Sunday, January 24, 2010

MP Teruntum


Teringat kenangan-kenangan lama di Maktab Perguruan Teruntum,Kuantan dulu. Mak Uda masuk belajar di sana tahun 1993 dan keluar Disember 1995, praktikum habis dan 'posting' 1996. Sekarang Maktab tu dah tak ade lagi, bangunannya betul-betul di belakang Parkson Kuantan, maktab tu kecil saje tapi kenangannya besar..

Masa tu merasa jugak Kuantan banjir, pergi mandi di Air Terjun Panching..seronok betul..nanti nak uploadkan gambar-gambar masa di sana..ber'camping' di Sungai Lembing, berpraktikum di Kampung Permatang Badak, praktikum 2 di SK Kg. Telok Ira , Temerloh..Masa inilah jugak arwah abah dimasukkan hospital sakit jantung dan dapat juga ke Mekah..dapat ke nak undurkan masa tu..seronoknya..

Kalau sudi nak join group MP Teruntum di Facebook, klik saje link yang Mak Uda 'highlight' kan tu.. Masukkanlah apa-apa sahaja maklumat dan cerita yang terbaru di situ..ada gambar lagi cantik.

Satu lagi link Facebook yang Mak Uda buat untuk sekolah Mak Uda, SK Telok Berembang, pun dengan niat yang sama, sebab ramai yang dh ada Facebook, seronok pulak. Ajak kawan-kawan 'join the club' ye..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails