Saturday, December 28, 2013

Persediaan Guru di hujung tahun.

Macam biasalah, hujung tahun adalah waktu yang singkat buat semua guru yang menyediakan persediaan mengajar untuk tahun hadapan. Di sini Mak Uda bagi link buat semua rakan guru yang ingin mencari Rancangan Tahunan Pelajaran pelbagai subjek. Sekadar berkongsi pengalaman dan idea. Terima kasih yang banyak berkorban untuk sesama rakan guru.

http://sktitingan.com/v1/interaktif/download/

http://sktamansenangan.edu.my/?page_id=14

Bagi yang mengajar KSSR Tahun 1 hingga Tahun 4 boleh 'share' dan 'download' di sini pula...

http://www.kssronline.com/p/lesson-plan.html


Friday, December 20, 2013

Sakit Urat Saraf

Salam petang Jumaat, 20 Disember 2013.

Sehingga ke tarikh ini, Mokde telah hampir sihat setelah menghidap sakit urat saraf kaki sebermula dari 04 November yang lalu. Siapa yang pernah kena hanya mereka yang tahu azab dan sakitnya... Allah Maha Mengetahui atas segala yang diberi dan diuji ke atas hamza-hambaNya.

Mokde pun tak menjangka akan terkena penyakit sebegini. Cerita bermula apabila Mokde nak melangkah ke sekolah pada hari Isnin, sememangnya rutin pagi Isnin akan ada perhimpunan mingguan. Mokde lebih suka menaiki motosikal ke sekolah mengenangkan hanya sepelaung sahajalah rumah ke sekolah. Turun motosikal boleh lagi, tetapi sudah rasa berdenyut dan terasa sakit apabila kaki ditegakkan. Selepas perhimpunan, dapat pula kelas ganti untuk Prasekolah, semakin terasa sakitnya sehingga menjadi bongkok. Mokde tahan lagi. Air mata semakin meleleh apabila hendak panjat tangga sekolah. Wah, ini sudah lain macam. Telefon anak bujang sulung Mokde yang cuti minta hantarkan segala ubat yang ada di dalam peti sejuk, nak suruh pilih tak tahu pula nanti.

Seorang anak murid diminta tunggu di pagar sekolah. Sakit sudah terasa. Mesej Pak Uda bagitahu kaki terasa sakit sangat, dan minta dia ambil di sekolah. Mokde kuatkan semangat pergi ke pejabat sekolah. Air mata semakin laju sebab sakit semakin terasa dari dalam urat saraf punggung, hanya Allah yang tahu. Guru Besar dan semua yang dalam pejabat hairan lihat keadaan Mokde. Guru Besar beri kebenaran balik.

Perkara pertama Pak Uda bila datang tengok isteri dia dah macam 'nenek kebayan'. Dia pun tak percaya. Mokde dipimpin masuk ke kereta, memang sakit sangat tak dapat digambarkan. Mokde dibawa ke klinik swasta tetapi klinik pula tutup tengah hari. Aduhai, orang klinik...tak mengapalah, sabar itu lebih baik. Pak Uda bawa Mokde jumpa Kak Atam Mokde yang pandai menjahit dan mengurut. Rupa-rupanya sakit ni tak boleh urut, semakin tak dapat jalan. Melalak lah Mokde ni sepanjang malam. Pak Uda semakin risau lihat isteri yang sihat, tiba-tiba sahajalah jadi sakit, memang pelik. Anak-anak pun cemas dan kasihan melihat emaknya.

Hari kedua, punggung menjadi bengkak sebab di urut, Pak Uda bawa ke klinik semalam. Doktor tanya, "Kenapa lebam punggung ni? Macam kena dera je..." Kami berdua tersengih je. Beritahu doktor itu kesan daripada diurut. Mokde diberi dua suntikan, tahan sakit dan susut bengkak. Hihi...kesian. Tetapi terima kasih kepada pakcik dan makcik yang beri kebenaran masuk ke bilik doktor sebab beri 'nenek kebayan' masuk cepat.

Bila balik, masih berkeadaan begitu sahaja. Tiada perubahan. Hendak ke dapur menyediakan makanan memang amat menyeksakan. Pak Uda marah sebab Mokde ni degil, nak juga buat kerja rumah walaupun sakit. Bukan apa, kasihan melihat anak-anak kecil buat segalanya untuk kita. mujur Along Amir dah besar, boleh tekankan Mokde cuti. Hari ke empat sakit lagi, tunggu Pak Uda balik dari sekolah, tak sabar minta hantar ke Hospital Alor Gajah. Dalam pada menunggu, dapat pula panggilan dari sekolah minta Mokde ke Jabatan Pendidikan Melaka(JPM), ambil surat lantikan GPK Kokurikulum. Ya Allah, kau beri aku ujian, kau beri aku RezekiMu. Terima kasih, Alhamdulillah. Sebelum ke hospital, Mokde pergi ke JPM dulu ambil surat lantikan. Selesai Pak Uda ambilkan surat, terus ke hospital. Sampai je nampak Wad Kecemasan, riangnya hati. Terasa lega dan selamat rasanya. Orang takut nak duduk hospital, Mokde suka pulak. Kena tiga kali suntikan tahan sakit. Doktor beri cuti sehari tetapi Mokde minta dua hari. Jalan pun tak boleh doktor oiii...balik, masih sakit lagi. Ubat yang ada pun hampir habis, Mokde banyak guna Flanil (krim panas) dan tuam guna 'heatpack' Amway. Bolehlah tahan sakit tu tapi kaki masih susah diluruskan.


                      ......sambungan.....

Thursday, December 5, 2013

Lamanya menyepi...

Salam... Lama sungguh Mak Uda menyepi tidak meng'update' blog. Bukan hilang ke mana-mana, masih wujud di bumi Allah ini, cuma penyakit M yang menebal...hihi. 



Memang wujud rasa rindu untuk menulis, tapi tangan ni yang banyak sangat liatnya. Kemudahan dah banyak pun malas lagi kan, memang tak bersyukur. Insyaa Allah, lepas ni nak rajin-rajin semula menulis cerita yang terkumpul. Sepatutnya dah habis belajar, anak dah besar makin rajin, rupanya rasa nak berehat lebih banyak. Bahan memang ada, idea melambak2...tunggu ye 'come back' dari Mak Uda. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails