Showing posts with label buat blog... Show all posts
Showing posts with label buat blog... Show all posts
Sunday, May 15, 2011
Sesak betul...
Dah berapa hari tak boleh 'edit' blog...Baru pagi ni boleh, meragam jugak 'blogspot' ni...Macam-macam hal kalau nak jadi 'blogger', tak 'edit' orang tak mari pulak, jadinya kenalah jadi wartawan cap ayam... Apa lagi, mana kawan-kawan 'blogger' dah boleh 'update', masuk cerita baru... Ada yang sampai merajuk-rajuk tak dapat nak 'sign in'...
Thursday, April 21, 2011
Kagumnya lah...
Terkedu jugak Mak Uda petang ni setelah sejak lama tak ber'blog', ada juga yang sudi yang buat 'link' Blog Mak Uda_Pak Uda ni ke blognya iaitu dalam blog 'aku dan HIDUP'...Apalah sangat blog Mak Uda_Pak Uda ni, dan Mak Uda dah tengok ada juga link dalam blog Norhayati Berahim (idola Mak Uda ni sejak remaja)..., Ibu Ayu(sudah semestinya)... terharu sebenarnya...Terima kasih banyak-banyak untuk yang sudi, Mak Uda dan Pak Uda berblog sekadar berkongsi maklumat, pengalaman hidup dan perasaan Mak Uda dan Pak Uda.
![]() |
| Blog 'aku dan Hidup' |
![]() |
| Blog Kak Norhayati Berahim |
Monday, June 14, 2010
Blog Mak Uda_Pak Uda
Muka depan blog Mak Uda_Pak Uda dah lain kan? Seronok malam tadi 'explore' BLOGSPOT dengan Mak Andak.. Macam-macam ada yang baru ni, dah ada 'background' yang cantik..'layout' pun tak payah susah-susah nak mengemaskini blog sekarang..
Background
Layout
Advanced
Templates
Seronoknya buat blog..jom belajar.
Tuesday, June 1, 2010
Buat Blog
Buat blog memang memang menyeronokkan...sekurang-kurangnya kita ada diari dan kenangan yang kita tinggalkan untuk anak cucu yang tinggal nanti..Mesti diorang kata, "Pandai nenek aku buat blog dulu-dulu, celik IT nenek aku". Punyalah bangga kita dalam kubur masa tu. Kadang-kadang tak sempat nak 'update' blog ni, macam-macam kerja nak buat, macam-macam cerita nak masukkan, mana yang edit gambar lagi..tapi memang seronok kalau dah berjaya..
Mak Uda cuma nak kongsi untuk buat 'backgrounds' blog aje dulu, kalau nak belajar penuh, dah banyak blog yang ajar cara buat blog.. Contohnya pegi je ke 'link' ni..akan diajar cara buat blog yang mudah.
Yang nak pilih latar blog boleh lah pegi ke laman sesawang ni..Mak Uda dan Ibu Ayu guna yang ni:
Yang ini pun boleh..Mak Andak Lin guna yang ini:
Cara-caranya:
1. Log in masuk blog masing-masing dan akan membawa kepada 'Dashboard' kita.
2. Kemudian pilih 'Layout' pada paparan 'Dashboard' tadi.
3. Pada paparan 'Layout' pilih ' Add A Gadget' dan klik pada HTML/ Java Script.. simbol (+)
4. Pada paparan 'Configure HTML/JavaScript' Screen', salin 'HTML Code' pada 'background' yang telah kita pilih dan klik 'save'. Contoh Kod HTML Background atas:
<script>document.write(unescape("%3Cstyle%20type%3D%22text/css%22%3E%0Abody%20%7B background-image %3A%20url%28%22http%3A//i342.photobucket.com/albums/o401/Thecutestblogontheblock/BerniceBackgroundcopy.jpg %22%29%3B%20background-position%3A%20center%3B%20background-repeat%3A%20no-repeat%3B%20 background-attachment %3A%20fixed%3B%20%7D%0A%3C/style%3E%0A%3Cdiv%20id%3D%22tag%22%20 style%3D%22position%3Aabsolute %3B%20left%3A0px%3B%20top%3A30px%3B%20z-index%3A50%3B%20 width%3A150px%3B%20height%3A45px%3B%22%3E%0A%3Ca%20href%3D%22 http%3A//www.thecutestblogontheblock.com%22%20target%3D%22_blank%22%3E%0A%3Cimg%20src %3D%22http%3A//www.thecutestblogontheblock.com/images/tag.png%22%20border%3D%220%22/ %3E%0A%3C/a%3E%3C/div%3E%20"));
5. Untuk melihat hasilnya, klik 'View Blog' pada sebelah atas paparan 'Dashboard'.
Boleh nak ubah berapa banyak kali pun, tapi pastikan kita 'Remove' dulu paparan HTML/ Java Sript pada 'Dashboard' kita... Selamat mencuba.
Subscribe to:
Posts (Atom)







