Showing posts with label KDP 14M. Show all posts
Showing posts with label KDP 14M. Show all posts

Thursday, July 9, 2009

TAHNIAH...

Keputusan KDP 14 Minggu PraSMP dah keluar.. tahniah kawan-kawan. Mak Uda suka tu bukan apa, boleh guna lagi otak Mak Uda ni untuk belajar rupanya.. Cayalah, suka betul.. Terima kasih kepada semua yang bagi sokongan, dah lama tak belajar ingat ke dah berkarat. Yang paling kelakar BI dapat A, tak sangka..Punyalah teruk dan susah nak dapat..nak menghafal masa pekse tak payah cakap lah..
Ni gambar masa dalam dewan pekse...

Macam bodoh-bodoh je masa menjawab. Tahniah Ibu Ayu, Kak Ekin, Kak Ziana (super power pompuan ni), Chan, Kak Aida, Nasa, Zam, Amin, Fauzi, Isha dan semua kawan-kawan Unit 1..
Ni bukan dalam dewan, ni masa sesi makan jamuan dalam kelas..
Budak berlima langsung tak ade kena mengena dengan pekse..

Terima kasih Pak Uda yang selalu bagi sokongan untuk belajar.. Walaupun kena kutuk, semangat tu semakin kental, paling suka ...English aku 'A'!!!Terima kasih untuk korang semua terutamanya mak dan anak-anak yang bagi sokongan..perjuangan belum selesai! Jauh lagi perjalanan kita.

Sunday, March 29, 2009

Gembiranya hati Allah sahaja yang tahu...


Tarikh keramat 23 Februari 2009, tak dapat Mak Uda lupakan, Mak UDa daftarkan diri ke Kursus Dalam Perkhidmatan 14 Minggu di IPGM Kampus Perempuan Melaka. Mak Uda pergi dengan kawan Mak Uda, Ibu Ayu dengan Amin. Kami dah lama nak belajar, mohon dah banyak kali tak dapat-dapat, alhamdulillah, kali ini berjaya. Terima kasih kepada En. Abu Hassan, Unit Latihan, JPNM, kerana jasanya memilih kami ini untuk belajar lagi. Mak Uda dah masuk USM bulan Mei lalu, tetapi kena batalkan balik, masuk belajar tak ikut opsyen tak boleh, kawan Mak Uda, si Syamsiah tu dah pegi belajar kat UPM, Ina Hartini dah masuk OUM dulu dari kami ni.. tak apalah biar lambat.... Bye, kawan-kawan SK Telok Berembang kenalah tinggalkan kejap.

Berasap kepala memang dah tentu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails