Saturday, April 25, 2009

Kakak Mak Uda Yang Kreatif..

Kakak Mak Uda ni tukang jahit. Wah, hari ni Mak Uda dapat baju baru. Samalah dengan biras Mak Uda, Mak Andak pun ada baju baru. Tengok lah baju baru dia bawah ni.. Wah, Atam memang kreatif la.. Yang biru tu baju Mak Uda, percaya tak baju ni dari kain selendang (kawan Mak Uda yang bagi).

Sunday, April 12, 2009

macam-macam ada..



Pak Uda dah linkkan satu lagu website untuk download theme, ringtone, screen saver dan macam2 lagi untuk handphone, tapi sebelum tu kenalah sign up untuk jadi ahli. Bila dah sign in, download sebanyak mungkin. Free aje, tak payah pergi kedai lagi.. Klik kat sini.. Zedge

Wednesday, April 8, 2009

Mid Exam OUM... Sudy!Study!


Alahai, minggu depan Mak Uda nak periksa pertengahan Semester. Tak tahu macamana nak cakap. Kawan-kawan Mak Uda sampai nak bergaduh pun ada, bukan bergaduh apa, bergaduh berbincang. Tak tahu nak baca mana satu. Last minute tadi, ada perbincangan lagi, nak merajuk KU( Ketua Unit) kelas Mak Uda, kawan-kawan tak nak dengar cakap dia.. Sabar bebanyak ye...

Mak Uda doakan semua orang lulus dan dapat menjawab dengan cemerlang... Apa-apa hal cuba dulu, nanti pensyarah semua nak bagi 'A'.

Tuesday, March 31, 2009

Dalam Kenangan...


Sedihnya bila teringat.... Mohd. Alif Bin Rejab, genap umurnya 18 tahun 6 bulan dia pergi meninggalkan kami penghuni rumah ni. Alif dilahirkan pada 17 Mei 1992 ( tarikh ni sama dengan tarikh lahir adiknya Syahidan, tarikh mak mereka meninggal), sejak kecil dia telah menjadi seperti ini kerana demam panas. Mak Uda sempatlah menjaga dia selama 9 tahun ni, sejak berkahwin dengan Pak Uda. Mak kat rumah ni kalau ada hal nak ke mana-mana, dengan Mak Uda dan Pak Udalah Alif tinggal. Alif tak nakal, cuma menangis bila nak makan atau mengamuk tak layan dia.

Anak-anak Mak Uda memang suka dengan Alif terutamanya Haziq, terasa sunyinya bila dia dah tak ada ni. Masa dia pergi, muka Aliff macam biasa je, dia meninggal di Hospital Melaka pada 23 November 2008. Al-Fatihah.

koleksi MakUda_Pak Uda

Photo Flipbook Slideshow Maker
Glitterfy.com - Photo Flipbooks

Sunday, March 29, 2009

Pak Uda...



Pak Uda ni minat bidang IT , dulu dia memang tak pandai, wah, sekarang ni dia lebih daripada Mak Uda. Pak Uda dh linkkan website untuk PSP games dengan installer-installer lain .

Gembiranya hati Allah sahaja yang tahu...


Tarikh keramat 23 Februari 2009, tak dapat Mak Uda lupakan, Mak UDa daftarkan diri ke Kursus Dalam Perkhidmatan 14 Minggu di IPGM Kampus Perempuan Melaka. Mak Uda pergi dengan kawan Mak Uda, Ibu Ayu dengan Amin. Kami dah lama nak belajar, mohon dah banyak kali tak dapat-dapat, alhamdulillah, kali ini berjaya. Terima kasih kepada En. Abu Hassan, Unit Latihan, JPNM, kerana jasanya memilih kami ini untuk belajar lagi. Mak Uda dah masuk USM bulan Mei lalu, tetapi kena batalkan balik, masuk belajar tak ikut opsyen tak boleh, kawan Mak Uda, si Syamsiah tu dah pegi belajar kat UPM, Ina Hartini dah masuk OUM dulu dari kami ni.. tak apalah biar lambat.... Bye, kawan-kawan SK Telok Berembang kenalah tinggalkan kejap.

Berasap kepala memang dah tentu...

Mak Uda belajarlah lagi...


Buat seketika ni Mak Uda tak ada di sekolah. MAk Uda belajar lagi di IPGM Kampus Perempuan Melaka, mulai 23 Februari lalu. Kepala otak tak memikirkan sekolah, fikir belajar lah pulak, tapi tak serabut fikir pasal budak-budak sekolah. Pagi dah bangun, 5.15 pagi, buat sarapan. nak mengejar kelas lagi kat bandar Melaka dalam 45 minit lebih sampai lah ke institut tu. Hari-hari sampailah 14 minggu. Pak Uda terpaksalah uruskan anak-anak, ada Tok Khalid tolong, ringan sikit keje Pak Uda nak ambil anak-anak. Sabarlah Pak Uda ye... Mak mentua Mak Uda pun sama, menyiapkan anak-anak Mak Uda Amir dengan Fais nak pegi sekolah agama, dialah tolong siapkan... Terima kasihlah semua, besarnya pengorbanan korang untuk Mak Uda...

Saturday, December 6, 2008

Alangkah indahnya dunia ni...

Betapa indahnya dunia ciptaan Allah ni, berbagai-bagai perubahan yang berlaku setiap hari, sama ada memberi kebaikan atau keburukan kepada manusia yang ada.. Mungkin sebagai peringan kepada kita hamba yang lemah ini, sesungguhnya DIA lebih berkuasa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails