Mak Uda_Pak Uda
Biar kita hidup susah kerana orang lain, jangan kita hidup menyusahkan orang lain.
Thursday, December 29, 2011
Jamal Abdillah
Pagi tadi Mak Uda membuat suatu kerja bagi seorang guru setiap hujung tahun. Dalam pada menuju ke destinasi tu Mak Uda layan radio Sinar Pagi..ada Jamal Abdillah jadi tetamu undangan. Masa memandu tu Mak Uda terpaksa 'follow' sebuah kereta yang memang perlahan, nasib baik ada Sinar Pagi dengan Jamal Abdillah, tak adalah rasa 'tension' sangat.
Mak Uda rasa nak kemaskini 'entry' yang sekian lama ter'senyap' ni pun sebab baru ada idea pasal Jamal Abdillah. Sedari kecil hinggalah dah nak tua ni, Mak Uda dibesarkan dengan lagu-lagu Jamal dan cerita-ceritanya yang kontroversi, tetapi Mak Uda tetap suka dengan lagu-lagu dia. Suara dia memang tetap macam tu dan lagu tentang kisah-kisah hidup dia memang 'syok' nak dengar. Sempena bulan bersama Jamal Abdillah hari ni, dia dijemput sebagai tetamu pagi di Sinar. Kalau nak tengok Jamal Abdillah Live pegilah tengok kat laman Sinar Fm.
Share
Thursday, December 8, 2011
Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam Tahun 2012
Salam pengemaskinian blog setelah cuti dari ber'blog'. Mak Uda memulakan sesi pengemaskinian dengan memberikan Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam Tahun 2012.
Semoga penerima gaji tahun depan bersyukur dengan rezeki yang Allah limpahkan kepada kita dan bekerjalah dengan lebih rajin, bertanggungjawab dan jangan mengharap balasan semata. Peringatan untuk diri sendiri dan semua.
Share
Wednesday, September 28, 2011
Bunga Hutan
Sungguh murni bunga hutan
Suci bersih, bersih tidak bernoda
Kalau hati tidak iman
Jatuh kasih, kasih sampai tergoda
Memang sungguh murni si bunga kasturi
Kuntum yang berseri tiap hari
Putihnya bak gading sukar nak dibanding
Memang sangat elok dipersunting
Suci bersih, bersih tidak bernoda
Kalau hati tidak iman
Jatuh kasih, kasih sampai tergoda
Memang sungguh murni si bunga kasturi
Kuntum yang berseri tiap hari
Putihnya bak gading sukar nak dibanding
Memang sangat elok dipersunting
Indah nian kembang asli
Walau tumbuh, tumbuh tidak berseri
Hati sayang, dalam hati
Rupa cantik, cantik halus berbudi
Memang sungguh murni si bunga kasturi
Kuntum yang berseri tiap hari
Putihnya bak gading sukar nak dibanding
Memang sangat elok dipersunting
Walau tumbuh, tumbuh tidak berseri
Hati sayang, dalam hati
Rupa cantik, cantik halus berbudi
Memang sungguh murni si bunga kasturi
Kuntum yang berseri tiap hari
Putihnya bak gading sukar nak dibanding
Memang sangat elok dipersunting
Kasih hati dah sebati
Aku rela, rela jiwa melayang
Namun kasih tak diganti
Hati sudah, sudah cinta dan sayang
Memang sungguh murni si bunga kasturi
Kuntum yang berseri tiap hari
Putihnya bak gading sukar nak dibanding
Memang sangat elok dipersunting
Share
Aku rela, rela jiwa melayang
Namun kasih tak diganti
Hati sudah, sudah cinta dan sayang
Memang sungguh murni si bunga kasturi
Kuntum yang berseri tiap hari
Putihnya bak gading sukar nak dibanding
Memang sangat elok dipersunting
Monday, August 22, 2011
Salam Kemerdekaan Ke-54
Sambil kita nak berhari raya ni, kita juga bakal menyambut kemerdekaan negara kita yang ke-54, Mak Uda selalu berdoa agar negara kita dilindungi Allah dari mara bahaya dan segala kecelakaan. Janganlah ada perkara yang tidak baik menimpa negara kita dan semoga rakyat negara kita masih waras dalam memperjuangkan sesuatu, sememangnya kita boleh bebas berkata dan berbicara tetapi ingat di hati kita perjuangkan diri kita sebagai orang Melayu dan rakyat Malaysia yang ingin berjaya.
Mak Uda akan 'upload' rangkaian lagu-lagu patriotik dan liriknya, dalam sehari dua ni, kalau ada sesiapa yang teringin boleh ambil dari sini. Mana yang tak betul tu, harap-harapnya betulkan sendiri. Sabor ye... Share
Mak Uda akan 'upload' rangkaian lagu-lagu patriotik dan liriknya, dalam sehari dua ni, kalau ada sesiapa yang teringin boleh ambil dari sini. Mana yang tak betul tu, harap-harapnya betulkan sendiri. Sabor ye... Share
Salam Aidilfitri
Setelah sekian lama Mak Uda betapa dari meng'update' blog, makan akhirnya keluarlah Mak Uda dari 'Gua'...Mak Uda yang sibuk dengan asignment dan periksa. Maka kini barulah Mak Uda ada sikit 'mood' raya walaupun jawab kertas peperiksaan tah apa-apa.
Salam Aidilfitri daripada Mak Uda dan Pak Uda sekeluarga setelah hampir 2 bulan Mak Uda tak mengemaskini, insya allah Mak Uda akan aktif (kalau rajin lah...) semula... Pohon kemaafan kepada semua.
Share
Saturday, June 25, 2011
Maharaja Lawak dah habis...
Memang best Maharaja Lawak malam tadi...Juara akhirnya jatuh ke tangan Sepah membawa hadiah RM350,000.00. Jozan tempat kedua dan Nabil tempat ke-3. Nabil macam dah tau je malam tadi, dia dah ready nak pegi ambil hadiah. Jambu tetap Jambu...tempat ke-4...Yang pastinya persembahan kedua diorang malam tadi memang best...Berbaloi usaha diorang. Mak Uda kongsi persembahan diorang malam tadi. Nabil jugak yang kayo makan sorang-sorang...
Share
Subscribe to:
Posts (Atom)




