Sunday, January 24, 2010

Andai Dapat Ku Undurkan Masa

Dalam usikku merajuk seketika
Laluku pergi meninggalkan dirimu
Tanpa ku duga
Lilin menjadi bara
Gurauanku jadi dilema prasangka

Kau menyangka aku pergi kerna dia
Yang tak pernah wujud dalam alam cinta
Belum sempat ku jernihkan suasana
Engkau pula yang hilang
Entah ke mana

Puas sudah ku mencari
Ku tinggalkan pesan
Ku kirimkan berita
Agar dapatku temui dirimu
Umpama sebutir permata yang sirna

Andai dapat
Ku undurkan putaran dunia
Inginku ubah semula kata
Dan tingkahlakuku yang salah
Agar kita dapat seiring
Di mercu asmara

Tak ingin lagi
Dan tak mahu lagi berpisah
Bukan dengan kerelaan hati
Penyesalan yang tiada kesudahan
Ku tersepit dalam jerat sendiri

Boleh ke nak undur masa nak tebus balik semua.. Kalau boleh tak adalah syurga neraka yek..berebut-rebut orang nak jadi baik kan.. nak jaga mak bapak elok-elok..ish..ish.. Nyanyi..nyanyi lagu ni di petang-petang Ahad ni..



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails