Tuesday, March 31, 2009
Dalam Kenangan...
Sedihnya bila teringat.... Mohd. Alif Bin Rejab, genap umurnya 18 tahun 6 bulan dia pergi meninggalkan kami penghuni rumah ni. Alif dilahirkan pada 17 Mei 1992 ( tarikh ni sama dengan tarikh lahir adiknya Syahidan, tarikh mak mereka meninggal), sejak kecil dia telah menjadi seperti ini kerana demam panas. Mak Uda sempatlah menjaga dia selama 9 tahun ni, sejak berkahwin dengan Pak Uda. Mak kat rumah ni kalau ada hal nak ke mana-mana, dengan Mak Uda dan Pak Udalah Alif tinggal. Alif tak nakal, cuma menangis bila nak makan atau mengamuk tak layan dia.
Anak-anak Mak Uda memang suka dengan Alif terutamanya Haziq, terasa sunyinya bila dia dah tak ada ni. Masa dia pergi, muka Aliff macam biasa je, dia meninggal di Hospital Melaka pada 23 November 2008. Al-Fatihah.
Sunday, March 29, 2009
Pak Uda...
Pak Uda ni minat bidang IT , dulu dia memang tak pandai, wah, sekarang ni dia lebih daripada Mak Uda. Pak Uda dh linkkan website untuk PSP games dengan installer-installer lain .
Gembiranya hati Allah sahaja yang tahu...
Tarikh keramat 23 Februari 2009, tak dapat Mak Uda lupakan, Mak UDa daftarkan diri ke Kursus Dalam Perkhidmatan 14 Minggu di IPGM Kampus Perempuan Melaka. Mak Uda pergi dengan kawan Mak Uda, Ibu Ayu dengan Amin. Kami dah lama nak belajar, mohon dah banyak kali tak dapat-dapat, alhamdulillah, kali ini berjaya. Terima kasih kepada En. Abu Hassan, Unit Latihan, JPNM, kerana jasanya memilih kami ini untuk belajar lagi. Mak Uda dah masuk USM bulan Mei lalu, tetapi kena batalkan balik, masuk belajar tak ikut opsyen tak boleh, kawan Mak Uda, si Syamsiah tu dah pegi belajar kat UPM, Ina Hartini dah masuk OUM dulu dari kami ni.. tak apalah biar lambat.... Bye, kawan-kawan SK Telok Berembang kenalah tinggalkan kejap.
Berasap kepala memang dah tentu...
Mak Uda belajarlah lagi...
Buat seketika ni Mak Uda tak ada di sekolah. MAk Uda belajar lagi di IPGM Kampus Perempuan Melaka, mulai 23 Februari lalu. Kepala otak tak memikirkan sekolah, fikir belajar lah pulak, tapi tak serabut fikir pasal budak-budak sekolah. Pagi dah bangun, 5.15 pagi, buat sarapan. nak mengejar kelas lagi kat bandar Melaka dalam 45 minit lebih sampai lah ke institut tu. Hari-hari sampailah 14 minggu. Pak Uda terpaksalah uruskan anak-anak, ada Tok Khalid tolong, ringan sikit keje Pak Uda nak ambil anak-anak. Sabarlah Pak Uda ye... Mak mentua Mak Uda pun sama, menyiapkan anak-anak Mak Uda Amir dengan Fais nak pegi sekolah agama, dialah tolong siapkan... Terima kasihlah semua, besarnya pengorbanan korang untuk Mak Uda...
Subscribe to:
Posts (Atom)