Tuesday, August 18, 2009

1 Malaysia..

Sempena nak menyambut hari kemerdekaan yang ke-52, Mak uda nak bagi lirik lagu 1 Malaysia. Mak Uda ni memang suka kalau ada lagu-lagu patriotik baru,lagi-lagi kalau Roy yang nyanyi..naik semangat... promosilah pada anak-anak murid.

Liriklagu 1 Malaysia.

Berdiri teguh di bumi,
Nyata pupuk semangat satu Malaysia,
Sepakat rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan.

Perpaduan mendapat rahmat,
Toleransi kaum amalan bersama,
Kejayaan kita bangunkan,
Satu Malaysia.

Dalam capai satu tujuan,
Tanggungjawab kita semua,
Jadi teras bangsa mulia,
Kita bina..Satu Malaysia..

Satu Malaysia jadi pegangan,
Rukun Negara teras panduan,
Satu Malaysia benteng negara,
Rakyat Malaysia taat setia... (ulang 4 kali )

Satu Malaysia..untuk semua.

Pencipta Lagu : Nik Nizam & Errie Naham
Lirik : Lokman Ghani
Penyanyi : Roy.



Semoga Allah melindungi negara kita ni dari sebarang kekacauan dan malapetaka. Mak Uda & Pak Uda sayangkan Malaysia ni...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails