Sunday, January 24, 2010

Andai Dapat Ku Undurkan Masa

Dalam usikku merajuk seketika
Laluku pergi meninggalkan dirimu
Tanpa ku duga
Lilin menjadi bara
Gurauanku jadi dilema prasangka

Kau menyangka aku pergi kerna dia
Yang tak pernah wujud dalam alam cinta
Belum sempat ku jernihkan suasana
Engkau pula yang hilang
Entah ke mana

Puas sudah ku mencari
Ku tinggalkan pesan
Ku kirimkan berita
Agar dapatku temui dirimu
Umpama sebutir permata yang sirna

Andai dapat
Ku undurkan putaran dunia
Inginku ubah semula kata
Dan tingkahlakuku yang salah
Agar kita dapat seiring
Di mercu asmara

Tak ingin lagi
Dan tak mahu lagi berpisah
Bukan dengan kerelaan hati
Penyesalan yang tiada kesudahan
Ku tersepit dalam jerat sendiri

Boleh ke nak undur masa nak tebus balik semua.. Kalau boleh tak adalah syurga neraka yek..berebut-rebut orang nak jadi baik kan.. nak jaga mak bapak elok-elok..ish..ish.. Nyanyi..nyanyi lagu ni di petang-petang Ahad ni..



MP Teruntum


Teringat kenangan-kenangan lama di Maktab Perguruan Teruntum,Kuantan dulu. Mak Uda masuk belajar di sana tahun 1993 dan keluar Disember 1995, praktikum habis dan 'posting' 1996. Sekarang Maktab tu dah tak ade lagi, bangunannya betul-betul di belakang Parkson Kuantan, maktab tu kecil saje tapi kenangannya besar..

Masa tu merasa jugak Kuantan banjir, pergi mandi di Air Terjun Panching..seronok betul..nanti nak uploadkan gambar-gambar masa di sana..ber'camping' di Sungai Lembing, berpraktikum di Kampung Permatang Badak, praktikum 2 di SK Kg. Telok Ira , Temerloh..Masa inilah jugak arwah abah dimasukkan hospital sakit jantung dan dapat juga ke Mekah..dapat ke nak undurkan masa tu..seronoknya..

Kalau sudi nak join group MP Teruntum di Facebook, klik saje link yang Mak Uda 'highlight' kan tu.. Masukkanlah apa-apa sahaja maklumat dan cerita yang terbaru di situ..ada gambar lagi cantik.

Satu lagi link Facebook yang Mak Uda buat untuk sekolah Mak Uda, SK Telok Berembang, pun dengan niat yang sama, sebab ramai yang dh ada Facebook, seronok pulak. Ajak kawan-kawan 'join the club' ye..

Wednesday, January 20, 2010

Beban atau Tanggungjawab?


Bersendal tangan kat pintu kabinet sebab ralit membuat keje sekolah..kesian..
Masa kecil dulu, cikgu tanya, " Cita-cita bila dah besar nak jadi apa?" Mak Uda pun jawablah nak jadi cikgu. Mak pun tanya yang sama, jawabnya nak jadi cikgu jugak. Bila dah sampai Tingkatan 6, nak memikirkan jadi apa, keje cikgu je yang terbayang di mata.. Memang dah tersemat dalam hati ni keje cikgu paling syok sekali, cuti banyak,keje macaam tak seberapa..
Melayan karenah RMT yang tak betul-betul smpi ke tahap ini,keje cikgu ke ni? Mintak2 diterima pahala mereka..

Sudahnya..apa yang berlaku sekarang tak adalah macam yang kita tengok cikgu-cikgu kita buat dulu. Mak uda ni arwah abah memang ustaz le,adik-beradik je 6 orang dpd 8 memang cikgu, ipar pun cikgu, laki pun cikgu, biras pun cikgu..Yelah, arwah dulu memang suka sangat anaknya jadi cikgu.. Dia kata senang cuti banyak... ha..ha..mak tak tau keje cikgu lagi banyak sekarang ni, kalau mak tahu mesti mak suruh Mak Uda ni keje lain..

Tension pulak key-in data murid..keje kerana Allah lah ye..
Beban keje memang terlalu banyak, awal-awal tahun ni macam nak rebah rasanya membuat keje..Kadang-kadang kesian tengok diorang buat keje, bila difikirkan macam tak logik je apa yang cikgu ni buat demi melayan anak-anak dan pentadbir, macam dah lengkap tapi tak jugak sempurna lagi pada pandangan mereka. Nak melengkapkan data sekolah jangan cakaplah,bertimbun-timbun, buat tak reti je kadang-kadang bila dah banyak..

Inilah realiti sebenar cikgu-cikgu zaman sekarang berbeza dengan cikgu-cikgu dulu..Kadang-kadang malu bila nak dibandingkan dengan keje arwah abah dulu, siap ABM bila nak mengajar, anaknya guna kapur ajelah..tak sempat nak buat. Siapa nak jawab ni..? Pengubatnya.. Bersyukurlah.. itulah penghabis cerita..

Thursday, January 14, 2010

Gerhana Separa Matahari..

Lama tak memberi info baru.. Esok akan berlaku satu lagi keajaiban yang Allah beri pada kita, iaitu Gerhana Matahari Separa, dijangka bermula dari jam 3.20 petang sehingga jam 5.20 petang tapi tak sehingga menjadi gerhana cincin kerana Malaysia agak terlindung semasa kejadian ini berlaku..kita di kawasan penumbra sahaja, kalau kawasan umbra ianya lebih ketara dan akan berlaku Gerhana Cincin.. Jangan lupa saksikan bersama-sama kebesaran Allah ni..


Gerhana Matahari Cincin

Kawasan Penumbra berwarna kelabu.
Pesanan penaja..Jangan tak cerdik pulak esok..jangan pulak tengok terus menerus ye, boleh buta mata nanti, teknik klasik yang boleh digunakan ialah letakkan sebesen air di tempat lapang dan tengok di dalam air tu atau pun gunakan filem gambar yang tak guna lagi dan letakkan di mata kita, barulah boleh tengok matahari tu..

Untuk mendapatkan info dan gambar lebih menarik dapatkan maklumat daripada Laman Web rasmi Agensi Angkasa Negara di www.angkasa.gov.my atau nak tengok lebih baik pegi Planetarium Melaka yang dah buka sekarang ni sejak 9 Ogos yang lalu dan katanya yang tercanggih di Asia Tenggara..



Sejak dah mengajar Sains semula, teruja pulak rasanya nak kongsi maklumat tentang sains. Untuk gambar yang menarik nanti Mak Uda uploadkan gambar-gambar baru esok.

Sunday, January 10, 2010

Hadiah Terbaik..

Mak Uda mencedok entry ni dr Facebook kawan Mak Uda, Azman Abdul Kadir.. nak pinjam sekejap..buat renungan kita bersama...

Hadiah Terbaik :
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan

Monday, January 4, 2010

Salam Tahun Baru 2010..



Banyak nya barang sekolah diorang samapai tak ada masa minggu lepas nak bersuka ria sangat,
sibuk membetulkan seluar dengan baju diorang, baru bertiga,
kalau lapan orang macam adik beradik Mak Uda dulu..sian mak..

Salam Tahun Baru untuk semua, especially untuk anak-anak yang naik sekolah dan pada cikgu-cikgu termasuklah Pak Uda, Busu, Induk, Mak Andak Lin, Ateh, Kak Teh, Ummi Andak, Ibu Ayu, pendek kata...semua kawan-kawan cikgulah, kalau nak ditaip kontot jari Mak Uda.

Hari ni mulalah hari persekolahan yang pertama..Mak Uda apalagi, hari pertama dan minggu pertama adalah hari Mak Uda bertugas dengan Helmi, masa nilah PA sistem tak boleh pakai, buat hal, disebabkan suara Mak Uda yang 'kuat' tak pakai PA system pun tak pe..Mak bapak bebudak semua senyap dengar Mak Uda cakap..eksen betul hari ni..

Haziq kata kenapa malam kita pegi sekolah? Pagi tu gelap..pegi awal
sikit pagi tu sebab mak dia yang nak kena bertugas kan..tapi kalut jugak..


Al-kisah bebudak ni sekolah pulak..Haziq dan Hariz tahun ni sekolah dengan Pak Uda, Amir dengan Faiz je ikut Mak Uda..sedih pun ada tengok budak berdua tak ikut, bukan apa, kesian kat sekolah Pak Uda yang semakin kurang murid, ada budak berdua tu bertambah bilangan murid SK Sungai Jernih..Cikgu Nurul sodih dengar Haziq pindah sekolah ayahnya..Mak Uda pun..

Pak Uda yang teruja tahun ni nak bawak anak dia sekolah sama..Mak Uda yang sodih ambil gambar je lah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails