Showing posts with label pergi tak kembali... Show all posts
Showing posts with label pergi tak kembali... Show all posts

Monday, March 4, 2013

Darah Satria



Meremang bulu roma bila mendengar lagu ni, terasa bersemangat di hati dan sentiasa mendoakan yang terbaik kepada semua anggota PDRM dan ATM di Lahad Datu sekarang ni. Semoga mereka yang sedang bersiap sedia di sana sentiasa berhati-hati dan menjaga diri. Mak Uda dan Pak Uda serta ahli keluarga serta sahabat handai  di sini hanya dapat mendoakan sahaja. 

Betapa bangganya mempunyai perwira-perwira hebat. Kepada yang telah gugur, Mak Uda ucapkan  takziah kepada semua ahli keluarga.Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. terima kasih kepada perajurit negara.


JASA DAN PENGORBANANMU DIKENANG:

Barisan perwira yang gugur dalam mempertahankan keamanan dan keselamatan negara.

Allahyarham Supt Ibrahim bin Lebar, 52 tahun berasal dari Besut, Terengganu dan bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia, beliau meninggalkan seorang balu Puan Rosiah bt Dahlan, 52 dan 3 orang anak masing-masing berusia 22, 20 dan 17 tahun. Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 20, Subang Jaya pada jam 9.00 malam ini.

Mendiang ASP Michael Padel, 36 tahun berketurunan Bidayuh dan berasal dari Serian, Sarawak. Bertugas di Cawangan Khas IPD Semporna dan meninggalkan seorang balu Puan Jabah a/p Mingku serta seorang anak lelaki berusia 1 tahun. Jenazah mendiang akan dibawa pulang ke Kg Bidayuh, Tebakang, Serian untuk disemadikan.

Allahyarham Sarjan Baharin bin Hamit, 49 tahun berasal dari Alor Gajah, Melaka dan bertugas di Cawangan Khas IPK Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Sumati binti Suarah, 50 tahun dan dua orang anak berusia 16 dan 11 tahun. Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Nur Islam IPK Sabah dan akan dikebumikan di Jalan Tuaran, Kota Kinabalu pada jam lebih kurang 3.00 petang ini.

Allahyarham Sarjan Aziz bin Sarikon, 52 tahun bertugas di PGA Batalion 14 Semporna, Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Sitti Banddorah Bt Mahalil, 39 dan 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan yang masing-masing berusia 18, 15, 12 dan 7 tahun. Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di IPD Semporna untuk dikebumikan.

Allahyarham L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, 27 tahun berasal dari Klang, Selangor dan bertugas di Batalion 14, PGA Tawau. Beliau yang masih bujang merupakan anak keenam daripada tujuh adik beradik. Jenazahnya akan dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di Jalan Teluk Kapas, Kampung Rantau Panjang, Klang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Shapadu, Kg Panjang, Klang.

Allahyarham Kpl/S Salam bin Togiran, 42 tahun berasal dari Sandakan, Sabah dan bertugas di IPD Tawau. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Marlinah binti Utan dan 4 orang anak berusia 16, 13, 11 dan 1 tahun. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas, Tawau.





Sebelum ini dua orang lagi yang telah gugur.
 


Senarai pegawai dan anggota PDRM yang terkorban dan cedera:

Terkorban:
1.INSP G/17992 ZULKIFLI B. MAMAT
2.KPL 113088 SABARUDDIN B. DAUD

Cedera:
1. KPL 135383 AZMAN B. AMPONG
2.KPL 152133 MOHD TARMIZI B. HASHIM
3. KON 175533 MOHAMED QAIYUM’AIQAL B. ZOLKIFLI
 


Pemergian perwira-perwira negara ini akan dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia. Jasamu, baktimu, pengorbananmu akan teguh di sanubari rakan seperjuangan dan menjadi azimat untuk terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Al-Fatihah...



Sunday, May 22, 2011

Tragedi Tanah Runtuh...

 Gambar yang dah dibesarkan...Comel betul yang kecik-kecik tu...



Sekalung ucapan takziah dari blog Mak Uda_Pak Uda buat keluarga adik-adik, anak-anak Yatim di  Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat yang melibatkan 25 orang mangsa. Semua mangsa yang tertimbus berjaya diselamatkan oleh pihak penyelamat sehingga awal 5.30 pagi tadi yang telah bermula jam 2.45 petang semalam. Daripada 25 orang mangsa tersebut 9 mengalami cedera manakala 16 orang daripadanya telah terkorban.  Sedihnya bila mengenangkan nasib mereka, dah lah tidak beribu dan bapa, perginya pun dalam keadaan yang tidak disangka-sangka, Allah Maha Mengetahui...


Kadang-kadang kejadian beginilah yang memberi keinsafan kepada Mak Uda dalam menjalani kehidupan seharian, Mak Uda tak mahulah terlalu gembira sehingga kadang-kadang melalaikan kita dengan dunia yang sementara ini. Semoga Allah sentiasa menyedarkan Mak Uda dan Pak Uda sekeluarga betapa pentingnya nafas yang Allah berikan kepada kita. Janganlah Mak Uda ni mengejar keduniaan sahaja...Ingatkan Mak Uda jika terlupa!!!  Semoga anak-anak yang pergi ini di tempatkan bersama-sama orang yang dipilihNYA... Nama-nama anak yang terkorban dan terselamat boleh di baca di sini...

Saturday, April 23, 2011

Pergi tak kembali...23.04.2011...

Hari ni Mak Uda sedih lagi... 6 tahun dulu bekas anak murid Mak Uda ada meninggal kerana kemalangan jalan raya, hari ini berulang kembali... Yang sedihnya, Mak Uda baru berbual dan jumpa di pagi tadi di kedai runcit di Pekan Lubok China. Mukanya memang bersih dan berseri-seri. Mak Uda memang dah lama tak jumpa dia sebab dia dah belajar di sekolah menengah, Tingkatan 5. Dalam hati Mak Uda berkata, "Bersihnya muka budak ni, pakai pulak cermin mata bingkai putih..." seperti gambar di bawah...

Mak Uda :Menang tak masuk nasyid hari tu? (Arwah ni memang bekas penyanyi solo masa     dia sekolah rendah dulu dan sehingga tadi di sekolah menengah pulak, memang suara sedap)
Arwah: Tak taulah cikgu, 5/5 nanti baru tau. 
Mak Uda: Oooo..
Arwah: Tapi cikgu, saya masuk nasyid kebangsaan nanti, minggu depan untuk KEMAS..
Mak Uda: Bagus Naim, suara awak memang sedap...teruskan tau...(dalam hati, bersih benar muka budak ni) Nak pergi mana ni?
Arwah: Nak pegi sekolah cikgu ada kelas tambahan...


Tengah hari nak balik dari sekolah tadi, seorang kawan Mak Uda kata, "Arwah dah meninggal!!!..Mak Uda kata pada kawan Mak Uda ni, macam nak marah pun ye..."Akak ni biar betul, saya baru jumpa dia pagi tadi!!!" Kawan Mak Uda ni mengiyakan dengan bersungguh-sungguh, bila Mak Uda tengok jenazahnya di klinik sebelah sekolah dan ramai ahli keluarganya, luluh betul hati Mak Uda...Kawan yang membonceng motor dengannya masa tu sedang nazak dan dibawa ke Hospital Melaka.

Memang dia nak meninggalkan kenangan dia pada cikgu ni...Apa yang nak Mak Uda katakan, Hidup ni bukannya lama, memang terlalu singkat. Allah lebih mengetahuiNya...Semoga Arwah Hasrul Naim disemadikan dengan aman dan amal ibadahnya diterima oleh Allah..Al-Fatihah.

(Masa ni, Pak Uda pergi ke kubur, melihat arwah disemadikan..jam 6.20 petang)

Saturday, February 20, 2010

Pergi Tak Kembali..

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir

Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata


Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya..



Yang berbaju hijau..Pergi Tak Kembali..Al-Fatihah..
Sedih bila ingat kan lagu ni..Pak Uda dah kehilangan seorang bekas anak muridnya, adik Mohd. Aiman Bin Mohd. Darus, dari Kampung Sungai Jerneh, belajar dalam Tingkatan 2 sekarang ni,

Kemalangan berlaku pagi tadi..tragedi menyayat hati apabila dia dan seorang murid Tahun 4 juga anak murid Pak Uda sekarang.. dihempap
sebuah traktor pagi tadi..Mak Uda juga kenal bekas anak murid Pak Uda ni, setakat ini Mak Uda rasa dia seorang yang baik..Adik yang Tahun 4 ni berada di Hospital Melaka, perkembangannya akan diberitahu nanti..kesian..

Mak Uda dapat berita ni semasa dalam kelas OUM..mantan GPK1 Mak Uda dulu dan sekarang ni Guru Besar Pak Uda bagitau.. Mak Uda yang dengar terus tutup buku, terkejut..Jarang benar kes2 macam ni berlaku di sekitar kita, dah ajal , Allah lebih menyanyanginya..Al-Fatihah..

Satu Malaysia telah menyaksikan berita ni di Buletin Utama TV3, ada yang tak berapa betul tentang berita tu, berkemungkinan besar, pelajar Tahun 4 tu akan kehilangan kakinya sebab kecederaan yang teruk, Insya Allah, Mak uda dan Pak Uda akan melawat pelajar tersebut. Kita doakan agar adik Muhammad Izwan Mustafa akan sihat kembali dan dapat meneruskan pembelajarannya seperti biasa..

Update entry..

Hari ni Mak Uda, Pak Uda dan anak-anak sempat ke Hospital Melaka melihat perkembangan adik Muhammad Izwan..Alhamdulillah, keadaannya stabil dan hatinya sangat tabah..dia tak sedikit pun merengek atau mengaduh sakit. Daging pada kakinya hancur tapi dia masih boleh menggerakkan jari kakinya..Insya Allah..mengambil masa yang lama untuk kembali sihat. Semasa kejadian kata bapanya, dia masih boleh berdiri dan tak merasa sakit, tetapi setelah orang ramai datang barulah dia rebah, berkemungkinan banyak kehilangan darah masa tu..Kita doakan sama-sama agar dia dapat kembali seperti biasa.

Berita di Kosmo Online hampir betul dan sahih..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails