Showing posts with label cikgu.... Show all posts
Showing posts with label cikgu.... Show all posts

Friday, March 26, 2010

Kesian..

Berita Harian, 26 Mac 2010
"KUALA LUMPUR: Seramai 33,000 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menjalankan tugas am, akan mendapat elaun bulanan RM200, manakala 52,000 anggota berpeluang dinaikkan pangkat secara automatik sekurang-kurangnya selepas tiga tahun berkhidmat. Mengumumkan insentif baru itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata pemberian elaun itu akan dilaksanakan secepat mungkin dan membabitkan peruntukan tambahan RM84 juta setahun.
Mengikut Pindaan Pekeliling Perkhidmatan 2009 pula, katanya, konstabel akan dinaikkan pangkat ke lans koperal selepas tiga tahun berkhidmat, manakala lans koperal ke koperal selepas lima tahun......"

Bagusnya lah kan jadi polis sekarang..memang tinggi habuannya. Sesiapa ada anak, suruh le jadi polis..berbaloi..kalau  ada anak dara, suruh cari abang polis, lagi berbaloi..baloi..baloi.. Yelah ini mungkin strategi nak menarik anak-anak muda supaya menjadi anggota polis...

Tak adelah macam Mak Uda yang jadi cikgu ni.. Walau macamana pun, cikgu jugak yang salah..Padahal cikgu dah ajor tu, buat baik, hormat orang tua, jangan gaduh, jangan hisap rokok, jangan bawa motor kalau tak ada lesen, ajar cuci tangan, ajar buang sampah dalam tong.....bila keluar je sekolah tak betul sikit, nak cadang benda baru suruh jugak cikgu ajor kat sekolah..tambah lagi beban baru..

Mak Uda yang baru 14 tahun jadi cikgu ni macam-macam cerita pasal budak sekolah dan melayan kehendak mak ayah diorang..Ada yang suruh jaga anak-anak dia elok-elok di sekolah, lintas kan anak dia, bagi anak dia makan, tengokkan anak dia dah sarapan ke belum, tu belum lagi suruh cikgu bagi kelas tambahan sampai hari Sabtu dan Ahad, kelas malam, kelas waktu cuti...tak ko poning?  Cuba kabor kat  Mak Uda ni, bila cikgu-cikgu ni nak melayan anak dan keluaarga dia pulak..nak 'update' blog, nak tengok facebook..Ha..ha.. semua kena jaga tu..(itu Mak Uda je lah)..Melayan kehendak pentadbir dan jabatan dah lain pulak karang..

Kadang-kadang kat sekolah tu belum bunyi loceng dah bertugas, macam polis ada, macam jaga ada,jadi nurse memang tiap-tiap hari..jadi pelakon, penyanyi memang le kan..yang mengajornya tah berapa waktu benar sebab jadi kerani lagi banyak..Susahnya lah kan, kalau ada yang anak2 muda baca tak nak pulak dia jadi cikgu..tapi satu yang bestnya jadi cikgu tu tang CUTIIIInya.. sama macam budak-budak sekolah, tapi kalau sekolah menengah ada lain sikitlah..sebab budak PMR dan SPM exam diorang hujung tahun, kelas masa cuti dan jaga pekse memang penuh..Hujung tahun ada best sikit, itulah yang memujuk hati Mak Uda ni, biorlah jadi cekgu sampai tua..

Friday, December 11, 2009

Cuti-cuti..

Dah habis exam ni, boleh masuk entry baru.. Apa nak buat, masa dulu rasa cuti sekolah hujung tahun macam ni lama rasanya, tapi sekarang rasa singkat sangat dan terlalu cepat masa berlalu. Pejam celik, pejam celik dah tinggal 21 hari lagi nak masuk Tahun 2010 dan 8 hari lagi sambutan Awal Muharram Tahun 1431H..Subhanallah, sekejap saje rasanya hidup ni..

Apa aktiviti nak buat lagi.. Minggu depan dah sibuk nak pegi sekolah nak buat persiapan untuk tahun depan.. Esok nak pergi berjalan ke KL, Mak Uda dan Pak Uda nak lapang-lapangkan mata dan pandangan, asyik Melaka, Seremban.. Kalau difikir-fikirkan, seharusnya kita bersyukur.. Mak Uda bersyukur banyak-banyak, dapat jugak jalan-jalan makan angin, tukar angin..Orang yang susah, tak ada kereta, pendapatan kecil, kerja sendiri..tak ada kerja tak ada gaji..jauh lebih baik kehidupan Mak uda daripada diorang, kan?
Busu aku
Kalau diingat masa kecil dulu, nak berjalan macam ni tak adelah..balik kampung kat Parit Amat je.., kalau tak naik bas MCW, naik keta busu Mak Udalah, itulah yang dapat naik keta dia sekali-sekala..sekarang ni naik keta hari-hari pun tak bersyukur jugak tak tahulah..
Kampung Parit Amat, Jalan Temenggung Ahmad,Muar.
Adakah kita ni orang yang bertuah? Adakah orang yang tak dapat bercuti ke mana-mana tu bukan orang yang bertuah? Bersyukurlah..Besar rahmat Allah beri kepada kita..Manusia, manalah pernah puas..bersyukur..bersyukur..dapat duduk rumah cuti ni pun tak pe, orang keje office, manalah dapat cuti macam Mak Uda ni..

Saturday, May 16, 2009

Salam untuk Semua Guru...


Selamat Hari Guru,

Hari ni hari untuk kita, bertuahnya kita kerana dapat title "Cikgu", "Guru" mahupun "Pendidik". Semoga hari-hari yang mendatang ini menambahkan semangat kita menjadi seorang guru yang baik. Biarlah kita menjadi lilin, sentiasa menerangi kehidupan orang lain, hanya kita yang memahami diri kita ini.

Di kesempatan ini Mak Uda nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada Pak Uda, kawan-kawan Mak Uda di SK Telok Berembang, kawan-kawan Mak Uda di kelas OUM1, KDP14Minggu Ambilan Feb 2009 di IPGM Kampus PM, Melaka, rakan-rakan guru sekitar Masjid Tanah, Alor Gajah, dan di mana-mana sahaja dan juga tak lupa Along Rashid, Angah Raup, Kak Lin, Mama, Ummi Andak, Ummi Teh, Mak Andak Lin, Ibu Atam(Cikgu mengaji), Miza...ramainya.. Arwah abah dulu pun cikgu juga..(ustaz)..

Mak Uda rasa bertuah betul kerana di sekeliling Mak Uda ramai yang CIKGU...Tahniah untuk semua..Ini Hari Kita...Terima kasih, Cikgu!


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails