Wednesday, January 20, 2010

Beban atau Tanggungjawab?


Bersendal tangan kat pintu kabinet sebab ralit membuat keje sekolah..kesian..
Masa kecil dulu, cikgu tanya, " Cita-cita bila dah besar nak jadi apa?" Mak Uda pun jawablah nak jadi cikgu. Mak pun tanya yang sama, jawabnya nak jadi cikgu jugak. Bila dah sampai Tingkatan 6, nak memikirkan jadi apa, keje cikgu je yang terbayang di mata.. Memang dah tersemat dalam hati ni keje cikgu paling syok sekali, cuti banyak,keje macaam tak seberapa..
Melayan karenah RMT yang tak betul-betul smpi ke tahap ini,keje cikgu ke ni? Mintak2 diterima pahala mereka..

Sudahnya..apa yang berlaku sekarang tak adalah macam yang kita tengok cikgu-cikgu kita buat dulu. Mak uda ni arwah abah memang ustaz le,adik-beradik je 6 orang dpd 8 memang cikgu, ipar pun cikgu, laki pun cikgu, biras pun cikgu..Yelah, arwah dulu memang suka sangat anaknya jadi cikgu.. Dia kata senang cuti banyak... ha..ha..mak tak tau keje cikgu lagi banyak sekarang ni, kalau mak tahu mesti mak suruh Mak Uda ni keje lain..

Tension pulak key-in data murid..keje kerana Allah lah ye..
Beban keje memang terlalu banyak, awal-awal tahun ni macam nak rebah rasanya membuat keje..Kadang-kadang kesian tengok diorang buat keje, bila difikirkan macam tak logik je apa yang cikgu ni buat demi melayan anak-anak dan pentadbir, macam dah lengkap tapi tak jugak sempurna lagi pada pandangan mereka. Nak melengkapkan data sekolah jangan cakaplah,bertimbun-timbun, buat tak reti je kadang-kadang bila dah banyak..

Inilah realiti sebenar cikgu-cikgu zaman sekarang berbeza dengan cikgu-cikgu dulu..Kadang-kadang malu bila nak dibandingkan dengan keje arwah abah dulu, siap ABM bila nak mengajar, anaknya guna kapur ajelah..tak sempat nak buat. Siapa nak jawab ni..? Pengubatnya.. Bersyukurlah.. itulah penghabis cerita..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails