Showing posts with label bila terkenang masa. Show all posts
Showing posts with label bila terkenang masa. Show all posts

Thursday, March 14, 2013

Memang rindu...

Tiba-tiba Rindu, Datuk Sharifah Aini

Rindu ku sungguh rindu
Lama tak jumpa bertambah sayang
Jauh semakin jauh
Hati ku rindu bertambah bimbang

Sayang sungguh ku sayang
Padamu kasih terbayang-bayang
Lama begini lama
Hati ku rindu tiada ubatnya

Dulu kita pernah bertemu
Tapi hanyalah sekejap waktu
Agar menjadi hai pengubat rindu
Hilang lah segala resah di kalbu
Sayang di sayang bagaikan bermimpi
Hai datang lah engkau padaku lagi

Tiba-tiba lah rindu
Menangis sayu teringatkan mu
Pulang-pulanglah sayang
Hati ku bimbang bukan kepalang 

            Boleh pulak lagu ni berkumandang di SinarFM masa nak makan malam ni, terus Pak Uda suruh cari kat Youtube...Tapi berbeza dengan yang berkumandang tadi...Dah dapat download lagu ni...memang best...

            Memang kebetulan rakan-rakan lama di Facebook hari ni membuka kenangan semasa bersekolah di SMK Undang Rembau. Mak Uda bersekolah di situ dari tahun 1987-1991, belajar di kelas Khas (Perdagangan)...kononnya kelas paling pandailah tu dan sememangnya kami terpilih dan mendapat biasiswa dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 dan kalau keputusan berterusan baik dapatlah disambung ke Tingkatan 4 dan 5. Syukur, Alhamdulillah...Mak Uda bersekolah sememangnya menggunakan duit ini.

          Bila teringatkan zaman itu, maka teringat apa yang kita buat zaman sekolah dulu kan? Aktifnya Mak Uda masa dulu. Macam-macam aktiviti yang dibuat, tapi anak-anak Mak Uda pula agak pemalu...mungkin belum lagi. Mak Uda pernah menyertai aktiviti bernasyid sejak dari Tahun 3 seterusnya hinggalah ke sekolah menengah dan dijemput melatih adik-adik dari sekolah lain dan bernasyid untuk kumpulan belia kawasan tempat tinggal Mak Uda. 

         Selain itu, Mak Uda mewakili masuk pertandingan berzanji, dari tingkatan 1 sehinggalah ke Tingkatan 6, peghh...lama tu. Semasa Tingkatan 6 Mak Uda bersekolah di SMK Chembong. Dapatlah merasa menjadi Johan.

        Selain itu, Mak Uda juga pernah menari tarian 'Endang' dan sehingga sekarang kalau nak buat persembahan di sekolah masih boleh lagi mengajar anak-anak murid tarian ini. Pernah juga Mak Uda memimpin kumpulan drama untuk persembahan kelas Mak Uda untuk majlis apa tak ingatlah pulak.

         Kenangan sememangnya adalah pengalaman yang tidak boleh dilupakan dan sangat berharga.  Sehingga menjadi seorang guru ini pun, Mak Uda menggunakan kemahiran yang ada. Rindu semua rakan-rakan dahulu. Dengan 'Facebook'lah kami masih berhubung. Kalau boleh diundurkan masa memang nak buat lagi dan rindu dengan semua guru yang masih ada dan yang telah 'pergi' selama-lamanya. Terima kasih, Cikgu!!!

Monday, February 25, 2013

Apa nak tulis bila tiada idea?

Bila tiada idea maka kita hendaklah menulis dengan perkara yang mengarut dan tiada pengkhususan dan bolehlah dengan suka hatinya kita menaip blog ini...Yeeeha...!!!

           Mak Uda masukkan kenangan semasa berada di Pulau Kapas, Terengganu.  Bila dikenangkan kembali, macam tak nak pergi lagi, tapi bila kenangkan dapat sotong besar-besar saiznya, macam nak pergi sepuluh kali. 

           Memang mengerikan pengalaman yang dilalui, dengan keadaan malam yang gelap, berangin kami bertolak. Apabila sampai tempat yang dituju tiada seekor sotong yang kami dapat. Pakcik yang bawa bot ajak kami ke tempat lain. Hati mula tak sedap tapi ikutkan saja orang yang pakar. Bergerak sahaja bot yang berbuai-buai, 2-3 orang dah mula muntah mabuk laut. Ingatkan Mak Uda yang mabuk, Alhamdulillah...tidaklah fobia dengan laut yang luas rupanya. 

          Sampai ke tengah laut belum sampai tempat yang dituju, pakcik yang bawa bot memaklumkan...RIBUT!!! Allahu Akbar...mengucap dan azan di dalam hati. Pak Uda yang nampak 'cool' rupanya 'RIBUT" di dalam hati. Risau dengan anak-anak yang dalam bot, dan hanya dia dan dua lagi dalam bot yang lelaki dewasa, yang lainnya perempuan dan kanak-kanak. Dengan ribut, hujan dan bot yang terumbang-ambing...Allah sahaja yang tahu gelora di dalam hati.




Sotong yang besar dan bakal masuk ke dalam perutku...Ya Allah, terima kasih atas rezeki dan limpah kurniaMu..

 Kaki siapa tak ingat dah...ni sesi 'test' kamera sebelum pergi.

Dalam pada ribut yang masih tak berhenti, anak bujang Mak Uda yang sulung terkena mata candat sotong...Ya Allah, meremang bulu roma bila teringat semula...kalau yang pernah mencandat pasti tahu bagaimana rupa mata pancing yang bercangkuk tu. Pakcik bot kata kena bawa hospital...tapi bayangkan dengan keadaan ribut yang tak berhenti bila lah kami boleh balik ke darat. Pak Uda memang hebat dan 'cool'...menarik mata pancing secara perlahan-lahan dan berselawat, kemudian ibu jari diletakkan ke lelangit dan dituam ke tempat yang kena, Allah Maha Mengetahui...tiada setitis darah yang keluar...Hebat My Darling...petua tu...



Penumpang 'tongkang' yang bawa minah-minah ni...dalam hati rasa cuak je...

               Sebaik ribut berhenti di tengah-tengah laut, pakcik bot mula memancing. Hati ni nak ajak balik je, nasib baik kunci bot kat dia, kalau kat Mak Uda dah selamatlah sampai... sampai mana tak tau la...Haha...Dia kata kita jangan balik, nanti orang tanya mana sotongnya... hati berbolak-balik...ambil jelah mata pancing, mulalah mencandat. Perghh...orang pertama selepas pakcik dapat sotong...hilang takut dengan ribut dan luka anak tadi. Masing-masing mula mencandat, tengok air laut yang hitam, memang seram, tak usahlah cerita... mengenangkan sotong ku redah jua...Hihi...Pakcik bot ajak mencandat sotong hingga lewat pagi, namun mengenangkan mengantuk dah mata, kami baliklah juga. Bersyukur dengan nyawa yang masih Allah pinjamkan.

 Akhirnya, selepas ribut reda...9 ekor sotong yang besar-besar dalam genggaman kami...

 
 Adik-adik yang cool tapi selepas ni semuanya...uweksss...haha...semua ni kalau boleh nak ajak balik tapi tak berani.




                 Hasil keseluruhan...Alhamdulillah, hasilnya di beri sama rata walaupun kami yang dapat candat banyak...tak apa, pengalaman tu yang paling mahal...Kalau ajak lagi? Ya, Mak Uda akan pergi...terasa bangga sebab kumpulan wartawan sebelum itu  sebanyak 9 bot hanya dapat seekor, kami? Pegghhh...sebuah bot...dan keadaan yang tidak disangka mendapat 9 ekor sotong yang besar-besar...Terima kasih Pakcik bot, rasa nak pergi cari pakcik tu kalau ke Marang lagi.

              Macam tipu je kata tak ada idea...Haha...sebenarnya banyak yang hendak dikongsi. 

Saturday, October 16, 2010

Bukan dirancang...

Selepas maghrib ni tadi, Mak Uda pegilah melawat seorang pakcik ni meninggal, tak jauh dari rumah mak mentua Mak Uda. Pakcik ni memang dah berumur orangnya dan tidak berapa sihat kebelakangan ini. Yang Mak Uda nak cerita kan adalah perihal anaknya yang juga kawan dengan Pak Uda, memang baik orangnya..Anjang Azmi, memang tinggal di rumah tua dengan ayahnya ni. 

Jalan utama dari Linggi ke Pekan Lubok China.
Mendapat panggilan ibu mertuanya yang tinggal di Singapura meninggal jam 5.00 pagi ketika dia di Kuantan. Balik ke Lubok China mengambil pasport untuk ke Singapura, dalam perjalanan dapat pula berita ayah sendiri pula meninggal, agaknya bagaimana perasaan beliau ya? Serentak mendapat berita yang menyedihkan, bukan dirancang tetapi semuanya di tangan Allah. Andai kata kita tak kuat semangat, mana yang kita kejar dulukan?

Mak Uda dapat merasakan perasaan yang sukar ni masa tahlil tadi, sedih rasanya, tapi semoga dia beroleh kekuatan dan semangat. Bayangkan betapa penatnya dia nak berulang ke Melaka ni. Mak Uda rasa dia masih lagi bertuah kerana mendapat tahu berita ini dan Insya Allah, dia sempat balik. Masa arwah abah meninggal dulu, Mak Uda tak dapat tahu sebab masa tu penggunaan telefon bimbit adalah terhad, dia masih beruntungkan? Masih lagi dia bernasib baik dengan teknologi dan pembangunan yang ada ni, bersyukurlah kita dan terimalah qada dan qadarNya.

Gunakanlah teknologi yang ada ini dengan sebaik-baiknya dan manfaatkan penggunaannya. 

Wednesday, October 7, 2009

Hai anak-anak ....

Mak Uda rasa terpanggil nak meng'upload'kan lagu ni bila tengok drama kat Astro Prima masa hari raya tu.. Bila difikir-fikirkan, memang anak-anak zaman sekarang tak seperti anak-anak zaman Mak Uda dengan Pak Uda dulu.. kami dulu tak dapat nak duduk bersembang-sembang dengan ayah, dengan mak tu bolehlah jugak..Rasa hormat tu amat tinggi kepada mereka..tapi anak-anak zaman sekarang ni, dia tu pulak yang merancang pulak apa yang mak ayah kena buat untuk dia.. Apatah lagi, nak melayan kehendak-kehendak mereka, mak ayah pulak yang jadi 'pak turut'. Yang kurang ajar, tak mendengar kata, melawan cakap..tak boleh nak cakap..nauzubillah..janganlah kita menderhaka..

Bersyukurlah anak-anak zaman kini,.... dengarkan lagu ni.. Mak Uda dah menyanyikan lagu ni masa kami ada kumpulan nasyid dulu di Rumah Rakyat Chengkau, Rembau...., arwah abahlah yang menubuhkan kumpulan tu.. sayu hati..

Ya Ilahi Rabbi,
Sempurnakanlah pekertiku,
Sebagaimana Engkau, menyempurnakan wajahku,
Kurniakanlah rahmat bahagia ibu bapaku,
Berikan hidayat pada hati yang tertutup..

Sebagai rimbunan daun-daun,
Seandainya bilangan dosaku..
Ya Allah, ampunilah daku..
Hamba bertaubat..

Hai anak yang soleh,
Beruntunglah ayah dan bonda,
Bagai mata air yang mengalir dalam syurga,
Hai anak durhaka,
Pintu taubat masih terbuka,
Jangan kau teruskan tingkah laku yang kecewa,

Sebagai rimbunan daun-daun,
Seandainya bilangan dosamu,
Ya Allah..ampunilah dia,
Yang telah bertaubat..

Tuesday, June 16, 2009

Jamuan Akhir KDP14Minggu..


Gambar ni sekeping je Mak Uda boleh ambil masa jamuan hari tu di Hotel City Bayview, Melaka. Tah apa sebab tak teruja pun tak tahu. Tengok Ibu Ayu punya blog banyak gambar jealouslah pulak. Betul-betul tak teruja nak mengambilnya masa tu.

Anyway, kengkawan, Mak Uda suka belajar dengan korang, pengalaman tu tak akan berulang lagi. Semoga kita gembira selalu dan dapat sambung belajar bersama-sama.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails