Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati.
Mak Uda yang sentiasa sibuk dengan diari seharian Mak Uda. Dari 'entry' 01 Jun sampailah 10 Jun ni, penuh dengan aktiviti. Tapi insya Allah, Mak Uda ingat 5 yang di atas tu...
Jamuan Persaraan Cikgu Sallabiah dan Perpisahan Hazlin, Norini dan Zai Ummi ,
27 Mei 2010.
Bestnya makan di Hotel Seri Malaysia Melaka..memang berbaloi-baloi..banyak makanan. Walaupun, orang yang diraikan bersara tak datang tapi yang berpisah tu hadir jugak..Lin, Norini dengan Zai Ummi datang jugak majlis tu.
Program Berkhatan Beramai-ramai 2010, 5 Jun 2010.
Julung-julung kalinya sekolah Mak Uda buat majlis ni, memang seronok tapi mengendalinya memang penat.. Tak buat memang tak tahu kepenatannya.. Macam-macam karenah nak dilayan, kalau di rumah kita sendiri lain. Kalau dicerita tak larat..tapi still seronok. Berolek besar macam kenduri kahwin.
Reunion Kawan Lama SMK Undang Rembau, Mak Uda Tahun 1987-1991 kat sekolah tu..Seronok jumpa kawan-kawan lama, walaupun tak ramai yang datang, buat kat rumah Kirot sebab hujan..plan nak buat di Taman Tasik Seremban... tapi oklah..best jumpa Kirot, Masni(pencadang buat reunion), Ajoe, Shimah, Rozie, Yam, Emi..Seronok betul..Inilah faedah yang ada dalam Facebook, dapat jumpa kawan-kawan lama.. Sorang je lagi kawan yang Mak Uda tak jumpa di alam siber ni.. Thanks kawan-kawan yang bawa makanan, Mak Uda bawak sekotak tisu aje..kepenatan kat rumah macam kenduri jugak..adik beradik Pak Uda balik ramai-ramai sempena anak-anak saudaranya bersunat..
BBQ kat rumah pulak lepas balik dari reunion tu..panggang kambing dengan ayam..Pesta makan-makan..
Buat blog memang memang menyeronokkan...sekurang-kurangnya kita ada diari dan kenangan yang kita tinggalkan untuk anak cucu yang tinggal nanti..Mesti diorang kata, "Pandai nenek aku buat blog dulu-dulu, celik IT nenek aku". Punyalah bangga kita dalam kubur masa tu. Kadang-kadang tak sempat nak 'update' blog ni, macam-macam kerja nak buat, macam-macam cerita nak masukkan, mana yang edit gambar lagi..tapi memang seronok kalau dah berjaya..
Mak Uda cuma nak kongsi untuk buat 'backgrounds' blog aje dulu, kalau nak belajar penuh, dah banyak blog yang ajar cara buat blog.. Contohnya pegi je ke 'link' ni..akan diajar cara buat blog yang mudah.
Yang nak pilih latar blog boleh lah pegi ke laman sesawang ni..Mak Uda dan Ibu Ayu guna yang ni:
PUTRAJAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) semalam mendedahkan kira-kira 45,000 atau tiga peratus daripada 1.5 juta kakitangan awam menggunakan sijil cuti sakit palsu untuk ponteng kerja.
Presidennya, Omar Osman, berkata ada juga segelintir kakitangan awam mengambil cuti sakit kerana melakukan kerja sampingan.
Hari ni berlakulah satu insiden di sekolah, di mana kawan Mak Uda nak minta cuti sebab nak menghadiri Mesyuarat PIBG di sekolah anaknya, dan dia pun memohonlah Cuti Rehat Khas, tapi tak ada yang berani nak luluskan sebab Guru Besar tak ada di sekolah hari ni. Bila Mak Uda fikirkan balik, inilah antara sebab yang berlaku apabila cuti sangat susah diluluskan. Kita bukannya nak pergi berjoli atau makan angin, tapi ada keperluan yang perlu kita selesaikan. Siapa yang nak menjawab isu ni sebenarnya?
Kesian kawan Mak Uda, dia kenalah ambil MC jugak sebab nak pegi ambil anak dia dan hadir ke mesyuarat tu sebab kalau ibu bapa atau penjaga yang tidak hadir anaknya tidak boleh diambil, cuti 3 hari nikan sempena Hari Wesak.
Kesudahannya Mak Uda terbaca pulak dalam Fiq Online hari ni...
Pendedahan Cuepacs mengenai kira-kira 45,000 atau tiga peratus daripada 1.5 juta kakitangan awam menggunakan sijil cuti sakit (MC) palsu untuk ponteng kerja, mencetuskan persoalan apakah perlu pekerja mengemukakan MC apabila sakit?
Persoalan itu dibangkitkan Presiden Persatuan Perubatan Doktor Utama Malaysia, Dr Molly Chuah, kerana di negara maju seperti United Kingdom, pekerja tidak perlu mengemukakan MC, sebaliknya memadai dengan memberitahu majikan yang mereka tidak dapat bekerja apabila sakit.
“Majikan di negara berkenaan meletakkan kepercayaan tinggi terhadap pekerja dan sistem yang diamalkan sejak lebih 20 tahun lalu itu, ternyata berkesan dalam mengurangkan pengambilan cuti sakit.
"Sistem itu berjalan baik kerana majikan percaya kepada pekerja, tambahan pula ada mekanisme menilai prestasi pekerja. Kalau pekerja kerap mengambil cuti sakit atau banyak masalah peribadi lain, ia menjejaskan peluang kenaikan pangkat atau pemberian bonus.
"Apa yang penting, perlu ada nilai kepercayaan antara pekerja dan majikan.Kalau kita tidak percaya kepada pekerja, mereka akan menipu lagi," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Sehubungan itu, beliau menyarankan kerajaan mengguna pakai sistem itu untuk mengatasi masalah pekerja yang sering mengambil cuti sakit.
Kelmarin, Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata kira-kira 45,000 atau tiga peratus daripada 1.5 juta kakitangan awam menggunakan MC palsu untuk ponteng kerja. Beliau berkata, ada juga segelintir kakitangan awam mengambil MC selepas melakukan kerja sampingan untuk menambah pendapatan.
Dr Molly tidak menolak kemungkinan wujud penipuan bagi mendapatkan MC, tetapi menganggapnya sebagai kes terpencil.
“Kalau ini berlaku, ia perlu dilaporkan segera untuk siasatan, tetapi setakat ini kami tidak menerima sebarang laporan berhubung perkara ini.
"Oleh itu, tidak adil untuk menyalahkan doktor yang memberi MC kerana bukan tugas doktor untuk membuktikan pesakit mereka menipu. Kalau mereka kata pening kepala keterlaluan, tidak boleh bekerja, apa boleh kami buat, sudah tentu saya bagi MC," katanya.
Beliau berkata, MC dikeluarkan doktor perubatan bertauliah dan diperakui kerana doktor tidak boleh sewenang-wenangnya memberi cuti sakit tanpa pemeriksaan teliti.
Kesudahannya: Berilah kepercayaan kepada kami sebagai kakitangan awam ni untuk berkhidmat dengan jujur dan ikhlas dan janganlah selalu menyalah anggap apa yang kami lakukan..Ada sesiapa yang menyokong Mak Uda?
Bukan untuk sesiapa..untuk Mak Uda dengan Pak Udalah..maka genaplah 1 dekad esok ulang tahun perkahwinan Mak Uda dengan Pak Uda..dah dua hari Pak Uda belanja makan..seronok..Mak Uda tak belanja apa pun, tukang makan aje..
Untuk Pak Uda, terima kasih banyak-banyak..buat blog ni pun atas sokongan Pak Uda, apa tah lagi Mak Uda yang sambung belajar ni..Pak Uda lah yang banyak bagi sokongan..Lagi-lagi peristiwa dalam hidup sepanjang kawin ni, Pak Udalah jugak yang menguatkan semangat Mak Uda..Walau pun tak ada kek, Mak Uda memang tak suka sangat kek, bagi novel pun boleh jugak..saja tulis, moga-moga dapat novel baru..Pak Uda tetap "Kuch Kuch Hota Hai".
Cuti semester akan datang dua minggu lagi. Ke mana kita cuti ni, Mak Uda insya allah akan....ke kelas tambahan untuk tahun enam minggu pertama tu..Minggu ke dua tak tahu lagi, tak boleh nak merancang awal-awal, sebab selalunya tak jadi. Jadi bila 'last minute' baru redah aje..selalunya jadi. Yang pastinya, orang kawin memang banyak jemputan cuti ni, tak pergi tak boleh nanti orang kecil hati, kenduri-kenduri yang kecil pun ada jugak.
Di Melaka cuti ni akan diadakan SUKMA ke-13,mehlah datang ramai-ramai ke Melaka tengok SUKMA, teringat masa zaman akhir di Maktab dulu, Kuantan jadi tuan rumah SUKMA, beraturlah panjang-panjang di tepi pagar tengok maskot melintas, masa tu gajah. Malamnya, Mak Uda dengan kawan serumah Andak Yan dengan Acu Ikin menyelit-nyelit di tengah-tengah orang ramai nak mintak masuk 'free' stadium, nak tengok perasmian SUKMA..Ni dah kawin dan beranak-pinak tak terbuat dah macam dulu..Rupa-rupanya, bila balik duduk kat rumah sewa tengok bunga api lagi seronok, tak payah nak berhimpit-himpit dan merayu-rayu kat urusetia nak minta masuk stadium..Itulah kenangan kan..Pak Uda tak tahu cerita ni, dulu bini dia ni suka buat gila-gila sikit...
Ada juga tempat baru yang dah dibuka iaitu 'Melaka Wonderland'.. Mak Uda belum pergi pun, pandu lalu je selepas Tol Ayer Keroh nak ke Mydin atau Jusco, nampak lah papan tanda, dekat dengan Hutan Rekreasi Ayer Keroh,berdepan dengan Zoo Melaka. Macam seronok je nampaknya, penuh dengan bas pelancongan depan tu. Nantilah Mak Uda buat intipan ye, Mak Uda ni tak suka tempat mandi yang macam tu, nanti airnya tak dijaga dan mudah kena jangkitan kulit, lagi-lagi Si Amir anak Mak Uda yang sulung mudah kena penyakit kulit, tapi alhamdulillah dah baik..nak petuanya, tanya Mak Udalah..
Nampak macam belum siap sepenuhnya, tapi dah ada kolam-kolam yang boleh mandi-manda, perasmian pecah tanah 15 Mei hari tu, ada lagi yang dalam proses nak melengkapkan tempat ni. Seronok kan,macam-macam ada di Melaka. Kalau jalan sesak nak ke Melaka,ikut jalan lama, jangan ikut lebuh raya, ikut depan rumah Mak Uda ni,lalu Lubok China turun tol Pedas atau Tol Simpang Empat, tapi berbelok-belok lah. Melaka sekarang ni sibuk, ada SUKMA ni lagilah sibuk sebab ramai orang suka menyibuk, jadi pergilah cuti tempat lain.. ha..ha...
Mak Uda yang lama kesepian dan tak ada kuasa nak meng'update' blog sebab tak sihat yang amat rasanya..Ikut-ikutkan dah 6 tahun Mak Uda tak demam yang teruk macam ni..kena beguk lagi, sampaikan tak ada nafsu langsung nak buka komputer. Jadi, bila baik dari demam ni, Mak Uda terus nak kongsi beberapa lagu yang memang sedari dulu Mak Uda sangat suka bila tibanya Hari Guru.. Ada lagi, nanti Mak Uda akan sentiasa akan 'update' entry ni...
Biar Ku Menjadi Lilin (Pelangi)
Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Disaat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapan
Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang disini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh
Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan
Keikhlasan dihati
Walaupun kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Akan ketara jua
Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian saat kau kegelapan
Kurela menerangkan
Aku senang begini dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri
Jasa Guru
Album : Alif Ba Ta
Munsyid : Aeman
http://liriknasyid.com
Jasa guruku tak terhingga
Aku tidak melupakannya
Banyakku dapat ilmu dari padanya
Jasanya ku kenang sampai bila-bila
Guruku mengenalkan ku pada Tuhanku
Rasul dan wali juga diberitakan
Para malaikat dan juga akhirat
Segala suratan Allah yang menentukan
Guruku mengajar berakhlak mulia
Berkasih sayang sesama manusia
Bertolong bantu dan juga bersatu
Berkorban berkhidmat menabur jasa
Guruku menanamkan cinta akhirat
Menyedarkan aku dunia sementara
Jangan lalai jangan terpesona
Bertaqwa sebagai bekalan ke sana
Aku berdoa kepada Tuhanku
Agar dosa guruku di ampunkan
Jasanya padaku diberi pahala
Di akhirat darjat guruku ditinggikan
Lagu : Isman Nadim Isam
(Hijjaz Music Entertainment (M) Sdn. Bhd.)
Lirik : Isman & Yusuf Sabri
(Hijjaz Music Entertainment (M) Sdn. Bhd.)
Sempena Hari Guru yang bakal tiba tak lama lagi dan sambutannya..Insya Allah akan diadakan serentak seluruh negara pada 17hb Mei nanti, Mak Uda nak selitkan Sajak "Guru Oh Guru"..nukilan Sasterawan Negara, Uthman Awang, mungkin ada cikgu-cikgu di kalangan Mak Uda ni yang nak buat persembahan nanti, cedoklah dan ucapkan terima kasih kepada yang menciptanya.. dan ambillah apa sahaja di sini, Mak Uda tak ada 'award', cuma ini yang Mak Uda ada..Selamat Hari Guru..
Sajak Guru Oh Guru
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahunn 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.
Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
TATASUSILA PROFESION KEGURUAN
Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya kepada demokrasi, kebebasan perseorangan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.
Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperolehi pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman berzaman, dan menyediakan mereka untuk menghadapai cabaran pada masa hadapan.
Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tinggnya.
TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR
1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain.
2. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.
3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran-mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
5. Menunjukkan satu cara pakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar.
6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.
TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA
1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga.
3. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
5. Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan eknonomi ibu bapa pelajar.
6. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.
TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA
1. Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat, negara atau pun yang bertentangan dengan Rukun Negara.
2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
3. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.
5. Memberi sumbangan cergas untuk meningkatkan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawan masyarakat.
6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik.
TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION KEGURUAN
1. Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.
2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.
3. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkan sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang beru dalam profesion keguruan.
5. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion keguruan.
6. Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.
CATATAN: Guru yang dimaksudkan dalam konteks tatasusila ini ialah orang yang menyebarkan ilmu pengetahuan di sesebuah institusi peringkat rendah, menengh dan tinggi, termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran, organisasi dan penyeliaan pendidikan.
Ikrar Hari Guru
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.
Lirik Lagu Guru Malaysia
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Anak Mak Uda terutamanya, Haziq tak sabar nak tengok cerita ni..Naik 'kontot' jari Mak Uda 'call'TGV Seremban 2, nak 'booking'lah konon, dari pukul 11 sampai pukul 2.00, akhirnya terlelap kepenatan mendail nombor 06-6013599, bangun ajak terus Pak Uda redah je, alih-alih Mama Polaris 'called' bgtau, tak usahlah pergi Jusco,..tak boleh nak 'park' kereta, punyalah ramai umat kat sana, Mama kata pergi Terminal 2 Seremban, 'confius' jugak mana pulak letaknya, pergi jelah.. rupa2nya tak jauh dari Terminal 1, Seremban..Mama bagitau dah beli tiket Iron Man 2, sebab orang ramai, tiket dah tinggal sikit..nasib menyebelahi Mak Uda..terharu..terima kasih Mama..
Hero dalam filem..Tony Stark lakonan Robert Downey Jr. ..memang sengal dia ni berlakon.
Iron Man 2 kali tak berapa seronok ceritanya,tapi bolehlah kalau nak dibandingkan filem di Malaysia (bukan nak mengata, tapi asyik cerita hantu je yang ada kat Malaysia ni, sampaikan hantu-hantu semuanya boleh bercakap dengan berlakon..kalau Mak Uda jumpa, dah tentu cabut lari tak cukup tanah) .
Kostumnya memang hebat..best..
Mak Uda suka sistem bunyinya, sakit jantung Mak Uda..aksi lawannya sekejap sangat, sebab penat rasanya orang jahat tu buat robot..Mungkin sebab Iron Man tu rasa dia dah nak mati, tu sebab macam mengarut je ceritanya..dia macam melepaskan perasaan..tapi oklah cerita ni, nak tunggu 2 tahun lagi, ' super2 hero' tu nak bergabung..dah tentu meletup..
Salam semua..Mak Uda yang belum berkesempatan nak meng'update' blog...Penat betul minggu ni, macam lebuh raya tak ada 'R&R'...dahsyatnya kan..'non-stop' rasanya diari Mak Uda minggu lepas, hari ni dapat bernafas, tapi kerja di rumah pulak menimbun..sapa nak tolong? Mak Udalah jugak..tak apa cabaran hidup.
Mak Uda nak masukkan gambar banyak, tapi kepala otaknya malas..nak tidur aja rasanya...macam nak cuti seminggu pun ada..Pak Uda bagi tak agaknya? Ha..ha..
Mak Uda nak bagi tips tentang tidur sebenarnya..
Kebaikan Tidur Waktu Siang
Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: "Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya." Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik- baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor."
Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti. Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja.
Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca- industri telah mendapati bahawa "92.5% pekerja- pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti." (Napping News: 'Scientific Proof Confirms: Napping Enhances Worker Productivity,' from eFuse).
Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai 'a midafternoon quiescent phase' atau ' a secondary sleep gate.' Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini ialah Dr. William A. Anthony, Ph.D. dan Camille W. Anthony, pengarang buku 'The Art of Napping at Work.' Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka 'Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping.'
Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam. (Gail Benchener: 'Parents and Sleep Deprivation,' Family.com)
Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi rupa- rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini.
Kebaikan Tidur Tanpa Bantal Semua orang tahu bahawa tidur tanpa bantal memang tidak selesa. Tidak dapat tidur dengan lena. Tetapi tidur cara itu ada faedahnya. Jika kita mengamalkan tidur tanpa bantal dapat menghilangkan lemak di bawah lipatan dagu. Selain itu dapat menghilangkan rasa penat dan darah dapat bergerak dengan lebih lancar dan baik.
Kebaikan Tidur Lebih 6 jam
Kebaikan Tidur di Pejabat ...
(petikan yang dibaca dari Utusan Online)
“SESETENGAH daripada kita menganggap bahawa lelap atau tidur sebentar pada waktu siang adalah sifat orang yang malas. Tidak kurang juga yang berandaian bahawa rutin tidur sebegini mengganggu kesihatan.
Namun tidak ramai yang mengetahui bahawa tidur sebentar pada waktu siang merupakan suatu amalan harian yang telah dipraktikkan oleh masyarakat di negara-negara Barat mahupun umat Islam sejak dahulu.
Ia dianggap sebagai praktis berkesan untuk menyegarkan semula badan dan minda yang juga dipanggil sebagai power nap. “
Dahsyatnya gaya tidur anak Mak Uda..
Oleh sebab itu..mari kita tidur siang, tanpa bantal dan lebih 6 jam dan di pejabat...Agaknya, bos-bos marah tak? Seronoknya, nak berehat-rehat..
10 April 2004, mak Mak Uda pergi untuk selama-lamanya.. Mak Uda tak ada 'mood nk 'update' blog sebab-sebab teknikal pada Mak Uda ni..banyak sejarah tercatat pada 10 April ni..biarlah mak aje yang dalam kenangan..Sayang Mak!!!
Renung-renungkan kata-kata yang Mak UDa pinjam dalam 'Facebook' kawan Mak Uda, Miza..
Suatuketika… Seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia. Menjelang diturunkan, dia bertanya kepada Tuhan,
"Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimku ke dunia. Tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? saya begitu kecil dan lemah." kata si bayi.
Tuhan menjawab,
"Aku telah memilih satu malaikat untukmu, ia akan menjaga dan mengasihimu.”
"Tapi di syurga, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi dan tertawa, ini cukup bagi saya untuk bahagia." kata si bayi.
Tuhanpun menjawab,
"Malaikatmu -akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari dan kau akan merasakan kehangatan cintanya dan jadi lebih bahagia."
Si bayipun bertanya kembali,
"Dan apa yang saya lakukan saat saya ingin berbicara dengan - Mu?"
Sekali lagi Tuhan menjawab,
"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana kamu berdoa."
Si bayi pun masih belum puas, ia bertanya lagi,
"Saya mendengar di bumi banyak orang jahat, siapa yang akan melindungi saya?"
Dengan penuh kesabaran Tuhan pun menjawab,
"Malaikatmu akan melindungimu dengan taruhan jiwanya sekalipun."
Si bayipun tetap belum puas dan melanjutkan pertanyaannya,
"Tapi saya akan bersedih kerana tidak melihat Engkau lagi."
Dan Tuhanpun menjawab,
"Malaikatmu akan menceritakanmu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepada-Ku. Walaupun sesungguhnya Aku selalu berada disimu."
Saat itu syurga begitu tanangnya, sehingga suara dari bumi dapat terdengar dan sang anak dengan suara lirih bertanya,
"Tuhan…jika saya harus pergi sekarang, bisakah Engkau memberitahu siapa nama malaikat dirumahku nanti?"
Tuhanpun menjawab…
"Kamu dapat memanggil malaikatmu… IBU…"
Kenanglah Ibu yang menyayangimu. Untuk Ibu yang selalu menitiskan air mata ketika kau pergi… Ingatlah engkau ketika, ibumu rela tidur tanpa selimut demi melihatmu tidur nyeyak dengan dua selimut membalut tubuhmu.
Ingatlah ketika jemari ibu mengusap lembut kepalamu ?
….dan ingatlah engkau ketika air mata menitis dari mata ibumu ketika ia melihatmu terbaring sakit?
Sesekali jenguklah ibumu yang selalu menantikan kepulanganmu di rumah
tempat kau dilahirkan.
Kembalilah memohon maaf pada ibumu yang selalu rindu akan senyumanmu.
Jangan biarkan engkau kehilangan saat-saat yang akan kau rindukan di masa datang. Ketika ibu telah tiada…
Tak ada lagi yang berdiri di depan pintu menyambut kita,
Tak ada lagi senyman indah… tanda bahagia.
Yang ada hanyalah kamar yang kosong tiada penghuninya.
Yang ada hanya baju yang digantung di lemari kamarnya.
Tak ada lagi dan tak akan ada lagi yang menitiskan air mata yang mendo’akanmu disetiap hembusan nafasnya.
Kembalilah segera… peluklah ibu yang selalu menyayangimu…
Ciumlah kaki ibu yang selalu merindukanmu dan berikanlah yang terbaik diakhir hayatnya
Kenanglah semua cinta dan kasih sayangnya...
Mengingatimu Mak- tiada lagi doa seorang ibu pada ulangtahun kelahiranku kali ini.Damailah mak di sana..Amin
Baru nak mencuba memasukkan bahan-bahan P&P melalui blog..Kesian, baru nak belajor..Mak Uda ada juga bahan-bahan yang nak dikongsi..tengah mencuba ni tau..kalau berjaya, lain kali Mak Uda akan cuba masukkan pelbagai bahan..Tunggu..
Ramai kaki pancing dalam rumah Mak Uda ni..Pak Uda, Pak Dak, Bang Teh, Alang Hamdan semuanya teruja bila nak pergi memancing ni..
Seronok jugak kalau diorang bawa balik ikan, tak adalah besar sangat macam dalam cerita 'River Monsters' ni..Mak Uda ni suka tengok cerita yang 'best' macam ni, tayangannya selalu pada hari Ahad, pukul 10.00 di Astro, Saluran Animal Planet. Hos yang hebat ni namanya Jeremy Wade, bangga betul bila tengok dia dapat pancing ikan yang besar saiznya, memang dikategorikan sebagai 'Monster'.
Mak Uda ada tanya jugak kat hero mancing kat atas tu bila nak pegi Sungai Amazon nak tangkap ikan yang besar-besar tu, tapi belum ada jawapan lagi.Nak tengok banyak lagi gambar ikan yang besau-besau pegi lah pada link kat sini.
Best pulak, petang-petang layan lagu ni..Bila Miza kata, Mak Uda ada tulis dalam autograf dia masa Maktab dulu, makin teringat kenangan-kenangan semasa di sana.. Terima kasih buat semua kawan-kawan Mak Uda, masa dulu, kini dan sampai bila, Mak Uda amat menghargainya.. Terima kasih jugak buat Ibu Ayu yang melayan Mak Uda mengulangkaji dalam kereta bersamanya, kira 'drive trough revision'..
Dalam Kenangan
Bila terkenang masa lalu rasa terharu
Segalanya masih kekal dalam kenangan
Tiba di persimpangan jalan berpisah jauh
Sekian lama di rantau bersendirian
Tiada lagi seruling senja mendayu
Tiada lagi ketawa riang bersama
Bila sepi mengusik hati
Semuanya kini dalam kenangan
Aku kirimkan restu pada ayah dan bonda
Budi dan jasamu tetap dalam kenangan
Teman seiring jalan kini jauh dariku
Kemesraan kita tetap dalam kenangan
Tiada lagi suara ombak di pantai
Tiada lagi bayu teberau membelai
Di saat sepi begini
Semuanya kini dalam kenangan
Bila masanya tiba nanti aku kembali
Pasti ada yang berubah dan tiada lagi
Dan bila kutinggalkan lagi kampung halaman
Segalanya abadi dalam kenangan