Showing posts with label Hari Raya... Show all posts
Showing posts with label Hari Raya... Show all posts

Monday, August 22, 2011

Salam Aidilfitri



Setelah sekian lama Mak Uda betapa dari meng'update' blog, makan akhirnya keluarlah Mak Uda dari 'Gua'...Mak Uda yang sibuk dengan asignment dan periksa. Maka kini barulah Mak Uda ada  sikit 'mood' raya walaupun jawab kertas peperiksaan tah apa-apa. 

Salam Aidilfitri daripada Mak Uda dan Pak Uda sekeluarga setelah hampir 2 bulan Mak Uda tak mengemaskini, insya allah Mak Uda akan aktif (kalau rajin lah...) semula... Pohon kemaafan kepada semua.

Wednesday, October 21, 2009

Sambutan Hari Raya ...


Hari tu, sekolah Mak Uda buat Sambutan Hari Kanak-kanak dan RIMUP..budak-budak pakai baju raya.. kontroversi jugaklah kisah ni..Tapi Mak Uda nak bagi pendapat, rasanya tak salahkan kalau kita mengajar anak-anak mengenal perayaan-perayaan di Malaysia ni kan? Kata nak menjayakan Misi '1 Malaysia' ni kan..

Penyanyi paling 'malu' dalam Malaysia..
Mak Uda selalu terkenang masa kecil dulu, ex-sekolah Mak Uda, SK Salak Nama, SK Bongek, SMK Undang Rembau, SMK Chembong sehinggalah ke Maktab Perguruan Teruntum..dan sekarang dah mengajar pulak, telah diajar.. selepas Hari Raya Aidilfitri selalunya pasti ada yang membuat sambutan Hari Raya peringkat sekolah atau sesuatu institusi tu, pastinya korang semua pun ada sambutan macam tu jugak kan?Sedih rasanya kalau tak sambut..

Budak tak cukup umur pun pegi sekolah... Yang sebelah tu pinjam songkok sapa pulak?

Tapi sekarang kita pulak macam nak menyekat pengetahuan anak-anak..Bukannya tak belajar, masa tu lah jugak kita mengajar... apa makanan yang dimakan pada hari itu, pakaian yang sesuai masa sambutan tu, murid-murid diajar cara memberi ucapan mengikut protokol, apa lagu yang sesuai (anak-anak murid Mak UDa tak pandai nyanyi lagu raya..kesian diorang) dan lagi pun sekolah Mak Uda ada beberapa orang pelajar India yang seronok nak join sama dan kami membuat Program RIMUP untuk mengeratkan silaturrahim tanpa mengira bangsa..

Meriah..bukan betul menyanyi lagu perpaduan tu..Yg 3 orang tu kumat-kamit aje.....janji join.
Kadang-kadangkan, kena fikir baliklah perkara-perkara yang kecil macam ni.. Nampak macam kecil, tapi besar maknanya..Yang terasa, maaflah ye..Mak Uda tetap menyokong mana yang baik..
Bawah ni Mak Uda nak pertontonkan betapa sukanya anak-anak sekecil ini, termasuk juga guru-gurunya melayan karenah mereka..rugi rasanya kalau mereka tak mendapat pengalaman sebegini..lagi-lagi zaman sekarang, semuanya boleh dirakam dan ditonton semula bila mereka dewasa nanti..Kalau di negara omputeh tu semuanya nak diberi pada anak-anak supaya merasa pengalaman sebenar, kita dah ajar mereka nama-nama perayaan di Malaysia ni, kita pulak yang menyekat situasi yang sebenarnyakan....ni tak adil namanya, kan?



tak boleh nak upload, pasal apa tak tau..line tak ok..

Keluarga di Chengkau Raya..


Sedih..sedih.. Mana Mak Uda dalam gambar ni..Tak adolah pulak.. Bukan apa sebab tak ada tu, MaK Uda membuta kat rumah mak Lubok ni sebab kepenatan malam raya tu lambat tido.. Hari ini, maka sempatlah Mak Uda meng'upload'kan gambar adik-beradik Mak Uda di Chengkau. Ingat ke diorang cepat sangat pegi kedai gambar dan dah terlepas, rupa-rupanya lambat..kena tinggallah Mak Uda sekeluarga..Lagipun, kitorang hijau, Angah Mak Uda pulak biru..diorang semua merah..tak kena langsung...so, kitorang disingkirkan sendiri..ha..ha..

Andak Fidah, anak-anak...Azraie, Kak Ira dengan Arman dan Kak Lang Radziah.


Acu Ajak, Hannan dan Anis Sofea.


Ateh Redza, Kak Tih Midah, Balkis and baby baru..Badrul.

Masukkan gambar sendiri jugaklah, hari raya tahun 2007 punya..sebab tak nak kecikkan hati sendiri..ha..ha..tapi bukan kat kedai, bawah pokok je lah..kik..kik..


Thursday, September 17, 2009

Tag Raya...

Menyahut cabaran Ibu Ayu, Mak Uda pun teruja nak menjawab semua soalan pasal raya tahun ni...

Baju Raya...
Alhamdulillah.. Baju raya tahun ni hijau jugak, sama macam Ibu Ayu.. Pakai baju kurung je, beli siap kat kedai yang biasa Mak Uda pegi kat Tampin tu ( Mawaddah ), Pak Uda pun sama tempah kat situ..senang.. Anak-anak pun sama hijau, jangan jalan anak-anak nanti macam anak dengan mak ayah pokok dah le..Baju Melayu dan Baju kurung , Mak Uda dah setkan dari dulu mesti sama, ada temalah..
Baju raya yang satu ni Mak Uda pegi beli sama dengan Ibu Ayu kat Taman Cempaka, Melaka. Ada cerita baju ni..tak boleh nak lupakan. Tengok ye..apa persamaannya..padahal beli kat tempat lain-lain.

Untuk Baby/Anak...
Anak-anak Mak Uda bab memilih baju jalan, Mak Uda dengan Pak Uda bagi kebebasan sikit.. Ikutlah nak warna, fesyen apa..
Family Aku..
Sejak mak dengan abah dah tak ada, kitorang adik-beradik tak teruja sangat. Family di Chengkau, Rembau tahun ni beraya dengan tema warna merah. Mak Uda dah ada warna tu 2 tahun lepas, kalau nak bergambar nanti, baju hijau tukar le kaler merah..(gambar kat profil tu..)

Family Mertua...
Kat Lubok ni, tahun ni warna-warni.. Induk, adik Pak Uda dengan kitorang je yang sama hijau. Mak Andak kata Pak Andak recycle je baju raya lama dia, dia tetap baju baru.

Kasut Raya..
Kasut tak tahan tahun ni, Pak Uda berhabis beli kasut berjenama.. Amir..Nike, Ammar dengan Amrin..Adidas.. Haziq selagi tak belikan kasut dia, tidur mengigau mintak kasut.. kesian, tak tahan carilah sampai dapat di Mahkota Parade. Betul jugak kata Pak Uda, kalau kasut RM120.00 bahagi dengan 12 bulan baru RM10.00..kira zakatlah untuk anak-anak,sebab tak beli pampers, mainan lagi..YOLAH!!!!

Kuih Raya..
Soalan ni cepumas betul, haram satu balang biskut tak ada. Tak teruja betul nak beli biskut hanya kerepek je beli. Kalau ikut sejarahnya, Mak Uda ni adalah orang paling rajin nak buat biskut raya. Nanti kalau datang raya, Mak Uda masak yang panas-panas je.

Perabot Baru..
Tak ada langsung perabot baru, cat baru..tahun ni semua malas.. Kadang-kadang hiran jugak, kenapa nak raya baru nak kemas, hari-hari biasa tak kemas ee? Mak Uda tanya ni, sebab dah malas, asyik nak fikir pasal nak sedia makanan untuk pagi raya je..

Duit Raya...
Duit raya? Mak Uda tahun ni amalkan langkah berjimat-cermat, Mak Uda dah siapkan makanan, peruntukan duit raya dah jadi kecil.. Makan je lah ye..

Bonus..
Alhamdulillah, dapatlah bantuan khas hari raya yang PM bagi tu, bila masuk? Tak tau le..

Balik Kampung..
Hisk..hisk... sedih, kampung kitorang dekat sangat, 15 minit dah sampai... Mak Uda selalunya balik kampung Chengkau lepas sembahyang hari raya kat Lubok. Balik Muar hari raya kedua atau ketiga, saudara-mara ada lagi kat sana.. rindu bau tanah gambut kat sana.

Inilah serba sedikit yang kitorang buat untuk sambut hari raya tahun ni.. Selamat Hari Raya..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails