Tuesday, February 2, 2010

Suatu Masa..

Sedihnya malam-malam begini dengar lagu ni..teringat masa dulu-dulu ..

Masa kecik, dulu terasa susahnya..Adik-beradik Mak Uda ramai, 8 orang ramailah kan..anak 3 org ni mana ada ramai kan.. Ingat kalau nak makan lauk sotong dulu, arwah abah kata ini lauk 'gantung'..makan-makan sikit lah tu..tapi anak-anak sekarang terlalu mewah dengan makanan, sampai boleh pilih-pilih dan cakap tak nak, kita dulu manalah boleh pilih-pilih..

Lagi satu, kat kampung Mak Uda dulu ada masalah air, jadi tiap-tiap hari ikut mak pergi perigi basuh kain, jauh tu..tapi suka je..anak Mak Uda pulak sekarang pergi bilik air pun takut..Rindunya dengan arwah mak dengan abah.. nantilah sampai tarikh pemergian mak dengan abah, Mak uda masukkan cerita tentang diorang..Malam-malam ni nak kongsi lagu Suatu Masa.. mana boleh nak ulang lagikan suatu masa tu..

Suatu Masa

Bagaimanakan ku mula
Tiadakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku

Cahaya di matamu
Senyum di bibirmu
Mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukan

Berpucuk-pucuk surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua dan ku buangkan jauh
Dari pandangan
Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku

Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara kepadanya

Warna warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Apakah kau rasakan apa yang aku rasa
Atau kau tak endah
Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suci ku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima


2 comments:

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

dulu rumah akak tak ada paip, guna pergi dan setiap orang ada gilirannya hari apa harus mengangkut air, makan ayam setahun sekali..ayam kg dijual, ditukar dgn ikan masin atau sardin..
bersyukur dgn apa yang kita ada skrg dan sampai skrg akak masih sukakan sambal dan ikan masin..

Rusiah_Hazri said...

Hanya org yang tahu kesusahan sahaja akan mengenang dan mengingati kesenangan yang ada sekarang. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. terima kasih, kak yati, sebab kita dah senang sekarang kita boleh buat blog dan bukak FB..ha..ha..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails