Friday, June 26, 2009

Terkenang Kembali..

Mak Uda bila tengok video anak-anak masa kecil ni mula lah.. tak pelah just untuk tontonan semua.. Ni masa anak Mak Uda yang ketiga baru pandai jalan, Haziq, dia ni lambat sikit, setahun 4 bulan baru nak pandai, sepupunya yang lagi muda dah jalan, mulut pun tak ada. Tapi sekarang ni tak boleh nak cakap, mulut dia kalau tak suruh berhenti.. adui.. terjaga dari tidur pun boleh mengeja lepas tu lelap balik..


Tuesday, June 16, 2009

Jamuan Akhir KDP14Minggu..


Gambar ni sekeping je Mak Uda boleh ambil masa jamuan hari tu di Hotel City Bayview, Melaka. Tah apa sebab tak teruja pun tak tahu. Tengok Ibu Ayu punya blog banyak gambar jealouslah pulak. Betul-betul tak teruja nak mengambilnya masa tu.

Anyway, kengkawan, Mak Uda suka belajar dengan korang, pengalaman tu tak akan berulang lagi. Semoga kita gembira selalu dan dapat sambung belajar bersama-sama.

Lamanya tak update..

Hai.. Selamat naik penggal baru kepada semua..
Mak Uda dengan Pak Uda dah naik sekolah semula. Mak Uda baru habis kursus kan, riuh balik sekolah tu.. Kawan Mak Uda, Cikgu Bibah kata, siaran radio sekolah makin 'clear' bila Mak Uda ada.

Seronok rasanya, teringat jugak kawan-kawan Maktab, nampak muka si Amin kat sekolah tu, teringat mengekor diorang pegi makan kat luar Maktab.. Pagi Isnin tu lenguh tangan Mak Uda melayan SMS diorang.

Apa-apa yang baru lepas ni, semua yang Mak Uda buat masa cuti hari tu.. Mak Uda dengan Pak Uda macam biasalah penunggu setia rumah mak ni, lagi-lagi mak demam.. sian, terbaring seminggu lebih.. Mak Uda jadi suri rumah, pagi, petang, siang, malam... tak ada lain, kejenya masak je..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails