02 September 1998
Satu kes telah berlaku masa ni, kecoh satu Malaya pasal Dato' Seri Anwar kena tahan masa ni..Abah masa ni sibuk suruh adik (gelaran untuk Mak Uda dalam family masa tu) beli barang sorokkan kat stor bawah rumah masa tu. Abah dah siapkan senarai barang nak dibeli, mak aii....semuanya dalam bentuk pukal...yelah Mak uda ni akur je..Mak Uda pun tak ada kisah sangat sebab mengenangkan nak berjalan jauh ikut rombongan kawan Mak Uda, Mega yang mengajar di Kulai, Johor ke Kelantan..dah siapkan barang nanti senang hati nak tinggalkan mak dengan abah...Mak Uda ni orang yang tak pernah tinggal jauh dari mak dengan abah..duduk rumah teman mak dengan abah lepas keluar maktab.
Mak Uda ni pun bertolak ke Kulai, masa tu umur muda lagi, baru kerja, bujang, duit ada pulak, kepala gila-gila lagi...tak terasa apa pun..yang terasanya bila sampai di Kelantan, lepas telefon abah bagitau selamat sampai, Mak Uda sempat berjanji nak 'call' lagi hari Isnin nanti..letak je telefon, nak tidur kepala terhantuk kuat pada katil dua tingkat, hati berdetik jugak dan rasa lain macam tapi abaikan macam tak ada apa-apa..
07 September 1998
Mak Uda dah bertolak pulang ke Kulai, tak terus ke rumah mak abah sebab kononnya esok baru nak balik sama-sama dengan Mega dan Rozie kawan Mak Uda ni..dah pegang telefon nak 'call' rumah tapi tak tertelefon entah kenapa..Esoknya, 08 September, baru bertolak balik ke Chengkau, Rembau..Jalan kaki naik bukit bawa beg, selisih dengan orang kampung tapi semuanya macam takut nak senyum dengan Mak Uda ni...pelik jugak..kenapa pulak ye?
Jalan sampai depan rumah tengok ada khemah, pasallah pulak..suspen jerumah orang kawin tu di hujung kenapa khemahnya sampai ke rumah Mak Uda?Pelik..tengok dalam rumah Along Mak Uda jadi Imam sembahyang Zuhur, dan ramai..mana abah? Kenapa abah tak ada..Mak panggil Mak Uda..mak peluk Mak Uda..Mak cakap abah dah tak ada..apa lagi Mak Uda meraung ...
Abah yang Mak Uda sayang dah tak ada.Abah kena stroke tiba-tiba lepas balik dari menghakimkan Pertandingan Mengaji Al-Quran Peringtkat Negeri Sembilan, Abah bertahan sampai ke rumah dan rebah pukul 2.00 pagi..Bila bawa ke hospital, abah dah tak ada lagi..Allahu Akbar...tak sangka rupa-rupanya abah suruh beli barang bukan untuk darurat tapi untuk kenduri abah rupanya..Mak Uda dah jadi macam orang tak betul rasanya..semua orang macam tak nak berani nak cakap dengan Mak Uda..Mak Uda mulanya macam menyesal beli barang-barang tu..tak sangka rupanya untuk Abah..
Lepas tu Mak cerita, semua orang cari Mak Uda, tapi tak dapat dikesan..sedihnya..sampai sekarang kalau dicerita Mak Uda masih sedih lagi..Lagi-lagi nak raya lah pulak ni, arwah Mak dengan Abah memang sentiasa dalam kenangan Mak Uda..tapi alhamdullilah, masa tu ramai yang mengiringi dan melawat jenazah arwah abah sebab abah Imam masa tu..kurang sikit sedih rasanya..Mak kata orang yang datang penuh dan 'melaut'...rezeki abah walaupun adik tak ada...sedihnya...Al-Fatihah, mak dengan abah akan balik tak lama lagi....
2 comments:
walaupun kisah ini pernah akak dengar tapi air mata ni tetap mengalir jua.....Betul tu sayangi ibu bapa kita semasa mereka ada..huhuhu
sedih je masa taip entry tu kak...syahdu rasanya...
Post a Comment