Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya..
Sedih bila ingat kan lagu ni..Pak Uda dah kehilangan seorang bekas anak muridnya, adik Mohd. Aiman Bin Mohd. Darus, dari Kampung Sungai Jerneh, belajar dalam Tingkatan 2 sekarang ni,
Kemalangan berlaku pagi tadi..tragedi menyayat hati apabila dia dan seorang murid Tahun 4 juga anak murid Pak Uda sekarang.. dihempap sebuah traktor pagi tadi..Mak Uda juga kenal bekas anak murid Pak Uda ni, setakat ini Mak Uda rasa dia seorang yang baik..Adik yang Tahun 4 ni berada di Hospital Melaka, perkembangannya akan diberitahu nanti..kesian..
Mak Uda dapat berita ni semasa dalam kelas OUM..mantan GPK1 Mak Uda dulu dan sekarang ni Guru Besar Pak Uda bagitau.. Mak Uda yang dengar terus tutup buku, terkejut..Jarang benar kes2 macam ni berlaku di sekitar kita, dah ajal , Allah lebih menyanyanginya..Al-Fatihah..
Satu Malaysia telah menyaksikan berita ni di Buletin Utama TV3, ada yang tak berapa betul tentang berita tu, berkemungkinan besar, pelajar Tahun 4 tu akan kehilangan kakinya sebab kecederaan yang teruk, Insya Allah, Mak uda dan Pak Uda akan melawat pelajar tersebut. Kita doakan agar adik Muhammad Izwan Mustafa akan sihat kembali dan dapat meneruskan pembelajarannya seperti biasa..
Update entry..
Hari ni Mak Uda, Pak Uda dan anak-anak sempat ke Hospital Melaka melihat perkembangan adik Muhammad Izwan..Alhamdulillah, keadaannya stabil dan hatinya sangat tabah..dia tak sedikit pun merengek atau mengaduh sakit. Daging pada kakinya hancur tapi dia masih boleh menggerakkan jari kakinya..Insya Allah..mengambil masa yang lama untuk kembali sihat. Semasa kejadian kata bapanya, dia masih boleh berdiri dan tak merasa sakit, tetapi setelah orang ramai datang barulah dia rebah, berkemungkinan banyak kehilangan darah masa tu..Kita doakan sama-sama agar dia dapat kembali seperti biasa.
Berita di Kosmo Online hampir betul dan sahih..
No comments:
Post a Comment