Wednesday, August 19, 2009

Lagu-lagu patriotik

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Negara kita tidak lama lagi, Mak Uda dengan Pak Uda nak uploadkan lagu-lagu tema yang lepas-lepas, semoga semuanya mendapat manfaat bersama.

Malaysiaku gemilang

Marilah kita semua
Atas nama negara bangsa
Dengan Tekad mulia
Maju berwawasan
Mencipta keagungan

Berpadulah kita semua
Di dalam satu suara
Dengan degupan Merdeka
Menjulang budaya bangsa
Untuk Malaysia tercinta

Malaysiaku gemilang
Merdekanya terbilang
Berdaulat dan makmur
Berjaya kami syukur

Malaysia, kebebasan kedamaian
Malaysia, kebahagiaan kebanggaan
Malaysia, cemerlang terbilang
Malaysiaku gagah gemilang



Perpaduan Teras Kejayaan

Kini Semangat Jalan Seiring
Satu Amanah Kerjasama
Jadi Teras Bangsa Mulia
Sehati Sejiwa

Bangun Membantu Agar Sepakat
Moga Terserlah Perpaduan
Agar Teguh Dipersada
Dalam Hidup Harmoni

Sirami Rasa Kasih Sayang
Jadi Benteng Hidup Yang Harmoni
Nurani Ikhlas Dihati Murni
Menjadi Kekuatan Kita

c/oBersatu.......Bersatu
Bersatu Gagah Bercerai Rebah
Hindarkan Hasrat Sengketa Kita
Perpaduan Teras Kejayaan

Berpadu......Berpadu
Berpadu Bulat Kata Sepakat
Menjadi Cita Negara Jaya
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan


LAGU CIPTAAN : PAK NGAH
LIRIK CIPTAAN : LOKGHA

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails