Showing posts with label abah... Show all posts
Showing posts with label abah... Show all posts

Tuesday, March 13, 2012

Rindu...

Di tengah hari ni, tiba-tiba Mak Uda terbuka sebuah blog, lagu latarnya tak berapa 'clear' tapi dengar sayup-sayup liriknya ...di pondok kecil...Macam ku pernah dengar, tapi di mana ya? Maka, Mak Uda pun cari di 'You Tube'...lamanya tak dengar lagu ni, dah merembas air mata Mak Uda...Rindu kat abah, sayang selalu kat abah...

Untuk yang benama Abah, Ayah, Abi, Walid...lagu untuk anda di petang ini. Sememangnya jasa mu amat besar...kisah lama...



Di suatu hari
Ayah berkata jaga adikmu
Ayah kan pergi jauh
Ku merayu pada ayah
Jangan tinggalkan kami
Kerana kami sayangkan ayah
Ayahku pergi berjuang
Demi cinta yang murni
Menegak kebenaran
Di muka Bumi
Berlakunya kisah di pondok kecil

(Chorus:)
Di pondok kecil
Di pantai ombak
Berbuih putih beralun-alun
Di pondok kecil
Di pantai ombak
Berbuih putih beralun-alun
(Ulang Chorus)
Di suatu hari
Ayah berkata jaga adikmu
Ayah kan pergi jauh
Ku pandang wajah ayah
Dahinya ku cium
Airmata mengalir
Hatiku pilu
Diam-diamlah sayang
Jangan menangis
Doakan ayah semoga sejahtera
Diam adikku sayang
Jangan menangis
Walaupun ayah gugur
Pastinya dia syahid

(Chorus)
Wahai abangku
Ke mana ayah
Ku sayang ayah
Ku cinta ayah
Wahai abangku
Ke mana ayah
Ku sayang ayah
Ku cinta ayah
Duhai adikku sayang
Jangan bersedih
Ayahmu pergi menyambut seruan Ilahi

Tapi ingatlah adikku pesanan ayah
Belajar berusaha walau di mana jua
Pada-Mu Tuhan aku bermohon
Dosa ayahku minta diampunkan
Ku iringi doa rahmati dia
Tempatkanlah ayahku bersama kekasih-Mu

Wednesday, September 8, 2010

07 September... 12 tahun lalu...

Menjelang je tarikh ni, Mak Uda akan terkenang peristiwa 12 tahun dulu...sayu hati dan tak boleh nak undurkan masa tu...Teringat tarikh pemergian arwah abah yang tak dapat Mak uda nak sertai...kalaulah boleh nak diundurkan masa tu...alahai..sedihnya..

02 September 1998

Satu kes telah berlaku masa ni, kecoh satu Malaya pasal Dato' Seri Anwar kena tahan masa ni..Abah masa ni sibuk suruh adik (gelaran untuk Mak Uda dalam family masa tu) beli barang sorokkan kat stor bawah rumah masa tu. Abah dah siapkan senarai barang nak dibeli, mak aii....semuanya dalam bentuk pukal...yelah Mak uda ni akur je..Mak Uda pun tak ada kisah sangat sebab mengenangkan nak berjalan jauh ikut rombongan kawan Mak Uda, Mega yang mengajar di Kulai, Johor ke Kelantan..dah siapkan barang nanti senang hati nak tinggalkan mak dengan abah...Mak Uda ni orang yang  tak pernah tinggal jauh dari mak dengan abah..duduk rumah teman mak dengan abah lepas keluar maktab.

Nak dijadikan cerita, 'list' barang yang abah buat tu hilang tah mana letak tak ingat..Abah kata buat dulu nanti apa-apa hal senang. Kenalah buat balik dan Mak Uda pun pegilah ke kedai beli barang, abah ni sibuklah mengatakan takut darurat masa tu..Beras seguni, bawang sebuntil, gula dan lain-lain lagi..Bila dah siap semua barang, Mak Uda pun bersiaplah nak ke Kulai, sebelum tu pergi ke rumah jiran yang buat kenduri kahwin anaknya. Abah siap ajar orang sembelih lembu dengan ayat-ayat Al-Quran dan petuanya sekali. Memang betul-betul sibuk lah minggu tu..masih terbayang lagi suasananya..

Mak Uda ni pun bertolak ke Kulai, masa tu umur muda lagi, baru kerja, bujang, duit ada pulak, kepala gila-gila lagi...tak terasa apa pun..yang terasanya bila sampai di Kelantan, lepas telefon abah bagitau selamat sampai, Mak Uda sempat berjanji nak 'call' lagi hari Isnin nanti..letak je telefon, nak tidur kepala terhantuk kuat pada katil dua tingkat, hati berdetik jugak dan rasa lain macam tapi abaikan macam tak ada apa-apa..


07 September 1998

Mak Uda dah bertolak pulang ke Kulai, tak terus ke rumah mak abah sebab kononnya esok baru nak balik sama-sama dengan Mega dan Rozie kawan Mak Uda ni..dah pegang telefon nak 'call' rumah tapi tak tertelefon entah kenapa..Esoknya, 08 September, baru bertolak balik ke Chengkau, Rembau..Jalan kaki naik bukit bawa beg, selisih dengan orang kampung tapi semuanya macam takut nak senyum dengan Mak Uda ni...pelik jugak..kenapa pulak ye?  

Jalan sampai depan rumah tengok ada khemah, pasallah pulak..suspen jerumah orang kawin tu di hujung kenapa khemahnya sampai ke rumah Mak Uda?Pelik..tengok dalam rumah Along Mak Uda jadi Imam sembahyang Zuhur, dan ramai..mana abah? Kenapa abah tak ada..Mak panggil Mak Uda..mak peluk Mak Uda..Mak cakap abah dah tak ada..apa lagi Mak Uda meraung ...

Abah yang Mak Uda sayang dah tak ada.Abah kena stroke tiba-tiba lepas balik dari menghakimkan Pertandingan Mengaji Al-Quran Peringtkat Negeri Sembilan, Abah bertahan sampai ke rumah dan rebah pukul 2.00 pagi..Bila bawa ke hospital, abah dah tak ada lagi..Allahu Akbar...tak sangka rupa-rupanya abah suruh beli barang bukan untuk darurat tapi untuk kenduri abah rupanya..Mak Uda dah jadi macam orang tak betul rasanya..semua orang macam tak nak berani nak cakap dengan Mak Uda..Mak Uda mulanya macam menyesal beli barang-barang tu..tak sangka rupanya untuk Abah.. 

Lepas tu Mak cerita, semua orang cari Mak Uda, tapi tak dapat dikesan..sedihnya..sampai sekarang kalau dicerita Mak Uda masih sedih lagi..Lagi-lagi nak raya lah pulak ni, arwah Mak dengan Abah memang sentiasa dalam kenangan Mak Uda..tapi alhamdullilah, masa tu ramai yang mengiringi dan melawat jenazah arwah abah sebab abah Imam masa tu..kurang sikit sedih rasanya..Mak kata orang yang datang penuh dan 'melaut'...rezeki abah walaupun adik tak ada...sedihnya...Al-Fatihah, mak dengan abah akan balik tak lama lagi....

Sayangilah abah mak kita masa ada ye, walaupun mak bapak mertua kita sendiri...

Sunday, June 20, 2010

Ayah, Abah, Bapak,.....

Selamat Hari Bapa buat yang terutamanya buat Ayah Amir Hazwan, Ammar Hariz dan Amrin Haziq tak lain dan tak bukan Pak Udalah..Hazri Bin Ayob..Semoga abang akan menjadi ayah yang sentiasa kekal di hati anak-anak, sihat selamanya, dimurahkan rezeki dan berjaya dalam segala apa yang abang lakukan..Hari ni juga hari lahir Amir, jadi dua sambutan sekali hari ni.
Untuk bapak, abah, abi, daddy, walid dan segala bapa di muka bumi ni, semoga hari ini bukan sahaja disambut pada hari ini, malahan setiap hari kita mesti mengingati mereka..Kita bukan macam anak-anak di Amerika Syarikat  yang bermusim mengingati ibu bapa mereka, tetapi kita adalah orang muslimin dan muslimah yang seharusnya mengingati ibu bapa kita setiap hari. Jangan sekali-kali kita abaikan dari ingatan kita dan sekiranya nak melawan, berfikir buruk dan baiknya..sayangi mereka semasa ada jangan dan tak ada nanti baru mengagau nak mencari yang sama macam tu.

Mak Uda sebenarnya tak teruja pun nak menyambut Hari Bapa sebab sebenarnya kita mesti ingat bapa atau ayah kita hari-hari, tetapi pagi tadi Mak Uda menonton Hujung Minggu Malaysia, ada dijemput Tan Sri Hassan Azahari dengan anak-anaknya. Penghunjungnya ada lagu Ayah dari penyanyi Aisyah. Sedih pulak dengar lirik lagu tu, teringat kat arwah Abah, Abdul Rahman B Sarbini..Abah pergi selepas Mak Uda jadi cikgu 2 tahun..Abah memang baik, lembut je..Sayu hati kalau nak cerita penghabisan riwayat arwah, nanti bila sampai tarikh pemergian abah Mak Uda tulis entry tentang arwah abah pergi menghadap Ilahi 07 September..

Ayah
Belum pun ada satu hari yang berlalu
Tanpaku mengenangmu
Terkilan hati ini
Menerima hakikat
Kau tak berkesempatan
Menyaksikan hasil perjuanganku

Percayalah ayah
Selagi hidup ini
Nasib ibu tidak akan dipersiakan
Kami rindu ayah

Sering ku tanya
Mana tujuan
Namun hampa jawapannya

Begitu pun masa
Tiada mengizinkan
Perginya
Tinggalkan semua

Perjuangan
Diperjuangkan
Demi Tuhan dia rela

Menghitung hari-hari
Mengenangkan kembali
Perginya
Bertemu Ilahi
Bilakah pasti

Ayah
Demi Tuhan ku bersyukur
Petunjuk-Nya menyedarkan kita
Meskipun dosa
Tiap hari ku pinta
Agar bersih
Semuanya

Penderitaan
Dan perjuangan
Jasamu
Tetap ku kenang

Suatu yang sedih
Bergumpal di hati
Tiada
Mampuku beri
Hanya doa terukir
Setulusnya murni
Ku pinta
Pada-Mu Ilahi
Setiap hari

Ayah
Demi Tuhan ku bersyukur
Petunjuk-Nya menyedarkan kita
Meskipun dosa
Tiap hari ku pinta
Agar bersih
Semuanya

Penderitaan
Dan perjuangan
Jasamu
Tetap ku kenang

Oh~ Ayah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails