi dan
jarak jauh antara satu sendi ke
satu sendi ialah 300,000
tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi i
tu terdapat Padang
Sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap
satu padang
Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.


Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat
yang mana
kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.
Setelah mereka selesai membaca
surah tersebut maka
berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya

pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang
yang membaca
surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun
perempuan.


Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku
ditanganNya,
sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu
tertulis di sayap malaikat
Jibrail a.s, Allahhus Somad
itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.....s,
Lamyalid walam
yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s,
Walam
yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a..s.


Nota

Sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain.
Sepertimana
sabda Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah
pesananku walaupun satu ayat'.
Sesungguhnya apabila
matinya seseorang anak Adam itu,
hanya 3 perkara yang
akan dibawanya bersama:

(1) Sedekah/amal jariahnya, (2) Doa anak-anaknya yang
soleh dan
(3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya
kepada orang lain.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails