Monday, March 29, 2010

Cake Boss..

Pernah tak tengok rancangan 'Cake Boss' di Astro 'Travel & Living' setiap Rabu, pukul 7.00 malam?Nama kedai mereka Carlos Bakery.. Memang best giler tengok dia buat kek. Macam nak pergi sana je nak tengok diorang buat kek, memang kreatif dan tak terfikir semua tu boleh dimakan. Taukenya, Buddy Valastro memang hebat dan perniagaan membuat kek dipelopori dia dan keluarganya..Mak Uda nak ajak semua kongsi kek yang pernah dia buat..nak ajak pergi tak dapat le..



Koleksi-koleksi kek dia..


Cantik kan? Geramnya..kalau dekat nak je pegi belajor buat kek..

Kalau nak best lagi websitenya: Carlos Bakery of Cake Boss.
Kalau ada yang nak pergi sendiri beli kek pegi alamat kedai dia: Carlos Bakery, 95 Washington
St. Hoboken, New Jersey 07030
Tel: (201) 659-3671
Fax: (201) 659-5779
Join Facebook : Cake Boss: 
Bilalah nak ada kek yang cantik kreatif buatannya di Malaysia ni? Mahukah anak-anak muda kita belajar buat kek macam ni? Alahai, anak abah..

Friday, March 26, 2010

Kesian..

Berita Harian, 26 Mac 2010
"KUALA LUMPUR: Seramai 33,000 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menjalankan tugas am, akan mendapat elaun bulanan RM200, manakala 52,000 anggota berpeluang dinaikkan pangkat secara automatik sekurang-kurangnya selepas tiga tahun berkhidmat. Mengumumkan insentif baru itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata pemberian elaun itu akan dilaksanakan secepat mungkin dan membabitkan peruntukan tambahan RM84 juta setahun.
Mengikut Pindaan Pekeliling Perkhidmatan 2009 pula, katanya, konstabel akan dinaikkan pangkat ke lans koperal selepas tiga tahun berkhidmat, manakala lans koperal ke koperal selepas lima tahun......"

Bagusnya lah kan jadi polis sekarang..memang tinggi habuannya. Sesiapa ada anak, suruh le jadi polis..berbaloi..kalau  ada anak dara, suruh cari abang polis, lagi berbaloi..baloi..baloi.. Yelah ini mungkin strategi nak menarik anak-anak muda supaya menjadi anggota polis...

Tak adelah macam Mak Uda yang jadi cikgu ni.. Walau macamana pun, cikgu jugak yang salah..Padahal cikgu dah ajor tu, buat baik, hormat orang tua, jangan gaduh, jangan hisap rokok, jangan bawa motor kalau tak ada lesen, ajar cuci tangan, ajar buang sampah dalam tong.....bila keluar je sekolah tak betul sikit, nak cadang benda baru suruh jugak cikgu ajor kat sekolah..tambah lagi beban baru..

Mak Uda yang baru 14 tahun jadi cikgu ni macam-macam cerita pasal budak sekolah dan melayan kehendak mak ayah diorang..Ada yang suruh jaga anak-anak dia elok-elok di sekolah, lintas kan anak dia, bagi anak dia makan, tengokkan anak dia dah sarapan ke belum, tu belum lagi suruh cikgu bagi kelas tambahan sampai hari Sabtu dan Ahad, kelas malam, kelas waktu cuti...tak ko poning?  Cuba kabor kat  Mak Uda ni, bila cikgu-cikgu ni nak melayan anak dan keluaarga dia pulak..nak 'update' blog, nak tengok facebook..Ha..ha.. semua kena jaga tu..(itu Mak Uda je lah)..Melayan kehendak pentadbir dan jabatan dah lain pulak karang..

Kadang-kadang kat sekolah tu belum bunyi loceng dah bertugas, macam polis ada, macam jaga ada,jadi nurse memang tiap-tiap hari..jadi pelakon, penyanyi memang le kan..yang mengajornya tah berapa waktu benar sebab jadi kerani lagi banyak..Susahnya lah kan, kalau ada yang anak2 muda baca tak nak pulak dia jadi cikgu..tapi satu yang bestnya jadi cikgu tu tang CUTIIIInya.. sama macam budak-budak sekolah, tapi kalau sekolah menengah ada lain sikitlah..sebab budak PMR dan SPM exam diorang hujung tahun, kelas masa cuti dan jaga pekse memang penuh..Hujung tahun ada best sikit, itulah yang memujuk hati Mak Uda ni, biorlah jadi cekgu sampai tua..

Thursday, March 25, 2010

Nak tolong kengkawan je..

Seperti blog Mak Uda, "Biar kita hidup susah kerana orang lain, jangan kita hidup..menyusahkan orang lain"...

Jadi Mak Uda kau ni, memanglah suka menolong orang, bukan dapat apa pun, sekadar nak promosi kuih-muih kawan Mak Uda ni buat..Dia sibuk nak Mak Uda promosikan dalam blog Mak Uda_Pak Uda ni, dia kata blog Mak Uda ni yang glamer ni..Kesian..Mak Uda pun buatlah untuk dia..

Kawan Mak Uda ni, Kak Bib memang suka berniaga, apa sahaja waima kelapa sebijik..orang pun dia boleh jual kalau ada orang nak.. (jadi telangkai/orang tengah le).. dahsyat dia ni, sama satu sekolah dengan Mak Uda..Dia dah lama ada bisnes buat kuih-muih, kek dan macam-macam, catering pun boleh..

Kek sebelah ni bukan dia buat tapi sebab ada Diana Danielle yang promosi kek ni, Mak Uda letak le.. dia punya gambar kek, kedekut benar nak bagi..

Sesiapa yang nak order bolehlah pegi tengok sendiri website dia:  http://www.naqikcookies.com,
Blog dia: http://naqikcookies.blogspot.com dan Facebook  Kak Bib ni: Abibah Ketot.
Bagitau Mak Uda pun boleh..

Friday, March 19, 2010

I-City, Shah Alam



Al kisahnya, maka tersebutlah kisah..Mak Uda baru dengar belum pegi lagi..I-City, Shah Alam ni..Mula-mula ingat kat 'oversea' mana masa tengok kat Facebook sorang kawan, sekali tu rupanya..'dokek yo'..Shah Alam.. Wah, terujanya nk menengok lampu-lampu yang cantik..
Cantiknya..nak pegi tengok...Gambar-gambar ni Mak Uda pinjam dari website Lights Wonderland@I-City, Shah Alam.

Bersyukur dengan apa yang ada..

 Steady  Mama Polaris panjat tangga dengan Mak andak Lin..Pelamin sendiri bila nak buat Mama????
Kadang-kadang manusia ni tak reti(tahu) bersyukur kan..nikmat macam-macam dah dapat, tapi masih lagi nak memperlekehkan dan tak tahu nak menghargai bila dah ada depan mata, mau komplen lagi..ish..ish..
Mak Uda bersungut ni ada sebabnya...Walaupun entry ni sepatutnya dah lama dimasukkan, sebab banyak kerja terpaksa ditangguhkan, ternampak tadi, datang lah balik di kepala ni isu hangit ni..

Ceritanya,... Mak Uda dengan Mak Andak Lin, Atam dan Mama Polaris dah penat menyiapkan pelamin 'terdesak' ni, ada yang tak puas hati lagi..Ada seorangmakcik kat rumah mak ni nak buat kenduri kawin, anaknya duda kawin anak daralah, walaupun duda buatkanlah elok-elok ye tak..dahlah kita ni datang menyerah diri nak menolong, atam kata kitorg kena tolong buat pelamin..
Dah le semua barang Mama Polaris aku yang punya, tak ke sakit hati, ada orang sok-sek kat belakang kata, tak buat ikut warna temalah, rendahlah..eiii, geram aje..Mintak staple gun pun tak ade,takkan itu pun kitorang nak bawak, kalau Mak Uda  ni tokey kedai andaman tak pelah..tangga lagi aku yang angkut, pasu bunga..sapa tak geram..terima kasih pun tak ada, melawa air, haram..Mak uda dengan mak andak ambil sendiri je..

Maka, pelamin nya jadi begini, walaupun pada mulanya hanyalah sebuah almari..kitorang dah make over..Kitorang puji sendiri je cakap cantik..Sah-sah tak dapat pahala sebab mengata, ha.ha..

 Ni kat tempat lain, Mak uda suka sebab ianya kekal klasik dan menjimatkan, lama dah tak jumpa telur yang dibungkus macam ni..

Thursday, March 18, 2010

Dah lama tak update...

Asyik sibuk dengan 'assignment' tak sempat nak update blog, Pak Uda dengan anak-beranak demam pulak..Mungkin sebab bertukar cuaca, dari panas ke musim hujan pulak sekarang ni, alhamdulillah dah hujan, sejuk sikit..kalau demam carilah ubat, kan..

Mak Uda nak masukkan gambar masa Larian Obor sempena SUKMA, diorang lari depan rumah mak ni.. Dapatlah Mak Uda dapat ambik gambar peminatnya..
 Semangat mak mentua aku bagi sokongan..melayan cucu-cucunya..

Friday, March 12, 2010

SUKMA Ke-13

Minggu ni Mak Uda kena ajar lagu SUKMA Ke-13 yang akan diadakan di Melaka tak lama lagi..Kalau sesapa nak lirik atau lagu, boleh mintak kat Mak Uda ni. Setakat ni Mak Uda bagi lirik dulu ye, best jugak lagu ni, tapi laju untuk budak2 nak dapat. Anyway, ambik lah ye..


Sukma ke-13, di Melaka,
Bandaraya Warisan Dunia
Negeri Bersejarah Berbudaya,
Dikunjung pelancong sepanjang masa,

Semangat rakyat didahulukan,
Pencapaian diutamakan,
Berpadu bersedia, menyahut cita bangsa,
Kita 1 Malaysia...

Berjuang bersama cabaran pengharapan,
Tangkas dalam saingan,
Semangat setiakawan tersemat diingatan,
Terbina nilai insan.

Sukma ke-13 pasti jaya,
Menggamatkan Sukan Negara,
Bersama kita julang kejayaan gemilang,
Harmoni dan cemerlang.

Sunday, March 7, 2010

Saja-saja nak kongsi..

Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!

Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana!!!

Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???


Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..

Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh... Your call...
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp...!! !
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?

Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!

Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah... Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler... Senang sikit tak perlu naik flight...
6 tahun: JALAN-JALAN? ?? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK..








Saturday, March 6, 2010

Penatnya lah..hai..

Hari ni, Mak Uda dipertanggungjawabkan ke Karnival Pendidikan Melaka yang diadakan di MITC, Melaka. Mak Uda ni dah selalu dan rasanya tiap-tiap tahun memang muka Mak Uda akan ke karnival ni tapi macam tahun tak se'gah' tahun-tahun yang lepas..

Ada satu yang menarik minat Mak Uda dan ini mungkin juga menarik minat kawan-kawan Mak Uda yang selalu membawa murid-murid rombongan. Mak Uda dapat satu brochure lawatan ke Genting Highlands dan Cameron Highlands.

Pakej Cuti sekolah Genting Highlands:

RM125 seorang termasuk :
* Menaiki Genting Skyway Transfer
*Set makanan di Lobby Cafe, First World Hotel
* 1hari tanpa limit pass masuk..
*Melawat Germa of The World
*Melawat Snow World
*Melawat Amazing Ten Animal Kingdom

Pakej 2 hari 1 malam Genting Highlands:


RM238 seorang termasuk
*1 malam penginapan
Sarapan pagi di Lobby Cafe, First World Hotel
*Transfer Genting Skyway
*1hari tanpa limit pass masuk
*Melawat Germa of The World
*Melawat Snow World
*Melawat Amazing Ten Animal Kingdom

Cameron Highlands

3 hari 2 malam
RM155 seorang termasuk:
*Penginapan 2 malam
*Sarapan pagi
*Melawat Ladang Rose
*Melawat Ladang Teh
*Melawat Taman Rama-rama
*Melawat Kaktus Valley
*Melawat Kebun Strawberry
*Melawat Kebun Sayur



Kalau berminat mana-mana pakej, sila hubungi
ARAHMAS DAMAI TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
No.133, Jln. TU-3, Taman Tasik Utama, 75450 Ayer Keroh, Melaka.
Tel: 606-2312009 Fax: 606-2314009
Email: arahmasdamai@yahoo.com

Friday, March 5, 2010

Salam Maulidur Rasul..


Mak Uda lambat masuk kan entry baru, tah apa pasal tak taulah..malas banyak sangat sekarang ni..tolong motivasi sikit..

Sempena Maulir Rasul tahun 1431H ni, Mak Uda dan Pak Uda ambil kesempatan mendoakan semoga seisi bumi ini sentiasa sihat selalu, dan hidup dengan penuh aman dan bahagia. Mak Uda harap sangat agar biarlah kita ni jadi manusia yang boleh berfikir dengan kepala otak bukan kepala lutut..

Dalam seminggu, Mak Uda asyik dengar dan tengok kes-kes pembunuhan dan penderaan kanak-kanak sering berlaku..Bila masa kita nak ikut keperibadian Rasullullah s.aw... Sedih,kesian anak-anak..Semoga di masa akan datang ni, kita boleh berubah dan menjadi manusia yang penyayang..

Saturday, February 20, 2010

Pergi Tak Kembali..

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir

Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata


Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya..



Yang berbaju hijau..Pergi Tak Kembali..Al-Fatihah..
Sedih bila ingat kan lagu ni..Pak Uda dah kehilangan seorang bekas anak muridnya, adik Mohd. Aiman Bin Mohd. Darus, dari Kampung Sungai Jerneh, belajar dalam Tingkatan 2 sekarang ni,

Kemalangan berlaku pagi tadi..tragedi menyayat hati apabila dia dan seorang murid Tahun 4 juga anak murid Pak Uda sekarang.. dihempap
sebuah traktor pagi tadi..Mak Uda juga kenal bekas anak murid Pak Uda ni, setakat ini Mak Uda rasa dia seorang yang baik..Adik yang Tahun 4 ni berada di Hospital Melaka, perkembangannya akan diberitahu nanti..kesian..

Mak Uda dapat berita ni semasa dalam kelas OUM..mantan GPK1 Mak Uda dulu dan sekarang ni Guru Besar Pak Uda bagitau.. Mak Uda yang dengar terus tutup buku, terkejut..Jarang benar kes2 macam ni berlaku di sekitar kita, dah ajal , Allah lebih menyanyanginya..Al-Fatihah..

Satu Malaysia telah menyaksikan berita ni di Buletin Utama TV3, ada yang tak berapa betul tentang berita tu, berkemungkinan besar, pelajar Tahun 4 tu akan kehilangan kakinya sebab kecederaan yang teruk, Insya Allah, Mak uda dan Pak Uda akan melawat pelajar tersebut. Kita doakan agar adik Muhammad Izwan Mustafa akan sihat kembali dan dapat meneruskan pembelajarannya seperti biasa..

Update entry..

Hari ni Mak Uda, Pak Uda dan anak-anak sempat ke Hospital Melaka melihat perkembangan adik Muhammad Izwan..Alhamdulillah, keadaannya stabil dan hatinya sangat tabah..dia tak sedikit pun merengek atau mengaduh sakit. Daging pada kakinya hancur tapi dia masih boleh menggerakkan jari kakinya..Insya Allah..mengambil masa yang lama untuk kembali sihat. Semasa kejadian kata bapanya, dia masih boleh berdiri dan tak merasa sakit, tetapi setelah orang ramai datang barulah dia rebah, berkemungkinan banyak kehilangan darah masa tu..Kita doakan sama-sama agar dia dapat kembali seperti biasa.

Berita di Kosmo Online hampir betul dan sahih..

Wednesday, February 17, 2010

James Bond..


Malam ni entry lain lah pulak sebabnya tengah tengok cerita James Bond untuk malam ke-4 di TV2.. Mak Uda suka tengok cerita ni sebab hero dia payah nak mati, kalau musuh dia sure kena tembak dan mati.. Hero-heronya pun kekal hensem dan mesti bergaya, gadjetnya pun best.. Sekadar nak berkongsi perasaan malam-malam ni..



Esok last siri cerita James Bond: Quantum of Solace.

Saturday, February 13, 2010

Panas..panas..masya allah..


Cuaca panas dah hampir 4 minggu, sebulanlah tu.. kat Lubok ni.. Masya Allah, dengarnya kat tempat lain hujan, siap banjir lagi..tapi kat sini panas..rumah kampung pun tak tahan, macamana lah kalau duduk rumah taman.. tapi bagusnya duduk kampung ada macam-macam alternatif nak menyejukkan badan.. Saksikanlah..aktiviti mandi perigi..seronok tgk je..

Hobi..oh.hobi..

Masing-masing ada hobi dan hobi Mak Uda baca novel..Ini yang membuatkan Mak Uda tak heran dengan FB dua tiga hari ni..dapat buku baru "Ranting Cinta Si Plato".. wah, best betul dapat baca buku kak Norhayati Berahim ni.. Blog : Dari Hati Insan Kecil Yang Kerdil..

Dari anak dara dulu memang Mak Uda suka baca hasil tulisannya, dan sampai Pak Uda pun tahu apa buku yang Mak Uda suka baca,masa pantang dulu Pak uda belikan Mak uda novel kak yati ni, orang kata kalau baca masa dalam pantang mata boleh rabun..kalau dah sememangnya rabun macamana? Jadi apalah pulak..minta dijauhkan..

Koleksi Mak Uda dah semakin bertambah, Mak Uda kalau novel baca penulis tertentu sahaja macam Norhayati Berahim, Aisya Sofea, Shamsiah Abu Salem, Anis Ayuni, Damia Hanna, dan ada beberapa orang lagi..sebab bahasa yang digunakan mudah dan terbuai-buai perasaan bila membacanya..terasa macam berada sama dalam situasi novel tu, kalau bergaduh dalam cerita tu,macam nak 'mendebik'sekali..kalau menangis tak usah cakaplah, siap boleh sambung-sambung, lepas buat keje, baca balik dan sambung menangis..dahsyat penangannya..

Pernah ada kawan Mak Uda kata baca novel melayu ni mengkhayalkan dan cintan aje..bukan macam tu... masyarakat kita ni kadang-kadang belum baca dan mentafsir isi dalam tu, kadang-kadang bila kita baca sesebuah novel tu kita akan memahami dan dapat menyelami perasan orang lain dan tidak bertindak di luar batasan fikiran, bukan nak berkhayal tak tentu pulak...kalau nak diulas memang panjang.. Cuba baca dan insya allah kita pulak yang boleh jadi gila mengumpul novel2 ni, Mak Uda ada ramai kawan yang dh jadi 'ulat novel' disebabkan pengaruh Mak Uda yang kuat ni..malahan dia lebih dulu beli daripada Mak Uda ni..

Saturday, February 6, 2010

Apa pasal...

Dah 2 minggu macam tak ada idea nk upload kat blog ni..Ni semua pasal asyik sangat dengan facebook je..macam-macam nak dilayan dalam tu..ada yang mintak ajor buat blog, buat group lah..lagi-lagi dah buat group Maktab Perguruan Teruntum..tak terlayan nak buat entry baru.. Nak letak lagu je karang, benda yang sama pulak.. Angah Raup pun kata cerita sedih je dalam ni..apa yang nak taip pun tak tau..asyik bergosip pun boring.. apa-apahal berehat dulu ye di hujung minggu ni..kejap dah nak hari isnin balik..

Tuesday, February 2, 2010

Suatu Masa..

Sedihnya malam-malam begini dengar lagu ni..teringat masa dulu-dulu ..

Masa kecik, dulu terasa susahnya..Adik-beradik Mak Uda ramai, 8 orang ramailah kan..anak 3 org ni mana ada ramai kan.. Ingat kalau nak makan lauk sotong dulu, arwah abah kata ini lauk 'gantung'..makan-makan sikit lah tu..tapi anak-anak sekarang terlalu mewah dengan makanan, sampai boleh pilih-pilih dan cakap tak nak, kita dulu manalah boleh pilih-pilih..

Lagi satu, kat kampung Mak Uda dulu ada masalah air, jadi tiap-tiap hari ikut mak pergi perigi basuh kain, jauh tu..tapi suka je..anak Mak Uda pulak sekarang pergi bilik air pun takut..Rindunya dengan arwah mak dengan abah.. nantilah sampai tarikh pemergian mak dengan abah, Mak uda masukkan cerita tentang diorang..Malam-malam ni nak kongsi lagu Suatu Masa.. mana boleh nak ulang lagikan suatu masa tu..

Suatu Masa

Bagaimanakan ku mula
Tiadakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku

Cahaya di matamu
Senyum di bibirmu
Mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukan

Berpucuk-pucuk surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua dan ku buangkan jauh
Dari pandangan
Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku

Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara kepadanya

Warna warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Apakah kau rasakan apa yang aku rasa
Atau kau tak endah
Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suci ku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails