Sunday, October 31, 2010

Maher Zain_Insya Allah


Mak Uda dengan Pak Uda memang dah jatuh hati dengar lagu ni sampai kan kitorang ni dah membeli CD Maher Zain yang ori lagi, memang berbaloi, semua lagu dia 'best'... Kiranya lagu bawah ni memang 'killer song' dia... Pergh...tak leh nak bagitau, dengar dan hayati maksudnya, memang berbintang-bintang Mak Uda bagi...



Insya Allah

Every time
You feel like you cannot go on
You feel so lost and that you're so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless you can't see which way to go
Don't despair
And never lose hope
'Cause Allah is always by your side

Chorus:
Insha Allah
Insha Allah
Insha Allah
You'll find your way

Every time
You commit one more mistake
You feel you can't repent and that it's way too late
You're so confused
Wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full shame
But don't despair
And never lose hope
Coz Allah is always by your side

Chorus

Turn to Allah
He's never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Ya Allah
Guide my steps, don't let me go astray
You're the only one who can show me the way
Show me the way
Show me the way
Show me the way

InshaAllah
InshaAllah
InshaAllah
We'll find the way

Lyrics: Maher Zain & Bara Kherigi
Melody: Maher Zain
Arrangement: Maher Zain & Hamza Namira
© Awakening Records 2009

Saturday, October 16, 2010

Manusia oh manusia!!!

Mak Uda yang tak faham dengan perangai manusia yang sorang ni.. Mak Uda ada seorang kawan, perangainya memang suka memantau aktiviti orang lain, agaknya dia ni sesuai kerja 'supervisor'lah atau Nazir Sekolah.. Kalau kita suka nak berkawan dengan orang lebih dekat, nak mendampinginya selalu, janganlah kita ni kepoh sangat.. Tak payahlah nak tau semua aktiviti orang atau menyamar jadi orang lain kononnya nak korek rahsia.


Mak Uda ni dah kategori ke arah orang tua, tapi belum tua sangatlah..Mak Uda dah bolehlah baca sikit-sikit perangai seseorang tu melalui kata-katanya..(melalui facebook). Kenapa suka nak syak wasangka dengan orang lain? Tak payah bersikap cemburu..Wah, hari ni Mak Uda macam marahlah pulak, sebenarnya bukan nak marah tapi NASIHAT...

Kita dilahirkan memang macam-macam perangai dan sikap yang Allah berikan kepada kita sejak lahir, tapi sikapkan boleh diubah sama ada kita belajar secara langsung, melalui pemerhatian ataupun pengalaman sendiri mahupun orang lain. Mak Uda tahu dia yang Mak Uda maksudkan suka baca blog Mak Uda ni, belajarlah dari tulisan Mak Uda ni. Tak payahlah kita nak terasa-rasa hati kalau kita tak ada kena-mengena dengan situasi orang lain.


Belajarlah memaafkan dan menerima seadanya apa yang kita ada. Bersyukur dan banyakkan sedekah supaya dalam hati kita tu bersih. Berkawanlah dengan sesiapapun, dan kita bukannya nak berkasih, kita sesama jenis... Mak Uda  pun dah ada Pak Uda.


Saja nak berkongsi kisah dan sentiasa menasihati diri sendiri dan sudi menerima nasihat dan pandangan orang lain..

Lagi satu kalau kita ber'Facebook' janganlah sampai ekstrem sangat, sampai tak buka sehari macam orang gila sasaulah pulak. Jangan samapai kita jadi hamba 'facebook ' pulak. Memang Mak Uda buka dan layan Facebook jugak, tapi kalau orang dah tak layan kita, jangan kita suka memaksa orang menjawab komen awak tu..kadang-kadang nak menjawab tak kenalah pulak ayatnya, dah tulis panjang, tapi macam tak ada kesinambungan, Mak Uda pun batalkan komen tu..itu pun nak tau jugak apa yang kita dah padam tadi, rasa geram je..



Fikir-fikirkanlah apa yang Mak Uda membebel kat atas tu tadi.. Untuk mengelakkan suka sangat ambil tahu hal orang je, kita baca Novel NB Kara Online ni, tak adalah buang masa sangat..ada jugak 'pekdah'nya...Klik sini.

Bukan dirancang...

Selepas maghrib ni tadi, Mak Uda pegilah melawat seorang pakcik ni meninggal, tak jauh dari rumah mak mentua Mak Uda. Pakcik ni memang dah berumur orangnya dan tidak berapa sihat kebelakangan ini. Yang Mak Uda nak cerita kan adalah perihal anaknya yang juga kawan dengan Pak Uda, memang baik orangnya..Anjang Azmi, memang tinggal di rumah tua dengan ayahnya ni. 

Jalan utama dari Linggi ke Pekan Lubok China.
Mendapat panggilan ibu mertuanya yang tinggal di Singapura meninggal jam 5.00 pagi ketika dia di Kuantan. Balik ke Lubok China mengambil pasport untuk ke Singapura, dalam perjalanan dapat pula berita ayah sendiri pula meninggal, agaknya bagaimana perasaan beliau ya? Serentak mendapat berita yang menyedihkan, bukan dirancang tetapi semuanya di tangan Allah. Andai kata kita tak kuat semangat, mana yang kita kejar dulukan?

Mak Uda dapat merasakan perasaan yang sukar ni masa tahlil tadi, sedih rasanya, tapi semoga dia beroleh kekuatan dan semangat. Bayangkan betapa penatnya dia nak berulang ke Melaka ni. Mak Uda rasa dia masih lagi bertuah kerana mendapat tahu berita ini dan Insya Allah, dia sempat balik. Masa arwah abah meninggal dulu, Mak Uda tak dapat tahu sebab masa tu penggunaan telefon bimbit adalah terhad, dia masih beruntungkan? Masih lagi dia bernasib baik dengan teknologi dan pembangunan yang ada ni, bersyukurlah kita dan terimalah qada dan qadarNya.

Gunakanlah teknologi yang ada ini dengan sebaik-baiknya dan manfaatkan penggunaannya. 

Friday, October 15, 2010

Lamanya Mak Uda menghilang...

Salam semua...rindunya nak ber'blog' balik. Mak Uda bukan ke mana-mana menghilang, tapi kesempatan nak memasukkan entry tak sempat nak membaca blog sendiri. Ramai yang singgah dan mesej Mak Uda, tak ada entry baru ke? Bukan tak nak jawab semua pesanan tu tapi kekangan yang ada membataskan masa Mak Uda nak menghadap komputer dengan lama, line pun tak berapa ok..

Sebenarnya banyak yang Mak Uda nak cerita masa hari raya tu, dan cerita-cerita selepasnya, sayangnya tak sempat jugak, ini pun sebab dah tak tahan, insya allah kalau line kat rumah Mak Uda dah ada nanti, kita akan ber'blog' sakan..


Ramai yang mintak Mak Uda ajar buat blog, Mak Uda pun bukan pandai sangat, mana yang boleh Mak Uda ajar, Mak Uda bagilah...Insya allah, dalam masa terdekat ni Mak Uda akan update blog Mak Uda ni..


Thursday, September 9, 2010

e-Kad raya daripada kawan-kawan..

Koleksi kad raya daripada kawan-kawan Mak Uda...Selamat Hari Raya...
 

Kad Raya daripada Ibu Ayu

Kad Raya daripada Jumee di Australia..

Kad Raya daripada Kak Im.
Kad Raya daripada Uda..

 
 Kad Raya daripada Miza..siap bagi rumah..senang nak cari...

Ini yang paling 'special'...dari Tok Najib..jangan marah..



Wednesday, September 8, 2010

Salam Aidilfitri...

Di kesempatan ini, Mak Uda dan Pak Uda serta anak-anak nak mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua kenalan, rakan-rakan tak kira di sekolah, blogger, di Facebook dan di mana sahaja. Semoga lebaran pada kali ini memberi makna kepada kita semua...

Sudi-sudi singgah rumah Mak Uda, mana-mana rumah pun boleh, bagitau aje, Mak Uda dan Pak Uda wujud di sana...Lubok China, Melaka, Chengkau ke boleh belaka...

07 September... 12 tahun lalu...

Menjelang je tarikh ni, Mak Uda akan terkenang peristiwa 12 tahun dulu...sayu hati dan tak boleh nak undurkan masa tu...Teringat tarikh pemergian arwah abah yang tak dapat Mak uda nak sertai...kalaulah boleh nak diundurkan masa tu...alahai..sedihnya..

02 September 1998

Satu kes telah berlaku masa ni, kecoh satu Malaya pasal Dato' Seri Anwar kena tahan masa ni..Abah masa ni sibuk suruh adik (gelaran untuk Mak Uda dalam family masa tu) beli barang sorokkan kat stor bawah rumah masa tu. Abah dah siapkan senarai barang nak dibeli, mak aii....semuanya dalam bentuk pukal...yelah Mak uda ni akur je..Mak Uda pun tak ada kisah sangat sebab mengenangkan nak berjalan jauh ikut rombongan kawan Mak Uda, Mega yang mengajar di Kulai, Johor ke Kelantan..dah siapkan barang nanti senang hati nak tinggalkan mak dengan abah...Mak Uda ni orang yang  tak pernah tinggal jauh dari mak dengan abah..duduk rumah teman mak dengan abah lepas keluar maktab.

Nak dijadikan cerita, 'list' barang yang abah buat tu hilang tah mana letak tak ingat..Abah kata buat dulu nanti apa-apa hal senang. Kenalah buat balik dan Mak Uda pun pegilah ke kedai beli barang, abah ni sibuklah mengatakan takut darurat masa tu..Beras seguni, bawang sebuntil, gula dan lain-lain lagi..Bila dah siap semua barang, Mak Uda pun bersiaplah nak ke Kulai, sebelum tu pergi ke rumah jiran yang buat kenduri kahwin anaknya. Abah siap ajar orang sembelih lembu dengan ayat-ayat Al-Quran dan petuanya sekali. Memang betul-betul sibuk lah minggu tu..masih terbayang lagi suasananya..

Mak Uda ni pun bertolak ke Kulai, masa tu umur muda lagi, baru kerja, bujang, duit ada pulak, kepala gila-gila lagi...tak terasa apa pun..yang terasanya bila sampai di Kelantan, lepas telefon abah bagitau selamat sampai, Mak Uda sempat berjanji nak 'call' lagi hari Isnin nanti..letak je telefon, nak tidur kepala terhantuk kuat pada katil dua tingkat, hati berdetik jugak dan rasa lain macam tapi abaikan macam tak ada apa-apa..


07 September 1998

Mak Uda dah bertolak pulang ke Kulai, tak terus ke rumah mak abah sebab kononnya esok baru nak balik sama-sama dengan Mega dan Rozie kawan Mak Uda ni..dah pegang telefon nak 'call' rumah tapi tak tertelefon entah kenapa..Esoknya, 08 September, baru bertolak balik ke Chengkau, Rembau..Jalan kaki naik bukit bawa beg, selisih dengan orang kampung tapi semuanya macam takut nak senyum dengan Mak Uda ni...pelik jugak..kenapa pulak ye?  

Jalan sampai depan rumah tengok ada khemah, pasallah pulak..suspen jerumah orang kawin tu di hujung kenapa khemahnya sampai ke rumah Mak Uda?Pelik..tengok dalam rumah Along Mak Uda jadi Imam sembahyang Zuhur, dan ramai..mana abah? Kenapa abah tak ada..Mak panggil Mak Uda..mak peluk Mak Uda..Mak cakap abah dah tak ada..apa lagi Mak Uda meraung ...

Abah yang Mak Uda sayang dah tak ada.Abah kena stroke tiba-tiba lepas balik dari menghakimkan Pertandingan Mengaji Al-Quran Peringtkat Negeri Sembilan, Abah bertahan sampai ke rumah dan rebah pukul 2.00 pagi..Bila bawa ke hospital, abah dah tak ada lagi..Allahu Akbar...tak sangka rupa-rupanya abah suruh beli barang bukan untuk darurat tapi untuk kenduri abah rupanya..Mak Uda dah jadi macam orang tak betul rasanya..semua orang macam tak nak berani nak cakap dengan Mak Uda..Mak Uda mulanya macam menyesal beli barang-barang tu..tak sangka rupanya untuk Abah.. 

Lepas tu Mak cerita, semua orang cari Mak Uda, tapi tak dapat dikesan..sedihnya..sampai sekarang kalau dicerita Mak Uda masih sedih lagi..Lagi-lagi nak raya lah pulak ni, arwah Mak dengan Abah memang sentiasa dalam kenangan Mak Uda..tapi alhamdullilah, masa tu ramai yang mengiringi dan melawat jenazah arwah abah sebab abah Imam masa tu..kurang sikit sedih rasanya..Mak kata orang yang datang penuh dan 'melaut'...rezeki abah walaupun adik tak ada...sedihnya...Al-Fatihah, mak dengan abah akan balik tak lama lagi....

Sayangilah abah mak kita masa ada ye, walaupun mak bapak mertua kita sendiri...

Monday, August 23, 2010

Ambang Merdeka Ke-53



"1 Malaysia Menjana Transformasi " tema Hari Kebangsaan kali ke-53.. Yang pastinya sambutan hari kemerdekaan tahun ni macam tahun lepas, serba sederhana memandangkan ianya dalam bulan Ramadhan. Kalau malam ambang merdeka tu tak ada 'countdown' pun ok sebab yang pastinya lepas tu mesti ada parti arak atau parti muda-mudi yang mencela bulan Ramadhan bulan yang mulia ni.


Lagu tema pun sama  je Mak Uda tengok dalam web rasmi tu, kalau nak 'download' apa-apa, pergi sahaja ke laman sesawang yang Mak Uda dah link kan ni... Nak lirik-lirik lagu patriotik pegi aje ke sini.. macam-macam lirik lagu  patriotik, pandai dengan tak pandai je nyanyi,.

Koleksi Iklan Raya yang menarik

Salam untuk semua yang singgah dan yang tak singgah...punyalah lama Mak Uda tak 'update blog' sebab Mak Uda ni kan pelajar tua yang belajor balik dan menghadapi peperiksaan akhir semester...Alahai, baca 'last minute' barulah masuk kepala otak..

Mak Uda hari ni sempat tengok iklan-iklan hari raya, Mak Uda memang suka tengok-tengok iklan lagi-lagilah iklan Petronas, Proton, PNB, TV3...rasanya korang semua pun suka.. dan baru sekejap tadi Mak Uda sempat tengok iklan Petronas terbaru sempena hari kemerdekaan...best jugak..



Antara iklan yang menarik ...terkenang semasa dulu....





Iklan Raya Petronas 2003




Hari Raya Budak Beca



Iklan Raya Petronas 2006


Iklan Raya Petronas 2007


Iklan Raya Petronas 2008



Iklan Raya TV3


Tuesday, August 10, 2010

Insya Allah..Esok Puasa...

Ini entry tahun lepas...

Maka, bulan yang ditunggu pun tiba..

"Pengumuman puasa akan  diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, maghrib nanti. Teringat Bang Teh, abang ipar Mak uda cakap hari tu..Dia kata janganlah datang 'penyakit' bulan puasa .. selalunya penyakit paling banyak datang dalam bulan puasa ni, macam sakit 'pening lalat', 'muntah' dan 'gastrik'. Jangan diminta selalu-selalu datang penyakit ni nanti jadi doa.. H1N1 belum pun habis lagi..datang pulak penyakit kencing tikus...

Lagi satu penyakit ialah boros. Kadang sampai tak bermakan makanan yang kita beli di Pasar Ramadhan.. Masak sendiri lagi sedapkan, duit pun dapat jimat, beli baju raya tak pe, setahun sekali bolehlah kita bertukar baju.
Niat puasa ramadhan :
niat-puasa
nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa

Doa  berbuka puasa :
allahumma laka sumtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin
niat-berbuka-puasa
Maksudnya: “Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang”.

Terima kasih kepada Diana yang tegur Mak Uda salah taip...

Kepada umat Islam, muslimin dan muslimah sekalian selamat menjalani ibadah puasa daripada Mak Uda dan Pak Uda sekeluarga untuk semua umat Islam seluruh dunia...Poso yo..



Baru....

Tapi masa dalam kelas tadi teringat pulak lirik lagu ni masa kecik-kecik dulu..korang ada dengar tak?

Selamat Berpuasa - Amanah Saham Nasional
Bulan Ramadhan yang mulia,
Umat Islam berpuasa,
Menunai Rukun ketiga...
Beramal dan beribadat,
Kita di bumi Allah, 
Ingat hari Akhirat,
Bersatu dan bekerja,
Mencapai cita mulia,
Setia dan sekata,
Maju hidup bersama,
Untuk diri keluarga,
Ugama, bangsa dan negara...

Jangan leka laburlah segera..
Amanah Saham Nasional sedia,
Menambah pelaburan setiap ketika,
Laburlah segera,
Segera labur segera....


Mak Uda nyanyilah lagu ni tadi, tiba-tiba ada pulak dalam lirik tu suruh melabur... Iklan Serampang dua mata lah tu...Amanah Saham Nasional yang sponsor masa tu agaknya.. Mak Uda pun tersengih je masih masukkan entry ni tadi....

Poso jangan tak poso..orang nogori sembilan cakap..jangan "poso nyangnyuk, pagi-pagi bukak piuk".....

Saturday, August 7, 2010

Tarmizi Johan Akademi Al-Quran ke-4..

Salam.. Mak Uda dah agak Tarmizi ni boleh menang..mendengar komen juri pun Mak Uda rasa dia layak untuk menang malam semalam. Tahniah...Kalau rancangan ni ada dulu, Mak Uda pun nak masuk.

Petikan berita dari Berita Harian, 07 Ogos 2010..

PUTRAJAYA: Peserta Terengganu, Ahmad Tirmizi Ali, 25, mengubat kekecewaan dua abangnya apabila diumumkan juara musim keempat Akademi Al-Quran (AQ4) pada peringkat akhir yang berlangsung, di sini malam tadi.

Dua abangnya, Mohd Muslim dan Mohd Hafaz, masing-masing sebelum ini hanya berpuas hati di tempat kedua dan ketiga AQ musim kedua. Dengan kemenangan itu, Ahmad Tirmizi, Pengurus Masjid Al Hidayah, Kelana Jaya membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000, pakej umrah, sebuah al-Quran digital berserta trofi.

Gelaran naib johan diraih Muhammad Ahmad yang menerima wang tunai RM15,000, manakala tempat ketiga dan keempat masing-masing milik Yahya dan Husni. Yahya membawa pulang RM10,000 dan Husni menerima RM2,000.

Wednesday, August 4, 2010

Ramadhan dah kembali...


Rindunya dengan Ramadhan akan datang kembali..kedai-kedai atau pasaraya besar bukan mempromosikan bulan Ramadhan tetapi sibuk mempromosikan Hari Raya yang jauh lagi sebulan bakal tiba. Sepatutnya kita mengalu-alukan Ramadhan yang penuh dengan seribu kebaikan ini , memanglah persediaan Hari Raya perlu diadakan tetapi adalah hadnyakan. 

Baru ni Mak Uda pergi sebuah pasaraya, macam dah nak sambut raya rasanya, punyalah ramai, puasanya belum lagi. Harap-harapnya tahun ni dapatlah kita menambahkan pahala puasa kita dengan lebih baik dari tahun lepas. Mari kita baca Al-Quran Online ni kalau ada masa, kongsi dengan Mak Uda ye...

Klik sahaja di sini untuk baca Al-Quran online..

River Monsters New Season

Rancangan memancing Joran Joran di TV3 setiap Ahad tu memang Mak Uda dengan Pak Uda suka tengok, rancangan yang satu ni pun memang kami tunggu, minggu depan rancangan ni akan kembali dengan ikan yang lebih 'samseng' muka ikannya..takut pulak tengok gigi ikan yang tajam dan mengancam ni.  


Tengok minggu depan, 10 Ogos 2010, Selasa di Astro Discovery Channel. Pastinya ada foto-foto baru yang akan Mak Uda masukkan nanti bila siri ini ditayangkan nantinya. Mak Uda ikut pi mancing sekali...

Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa..

Maka dah habislah semalam Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke-52..rindu rasanya bila dah habis..tahun ni Mak Uda dapat tengok tiap-tiap hari, gembira rasanya. Mendengarnya pun dah dapat pahala apatah lagi kalau kita membacanya sendiri.

Keputusan malam tadi :
Qari: 
Tempat pertama : Mesir
Tempat Kedua: Malaysia
Tempat Ketiga: Filipina

Qariah:
Tempat Pertama: Pakistan
Tempat Kedua: Brunei
Tempat Ketiga : Filipina
Nampaknya, peserta dari negara-negara lain semakin 'mantop'. Qari dari Mesir ni, Hani Abdel Aziz Ahmed, suara memang mengagumkan, padat betul suara dia...susah nak cari orang yang ada suara macam ni, Mak Uda dah agak dari awal dengan melihat dia menghafal ayat tu dah tentu dia menang. Peserta Qariah Malaysia hanya di tempat ke-4, tak berapa mantap lagi berbanding Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd Badiuzzaman dulu..


Mak Uda jugak nak promosi tengok Akademi Al-Quran yang akan habis dan peringkat akhir program ini akan disiarkan secara langsung di TV9 pada 6 Ogos bermula jam 9 malam hingga 11 malam dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Peserta akhir nanti ialah Husni bin Ali Hassan, 25, Muhammad Ahmad Zahid, 15, dan pasangan adik-beradik, Ahmad Tirmizi Ali, 25 dan Yahya Ali, 23.
 
Kitab Al-Quran

Kitab Al-Quran kitab memimpin umat,
Yang berkekalan Al-quran Ya Al-Quran,
Kitab Al-Quran kitab memimpin umat,
Yang berkekalan Al-quran Ya Al-Quran,

Dalam sujud menyerah pada Ilahi,
Pada kebesaran dan keagunganNya,
Pada al-Quran, pada Al-Furqan,
Kitab panduan muslimin dan muslimat.

Terus maju menegakkan syiar Islam,
Berani menghadapi duri rintangan,
Dengan bertaqwa kepada Allah,
Inilah hakikat hidup yang sebenar.

Disiplin dipatuhi masalah selesaikan,
Al-Quran melahirkan perpaduan,
Kemerdekaan, Kesejahteraan,
Berjuang keadilan dan kemiskinan.

Hak agama, negara , bangsa dijulang,
......................................................................
.....................................................................
.....................................................................
(Tolong habiskan nasyid ni untuk Mak Uda, dah lupalah pulak..)

Thursday, July 29, 2010

Kenapa manusia sering tak puas hati?

Renungan sejenak....
Di mana letakkan perasaan? Kalau kita kata letaknya di hati, kenapa kita tak ber'hati perut' pulak ? Macamana nak menjaga perasaan seseorang? Selalu kita kata muhasabah diri dan berpesan-pesan kepada diri kita dan orang lain, tapi kita buat tak? Jangan cakap saja mudah, tapi tak ada hasilnya...

Kenapa Mak Uda cakap macam ni pagi-pagi? Banyak persoalan yang timbul bila di depan kita konon nak tunjukkan contoh tapi sebenarnya dalam pada tu kita mengenakan dan menindas orang lain, tak ada perasaan betul..


Mari kita cuba baca ayat Thoha surah 1 hingga 5:


            Tho.. Ha. Kami (Allah) tidak menurunkan al-Qur’an ini kepada engkau supaya engkau  menjadi  susah. Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut. Diturunkan daripada yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.  (Iaitu) al-Rahman (Yang Maha Pemurah), yang bersemayam (menetapkan pentadbiran-Nya) di atas 'Arash.
 
Amalkan hari-hari, biar lembut hati kita, banyakkan sabar di hati kita, sebab itulah moto blog Mak Uda ni..Biar kita hidup susah kerana orang lain, jangan kita hidup menyusahkan orang lain.. Hari ini kita menyusahkan hidup seseorang, suatu hari nanti orang lain pulak akan menyusahkan hidup kita, harap-harapnya tidaklah..jadilah contoh yang baik dan seikhlas-ikhlasnya. Kadang-kadang sayu hati Mak Uda ni kenapalah kita ni sukar nak jujur dan menunjukkan sesuatu kerja kita ni dengan tanpa seuatu niat yang baik.


Sesiapa baca ni dan tak ada kena mengena jangan terasa pulak, bukan Mak Uda nak menyindir, tapi inilah hakikat, kalau yang biasa buat dan sedarlah di mana kita sekarang..Hidup kita bukannya lama, entah kan hari ni dapat tulis kat blog, esok dah tak ada, tak sempat nak mintak maaf..



Cuba kita balik semula kepada kedudukan kita masa dulu-dulu, adakah kita buat semua macam yang kita hendak sekarang? Belum tahu lagikan, sekurang-kurangnya kita ber'perasaan' kasih' dan 'kasihan'... Mak Uda harap Mak Uda dan Pak Uda tetap macam ini, dulu, kini dan selamanya...Mak Uda rasa Mak Uda dah banyak sabar dan lembut hati sejak baca ayat tu, ke Pak Uda yang bacakan untuk Mak Uda? Ha..ha...
Sendiri  
Sendiri
Manempuh hidup
Tiada berayah tiada beribu
Sendiri aku berjalan
Tiada harta menjadi bekalan

( korus )
Belum pernahku kesali hidupku
Lahir kedunia pun begitu
Suka dukaku tanggung sendiri
Dengan ketabahan hati
Mana saudara manakah teman teman
Disaatku memerlukan
Kepalsuanmu makin menjadi nyata
Kemesraan sementara

Sendiri
Kadang menyiksakan
Kerna tiada teman bicara

Monday, July 26, 2010

Bakal di pawagam 2012...

Tak sabar nak tengok kalau panjang umur Mak Uda. Mak Uda dengan Pak Uda memang suka cerita-cerita animasi ni, lagi-lagi semua 'superhero' bakal dikumpulkan.. Walaupun lambat lagi , Mak Uda nak war-warkan kepada semua, 'The Avengers' yang mengumpulkan 'superhero' dari komik keluaran Marvel. Entah macamanalah agaknya diorg bergasak nak menyelamatkan dunialah tu, tapi kat Amerika je ada superhero yang hebat-hebat, kat Malaysia cuma ada 'Cicakman' (Apek) ada tak ada cerita Papaya (Zul Yahaya) dengan Atoi The Ajaib Boy lakonan Zizan.

Kita tengok promo yang diadakan semalam..



Wah, teruja betul nak tengok nanti ni..
Senarai pelakon yang Mak Uda dapat  adalah seperti berikut, (macam wartawan gosip pulak):
                                                       Chris Hemworth    (Thor)                                                           


                                                                    Chris Evans     (Captain America)      

                                                        Don Cheadle    (War Machine)


                                                        Clark Gregg  (Agent Phil Culson)

                                                           Jeremy Renner(Hawkeye)


                                                         Mark Ruffalo (The Incredible Hulk)


                                                   Neal McDonough(Dum Dum Dugan)  


                                                      Robert Downet Jr. (Iron Man)

                                                          Samuel Jackson  (Nick Fury)


                                                             Tom Hiddleston  (Loki)      

                                                        Scarlett Johansson (Black Widow)
                                      ( satu-satunya gambar dia  yang macam perempuan melayu terakhir )

Ada satu lagi trailer filem yang menarik..Green Lantern, pun cerita animasi..macam best jugak..







LinkWithin

Related Posts with Thumbnails