Wednesday, August 19, 2009

Deco bersama Eric..

Hari ni Mak uda nak link kan satu website yang pasti best.. Deco bersama Eric..

Mak Uda tahu, Nurul Hayati kawan Mak Uda tu mesti teruja punya.. Dia suka English style..Kalau ada duit suruhlah Eric make over rumah korang untuk raya ni..berapa nak bayor? Tanya lah sendiri dengan Eric ye..
Mak Uda punya rumah dapat cat untuk feature wall warna merah pun dah seronok sangat, bila Pak Uda tambah pulak lampu yang ada stand tu lagilah anak-anak Mak Uda syok.. Nantilah...
Ini bukan rumah Mak Uda, yang bawah ni je..


Lagu-lagu patriotik

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Negara kita tidak lama lagi, Mak Uda dengan Pak Uda nak uploadkan lagu-lagu tema yang lepas-lepas, semoga semuanya mendapat manfaat bersama.

Malaysiaku gemilang

Marilah kita semua
Atas nama negara bangsa
Dengan Tekad mulia
Maju berwawasan
Mencipta keagungan

Berpadulah kita semua
Di dalam satu suara
Dengan degupan Merdeka
Menjulang budaya bangsa
Untuk Malaysia tercinta

Malaysiaku gemilang
Merdekanya terbilang
Berdaulat dan makmur
Berjaya kami syukur

Malaysia, kebebasan kedamaian
Malaysia, kebahagiaan kebanggaan
Malaysia, cemerlang terbilang
Malaysiaku gagah gemilang



Perpaduan Teras Kejayaan

Kini Semangat Jalan Seiring
Satu Amanah Kerjasama
Jadi Teras Bangsa Mulia
Sehati Sejiwa

Bangun Membantu Agar Sepakat
Moga Terserlah Perpaduan
Agar Teguh Dipersada
Dalam Hidup Harmoni

Sirami Rasa Kasih Sayang
Jadi Benteng Hidup Yang Harmoni
Nurani Ikhlas Dihati Murni
Menjadi Kekuatan Kita

c/oBersatu.......Bersatu
Bersatu Gagah Bercerai Rebah
Hindarkan Hasrat Sengketa Kita
Perpaduan Teras Kejayaan

Berpadu......Berpadu
Berpadu Bulat Kata Sepakat
Menjadi Cita Negara Jaya
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan


LAGU CIPTAAN : PAK NGAH
LIRIK CIPTAAN : LOKGHA

Tuesday, August 18, 2009

1 Malaysia..

Sempena nak menyambut hari kemerdekaan yang ke-52, Mak uda nak bagi lirik lagu 1 Malaysia. Mak Uda ni memang suka kalau ada lagu-lagu patriotik baru,lagi-lagi kalau Roy yang nyanyi..naik semangat... promosilah pada anak-anak murid.

Liriklagu 1 Malaysia.

Berdiri teguh di bumi,
Nyata pupuk semangat satu Malaysia,
Sepakat rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan.

Perpaduan mendapat rahmat,
Toleransi kaum amalan bersama,
Kejayaan kita bangunkan,
Satu Malaysia.

Dalam capai satu tujuan,
Tanggungjawab kita semua,
Jadi teras bangsa mulia,
Kita bina..Satu Malaysia..

Satu Malaysia jadi pegangan,
Rukun Negara teras panduan,
Satu Malaysia benteng negara,
Rakyat Malaysia taat setia... (ulang 4 kali )

Satu Malaysia..untuk semua.

Pencipta Lagu : Nik Nizam & Errie Naham
Lirik : Lokman Ghani
Penyanyi : Roy.



Semoga Allah melindungi negara kita ni dari sebarang kekacauan dan malapetaka. Mak Uda & Pak Uda sayangkan Malaysia ni...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails