Thursday, January 14, 2010

Gerhana Separa Matahari..

Lama tak memberi info baru.. Esok akan berlaku satu lagi keajaiban yang Allah beri pada kita, iaitu Gerhana Matahari Separa, dijangka bermula dari jam 3.20 petang sehingga jam 5.20 petang tapi tak sehingga menjadi gerhana cincin kerana Malaysia agak terlindung semasa kejadian ini berlaku..kita di kawasan penumbra sahaja, kalau kawasan umbra ianya lebih ketara dan akan berlaku Gerhana Cincin.. Jangan lupa saksikan bersama-sama kebesaran Allah ni..


Gerhana Matahari Cincin

Kawasan Penumbra berwarna kelabu.
Pesanan penaja..Jangan tak cerdik pulak esok..jangan pulak tengok terus menerus ye, boleh buta mata nanti, teknik klasik yang boleh digunakan ialah letakkan sebesen air di tempat lapang dan tengok di dalam air tu atau pun gunakan filem gambar yang tak guna lagi dan letakkan di mata kita, barulah boleh tengok matahari tu..

Untuk mendapatkan info dan gambar lebih menarik dapatkan maklumat daripada Laman Web rasmi Agensi Angkasa Negara di www.angkasa.gov.my atau nak tengok lebih baik pegi Planetarium Melaka yang dah buka sekarang ni sejak 9 Ogos yang lalu dan katanya yang tercanggih di Asia Tenggara..



Sejak dah mengajar Sains semula, teruja pulak rasanya nak kongsi maklumat tentang sains. Untuk gambar yang menarik nanti Mak Uda uploadkan gambar-gambar baru esok.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails