Selama seminggu hari tu iaitu 14 hingga 17 Julai 2009, sekolah Mak Uda telah didatangai sekumpulan guru-guru GPM Kawasan Masjid Tanah datang mengadakan program kat atas tu. Terima kasihlah kat kawan Mak Uda, saudara Norizam Majid, Penyelaras PKG Masjid Tanah.. yang dah uploadkan situasi sebelum dan selepas mereka bertungkus-lumus menyiapkan Perpustakaan sekolah Mak Uda.
Saturday, October 31, 2009
Friday, October 30, 2009
Panggilan haji..
Sampailah masanya, jemaah-jemaah haji kita berangkat menunaikan haji ke Mekah. Mak Uda ucapkan selamat jalan kepada kawan-kawan Mak Uda dan Pak Uda iaitu Cikgu Asmah dan suami, Cikgu Ibrahim dan isteri, Kak Salina serta warga sekolah Mak Uda yang pergi buat kali keduanya iaitu Kak Sallabiah dan suami, Cikgu Malek.
Semoga mereka selamat pergi dan balik serta mendapat haji yang mabrur..
Mak Uda uploadkan lirik lagu 'Panggilan Haji' yang memang digemari sejak kecik lagi..bila lah agaknya Mak Uda dapat seru ye.
Panggilan Haji
Panggilan Haji telah tiba lagi,
Menunaikan ibadah panggilan Baitullah,
Tanah suci Makkah,
Ya Makkah Al-Mukarramah.
Malam subuh dan senja..pergi ke Baitullah
Sembahyang berjamaah, tawaf, saei dan umrah..
Terdengar suara.. panggilan bergema..
Tiba masanya kini..Wukuf Haji Arafah,
Terdengar sayup sampai..tasbih, tahmid dan takbir..
Putih, bersih, berseri..bakti pada Ilahi,
Terbayang lah di sini..tempat berhimpun nanti..
Tempat berhimpun nanti..
Dari Padang Arafah lalu ke Muzdaliffah,
Bermalam di Mina melontar tiga Jumrah,
Syarat rukun haji sempurnalah sudah,
Semogalah ibadah haji mabrurrah...
Masjid di Nabawi terletak Makam Rasul,
Taman Raudhah tempat himpun doa,
PadaMu, wahai Junjungan..
Selawat dan salam pohon syafa'at..
Ya Syafa'atullah...
Panggilan Haji telah tiba lagi,
Menunaikan ibadah panggilan Baitullah,
Tanah suci Makkah,
Ya Makkah Al-Mukarramah...
Wednesday, October 21, 2009
Sambutan Hari Raya ...
Hari tu, sekolah Mak Uda buat Sambutan Hari Kanak-kanak dan RIMUP..budak-budak pakai baju raya.. kontroversi jugaklah kisah ni..Tapi Mak Uda nak bagi pendapat, rasanya tak salahkan kalau kita mengajar anak-anak mengenal perayaan-perayaan di Malaysia ni kan? Kata nak menjayakan Misi '1 Malaysia' ni kan..
Penyanyi paling 'malu' dalam Malaysia..
Budak tak cukup umur pun pegi sekolah... Yang sebelah tu pinjam songkok sapa pulak?
Tapi sekarang kita pulak macam nak menyekat pengetahuan anak-anak..Bukannya tak belajar, masa tu lah jugak kita mengajar... apa makanan yang dimakan pada hari itu, pakaian yang sesuai masa sambutan tu, murid-murid diajar cara memberi ucapan mengikut protokol, apa lagu yang sesuai (anak-anak murid Mak UDa tak pandai nyanyi lagu raya..kesian diorang) dan lagi pun sekolah Mak Uda ada beberapa orang pelajar India yang seronok nak join sama dan kami membuat Program RIMUP untuk mengeratkan silaturrahim tanpa mengira bangsa.. Kadang-kadangkan, kena fikir baliklah perkara-perkara yang kecil macam ni.. Nampak macam kecil, tapi besar maknanya..Yang terasa, maaflah ye..Mak Uda tetap menyokong mana yang baik..
Bawah ni Mak Uda nak pertontonkan betapa sukanya anak-anak sekecil ini, termasuk juga guru-gurunya melayan karenah mereka..rugi rasanya kalau mereka tak mendapat pengalaman sebegini..lagi-lagi zaman sekarang, semuanya boleh dirakam dan ditonton semula bila mereka dewasa nanti..Kalau di negara omputeh tu semuanya nak diberi pada anak-anak supaya merasa pengalaman sebenar, kita dah ajar mereka nama-nama perayaan di Malaysia ni, kita pulak yang menyekat situasi yang sebenarnyakan....ni tak adil namanya, kan?
tak boleh nak upload, pasal apa tak tau..line tak ok..
Keluarga di Chengkau Raya..
Sedih..sedih.. Mana Mak Uda dalam gambar ni..Tak adolah pulak.. Bukan apa sebab tak ada tu, MaK Uda membuta kat rumah mak Lubok ni sebab kepenatan malam raya tu lambat tido.. Hari ini, maka sempatlah Mak Uda meng'upload'kan gambar adik-beradik Mak Uda di Chengkau. Ingat ke diorang cepat sangat pegi kedai gambar dan dah terlepas, rupa-rupanya lambat..kena tinggallah Mak Uda sekeluarga..Lagipun, kitorang hijau, Angah Mak Uda pulak biru..diorang semua merah..tak kena langsung...so, kitorang disingkirkan sendiri..ha..ha..
Sunday, October 11, 2009
Kata orang-orang tua..
Mak Uda terbaca blog Ibu Ayu, kesian Faiz, budak comel tu...kes macam ni Mak Uda dengan Pak Uda dah pernah alami..memang sedih dan kesian bila tengok anak-anak kena cirit-birit terlampau dan muntah..
Anak Mak Uda ni masa kecik teruk dengan penyakit..demam(biasalah kan), bisul penuh kat kepala sampai ke leher(orang-orang tua kata penyakit kenan/sawan), sawan tangis dan macam-macam lagi.. Bab penyakit cirit-birit ni, Mak Uda dan Pak Uda hadap masa Amir, anak sulung kitorang masih kecil.. masa tu bulan puasa, Mak uda sibuk buat biskut raya..dahlah cirit-birit, dia muntah menyembur-nyembur sampai kena kat pintu rumah arwah mak kat Chengkau. Malam tu jugak arwah mak suruh bawak pegi klinik, tengok Amir ni dah lembik dan demam. Masa tu klinik bukan macam sekarang, semuanya buka sampai pagi...pegilah Tampin, Klinik Al-Azim tutup, klinik lain pun sama..apalagi..dah pukul 12 malam, kitorg nekad pegi ke Masjid Tanah..malam tu dapatlah jugak tengok2 pelita raya sebab nak pegi bukannya dekat..sampailah ke Klinik Asuza..kuranglah sikit demam dia.
Nak dijadikan cerita, esok tu demam dan muntah lagi, bawa sekali lagi ke Tampin, on the way balik dia muntah dalam kereta..kesian dah lembik..baliklah ke rumah.. Sampai ke rumah kita pun dah letih, dia asyik muntah je..Mama dia, Kak Lang Mak Uda kata cuba ambil Vitamin C, hancurkan campur air..bagi guna sudu.. Dia kata dia pernah baca kat majalah,Vitamin C boleh menghentikan cirit-birit dan muntah..apalagi, bingkaslah Mak Uda ni bangun mencari Vitamin C.. syukur, alhamdulillah, bukan nak cakap..memang lepas bagi tu Amir terus berhenti muntah dan tak cirit-birit lagi.. Cubalah petua ni, kalau anak-anak kita terkena penyakit ni..satu lagi Pil Chik Kit Tek On pun boleh, hancurkan..kalau budak kecil bagi 10 biji dan hancurkan terlebih dahulu dan campukan dengan air..insya allah, perlahan-lahan nanti dia ok..Ubat klinik ni kena jugak ambil..
Mak Uda jenis nekad je, kadang-kadang ngeri jugak berani sangat..Masa Amir kena bisul dulu, kitorang ni dah geram tengok tak pecah-pecah bisul tu, kitorang ambil duri limau, cucuk dan cuci dengan air panas, kemudian letak ubat dapat dari klinik.. Masa Haziq pulak, dia kena juandis/demam kuning..kitorg bantai jemur je kat bawah matahari dan cari ubat hemopati, sebab masa tu tak ada orang nak tengok anak-anak yang lain, mak ke Makkah masa tu..ada ubat untuk juandis rupanya..Berani-berani, dalam pada tu cemas jugak..
Bila difikir-fikirkan masa tulis blog ni, ngeri pulak rasanya..ha..ha..

Wednesday, October 7, 2009
Hai anak-anak ....
Mak Uda rasa terpanggil nak meng'upload'kan lagu ni bila tengok drama kat Astro Prima masa hari raya tu.. Bila difikir-fikirkan, memang anak-anak zaman sekarang tak seperti anak-anak zaman Mak Uda dengan Pak Uda dulu.. kami dulu tak dapat nak duduk bersembang-sembang dengan ayah, dengan mak tu bolehlah jugak..Rasa hormat tu amat tinggi kepada mereka..tapi anak-anak zaman sekarang ni, dia tu pulak yang merancang pulak apa yang mak ayah kena buat untuk dia.. Apatah lagi, nak melayan kehendak-kehendak mereka, mak ayah pulak yang jadi 'pak turut'. Yang kurang ajar, tak mendengar kata, melawan cakap..tak boleh nak cakap..nauzubillah..janganlah kita menderhaka..
Bersyukurlah anak-anak zaman kini,.... dengarkan lagu ni.. Mak Uda dah menyanyikan lagu ni masa kami ada kumpulan nasyid dulu di Rumah Rakyat Chengkau, Rembau...., arwah abahlah yang menubuhkan kumpulan tu.. sayu hati..
Ya Ilahi Rabbi,
Sempurnakanlah pekertiku,
Sebagaimana Engkau, menyempurnakan wajahku,
Kurniakanlah rahmat bahagia ibu bapaku,
Berikan hidayat pada hati yang tertutup..
Sebagai rimbunan daun-daun,
Seandainya bilangan dosaku..
Ya Allah, ampunilah daku..
Hamba bertaubat..
Hai anak yang soleh,
Beruntunglah ayah dan bonda,
Bagai mata air yang mengalir dalam syurga,
Hai anak durhaka,
Pintu taubat masih terbuka,
Jangan kau teruskan tingkah laku yang kecewa,
Sebagai rimbunan daun-daun,
Seandainya bilangan dosamu,
Ya Allah..ampunilah dia,
Yang telah bertaubat..

Wednesday, September 30, 2009
Rayalah Pulak...
Malam raya tu pukul 2 pagi lepas habis masak kuah Lontong, Mak Uda pun 'lolap'lah.. punyalah mengantuk tak boleh nak cakap.. Bangun pagi tu, siap2lah nak ke Masjid Kariah Lubok China untuk bersembahyang sunat Hari Raya. Setakat ni, Mak Uda tak pernah 'miss' sembahyang raya lagi.. Punyalah ramai tahun ni kat masjid tu..(tak bawa pulak kamera nak merakamkan suasana yang meriah hari tu)..
Anak-anak Mak Uda yang 3 orang ni dah besar, dah boleh bawak meneman Pak Uda..Seronok diorang.. Apa lagi balik sembahyang tu, kitorang bergambar dan bergaya sakan.. Sebelum tu, melayan Skype dengan Syafiq anak Bang Teh yang ada kat Tawau, Sabah.. Sodih jugaklah menengok dia kat sinun..

Anak-anaklah pulak..macam berjanji je nak pakai hijau tahun ni...
Pra Hari Raya..
Aduhai..sibuknya Mak Uda dan Pak Uda melengkapkan hari raya yang bakal tiba..tak sempat nak mengadap komputer. Bukan apa, asyik memikirkan juadah yang 17 menu nak disediakan, inilah bahananya, dari tahun lepas merancang tak dapat buat, tahun ni kenalah tunaikan hajat orang lain yang dah mendengar.. Ngeri jugak menu raya tahun ni.. Bayangkan macamana kitorang nak siapkan makanan ni, nasib baik ada 'pengarah' ni..*Lemang, Ketupat, Nasi Impit memang biasalah..nak dimakan dengan Rendang Daging,Rendang Kerang dengan Lontong.
*Nasi Lemak dengan Sambal Telur Puyuh dan Sambal Sotong Kembang
*Nasi Beriyani berlaukkan Kari Kambing, Ayam masak merah, Dalca, Acar Jelantah, Papedom.
*Sup TulangGambar Mak 'blogger' tak termasuk dalam ni sebab sibuk ambil gambar..ha..ha..

Thursday, September 17, 2009
Balik Kampung..
Kampung Mak Uda dekat je..15km dari rumah mak Lubok China ni. Mak Uda dah lebih 9 tahun duduk rumah mak mentua ni, ok apa.....kengkawan selalu buat lawak, Mak Uda tak raya rumah mak mentua ke? Sabo jelah.. bertahan tu..
Kalau nak ikutkan giliran balik beraya ni, memang boleh bergaduh..tapi alhamdulillah, Pak Uda mengamalkan sistem bergilir masa arwah mak ada dulu.. Bila mak dah tak ada ni, Mak Uda lebih senang berada di rumah mak Lubok ni.. senang nak bersembahyang raya, lepas tu kitorang cabuttttt balik Chengkau.
Kita mesti amalkan toleransi, mak bapak mentua pun mak bapak kita jugak. Mula-mula dulu memang kecik ati jugak..tak paham ke orang lelaki ni,..tu dulu.. orang pompuan ni mula-mula memang merajuk, dah lama2 fed-up malas nak layan, buat dek aje..cemas jugak dia..
Tapi kasihan sikitlah dengan permintaan orang pompuan ni, lagi-lagi masa mak abah kita hidup ni, baliklah ke kampung, bila dah tak ade, barulah kita tahu nikmatnya masa diorang ada dulu....tapi bila dah tak ada, miskin segala2nya..apa yang kita nak buat pun, suka hatilah.. dah jadi macam Mak Uda ni, miskin serba-serbi..jeles tengok orang ada mak abah, boleh bersalam masa raya, peluk cium..kita tengok jelah...tapi tak payahlah gaduh-gaduh, kita masih raya dalam Malaysia lagi....Yang untung Pak Uda, balik kampung hari-hari..
Tag Raya...
Menyahut cabaran Ibu Ayu, Mak Uda pun teruja nak menjawab semua soalan pasal raya tahun ni...
Baju Raya...
Alhamdulillah.. Baju raya tahun ni hijau jugak, sama macam Ibu Ayu.. Pakai baju kurung je, beli siap kat kedai yang biasa Mak Uda pegi kat Tampin tu ( Mawaddah ), Pak Uda pun sama tempah kat situ..senang.. Anak-anak pun sama hijau, jangan jalan anak-anak nanti macam anak dengan mak ayah pokok dah le..Baju Melayu dan Baju kurung , Mak Uda dah setkan dari dulu mesti sama, ada temalah..Baju raya yang satu ni Mak Uda pegi beli sama dengan Ibu Ayu kat Taman Cempaka, Melaka. Ada cerita baju ni..tak boleh nak lupakan. Tengok ye..apa persamaannya..padahal beli kat tempat lain-lain.
Untuk Baby/Anak...
Anak-anak Mak Uda bab memilih baju jalan, Mak Uda dengan Pak Uda bagi kebebasan sikit.. Ikutlah nak warna, fesyen apa..
Family Aku..
Sejak mak dengan abah dah tak ada, kitorang adik-beradik tak teruja sangat. Family di Chengkau, Rembau tahun ni beraya dengan tema warna merah. Mak Uda dah ada warna tu 2 tahun lepas, kalau nak bergambar nanti, baju hijau tukar le kaler merah..(gambar kat profil tu..)
Family Mertua...
Kat Lubok ni, tahun ni warna-warni.. Induk, adik Pak Uda dengan kitorang je yang sama hijau. Mak Andak kata Pak Andak recycle je baju raya lama dia, dia tetap baju baru.
Kasut Raya..
Kasut tak tahan tahun ni, Pak Uda berhabis beli kasut berjenama.. Amir..Nike, Ammar dengan Amrin..Adidas.. Haziq selagi tak belikan kasut dia, tidur mengigau mintak kasut.. kesian, tak tahan carilah sampai dapat di Mahkota Parade. Betul jugak kata Pak Uda, kalau kasut RM120.00 bahagi dengan 12 bulan baru RM10.00..kira zakatlah untuk anak-anak,sebab tak beli pampers, mainan lagi..YOLAH!!!!
Perabot Baru..
Tak ada langsung perabot baru, cat baru..tahun ni semua malas.. Kadang-kadang hiran jugak, kenapa nak raya baru nak kemas, hari-hari biasa tak kemas ee? Mak Uda tanya ni, sebab dah malas, asyik nak fikir pasal nak sedia makanan untuk pagi raya je..
Duit Raya...
Duit raya? Mak Uda tahun ni amalkan langkah berjimat-cermat, Mak Uda dah siapkan makanan, peruntukan duit raya dah jadi kecil.. Makan je lah ye..
Bonus..
Alhamdulillah, dapatlah bantuan khas hari raya yang PM bagi tu, bila masuk? Tak tau le..
Balik Kampung..
Hisk..hisk... sedih, kampung kitorang dekat sangat, 15 minit dah sampai... Mak Uda selalunya balik kampung Chengkau lepas sembahyang hari raya kat Lubok. Balik Muar hari raya kedua atau ketiga, saudara-mara ada lagi kat sana.. rindu bau tanah gambut kat sana.
Inilah serba sedikit yang kitorang buat untuk sambut hari raya tahun ni.. Selamat Hari Raya..

Kuih Raya..
Soalan ni cepumas betul, haram satu balang biskut tak ada. Tak teruja betul nak beli biskut hanya kerepek je beli. Kalau ikut sejarahnya, Mak Uda ni adalah orang paling rajin nak buat biskut raya. Nanti kalau datang raya, Mak Uda masak yang panas-panas je.Perabot Baru..
Tak ada langsung perabot baru, cat baru..tahun ni semua malas.. Kadang-kadang hiran jugak, kenapa nak raya baru nak kemas, hari-hari biasa tak kemas ee? Mak Uda tanya ni, sebab dah malas, asyik nak fikir pasal nak sedia makanan untuk pagi raya je..
Duit Raya...
Duit raya? Mak Uda tahun ni amalkan langkah berjimat-cermat, Mak Uda dah siapkan makanan, peruntukan duit raya dah jadi kecil.. Makan je lah ye..
Bonus..
Alhamdulillah, dapatlah bantuan khas hari raya yang PM bagi tu, bila masuk? Tak tau le..
Balik Kampung..
Hisk..hisk... sedih, kampung kitorang dekat sangat, 15 minit dah sampai... Mak Uda selalunya balik kampung Chengkau lepas sembahyang hari raya kat Lubok. Balik Muar hari raya kedua atau ketiga, saudara-mara ada lagi kat sana.. rindu bau tanah gambut kat sana.
Inilah serba sedikit yang kitorang buat untuk sambut hari raya tahun ni.. Selamat Hari Raya..
Tuesday, September 15, 2009
Kad Raya..
Alhamdulillah, hampir sempurna kita menyempurnakan Ramadhan.. Insya allah, kalau panjang umur dapatlah kita bertemu lagi, Ramadhanku... Mak Uda pasti rindu dengan 'mak' dan 'abah' yang nak balik tak lama lagi.. Sayu rasa hati.. Pak Uda pun macam tu juga, 'ayah', 'angah', 'nenek' dan yang pastinya yang terbaru..'Alif' pun akan balik... sedihnya..tahun depan akan jumpa lagi.
Nak cerita pasal kad raya, tapi intronya sedih pulak.. Dah lama tak dapat kad raya, sms banyak diterima tapi perasaan tu lain kalau dapat kad.. Ada daripada anak murid, rakan-rakan. Sebenarnya, paling best kalau dapat kad raya kan.. Masa kecil-kecil dulu, teringat dengan Andak gantung kad raya kat ranting pokok.. alahai, rindunya zaman tu..
Ini kadraya daripada Fieddah dengan Zam, ingat kat Mak Uda dalam pada dia berpantang.. Terima kasih, Fiddah..Tahniah, dapat anak perempuan...Nafiza..muka macam bapak dia la..
Nak cerita pasal kad raya, tapi intronya sedih pulak.. Dah lama tak dapat kad raya, sms banyak diterima tapi perasaan tu lain kalau dapat kad.. Ada daripada anak murid, rakan-rakan. Sebenarnya, paling best kalau dapat kad raya kan.. Masa kecil-kecil dulu, teringat dengan Andak gantung kad raya kat ranting pokok.. alahai, rindunya zaman tu..
Subscribe to:
Posts (Atom)