Sunday, May 22, 2011

Tragedi Tanah Runtuh...

 Gambar yang dah dibesarkan...Comel betul yang kecik-kecik tu...



Sekalung ucapan takziah dari blog Mak Uda_Pak Uda buat keluarga adik-adik, anak-anak Yatim di  Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat yang melibatkan 25 orang mangsa. Semua mangsa yang tertimbus berjaya diselamatkan oleh pihak penyelamat sehingga awal 5.30 pagi tadi yang telah bermula jam 2.45 petang semalam. Daripada 25 orang mangsa tersebut 9 mengalami cedera manakala 16 orang daripadanya telah terkorban.  Sedihnya bila mengenangkan nasib mereka, dah lah tidak beribu dan bapa, perginya pun dalam keadaan yang tidak disangka-sangka, Allah Maha Mengetahui...


Kadang-kadang kejadian beginilah yang memberi keinsafan kepada Mak Uda dalam menjalani kehidupan seharian, Mak Uda tak mahulah terlalu gembira sehingga kadang-kadang melalaikan kita dengan dunia yang sementara ini. Semoga Allah sentiasa menyedarkan Mak Uda dan Pak Uda sekeluarga betapa pentingnya nafas yang Allah berikan kepada kita. Janganlah Mak Uda ni mengejar keduniaan sahaja...Ingatkan Mak Uda jika terlupa!!!  Semoga anak-anak yang pergi ini di tempatkan bersama-sama orang yang dipilihNYA... Nama-nama anak yang terkorban dan terselamat boleh di baca di sini...

Monday, May 16, 2011

Biarkan...

Oleh sebab harga minyak nak naik lagi, kita cari cara nak menenangkan diri dan cara mengatasi kerunsingan hati dengan menonton video-video di bawah... Memang sah-sah hilang rasa bosan tu dan 'explore' lagi rancangan SENTAP ni... Memang terSENTAP bila tengoknya...




Harga minyak naik lagi...

Memang hebat kalau harga minyak petrol RON97 naik lagi...bukan senang nak naik kan? Ini satu peningkatan... Semoga harga minyak terus naik...SENTAP!!!! Bila harga minyak harga barang makin naik dan makin meriah nampaknya, lagi-lagi nak raya tak lama lagi. Kita makan satu lauk satu hari pun dah ok rasanya, yang kaya bertambah kaya, yang susah makin susahlah lagi... Mak Uda suka...suka....grrrrr......

Hari Guru paling sedih...













Mak Uda secara langsung buat liputan dari sekolah Mak Uda.

Tak pernah Mak Uda sesayu ini setiap kali melalui Hari Guru. Banyak betul peristiwa yang membuatkan Mak Uda sedih tahun ni. Hari ni semasa menyanyikan Lagu Guru Malaysia, Mak Uda menitiskan air mata kerana tidak boleh menahan lagi kesedihan yang ada dalam diri Mak Uda. Doakanlah agar Mak Uda sentiasa tabah dan kuat semangat.

Dan tak tahan lagi, kawan yang sejak dulu Mak Uda kenal, Cikgu Nordin Yasir yang telah mengalami kemalangan dan tidak boleh mengajar lagi dan dikategorikan sebagai Guru Dalam Pool. Tetapi pada hari ini, beliau telah berkesudian menyampaikan sajak walaupun tidak berkeupayaan seperti dulu lagi. 

Kami telah menganugerahkan Tokoh Guru 2011 kepada kawan Mak Uda, Pn. Hjh. Hamidah Kasim, 

Selamat Hari Guru 2011...

Mak Uda dapat dua kad ucapan Hari Guru daripada YB Dun Ayer Limau, orang lain punya satu je...(ayat berlagak...)
Selamat Hari Guru buat yang istimewa untuk Mak Uda dan Pak Uda( berlagak betul...ucapan untuk diri sendiri ye...) dan semua warga pendidik seluruh negara termasuklah kawan-kawan Mak Uda dan Pak Uda, adik-beradik, ipar duai dan sanak-saudara yang bergelar 'GURU'...Tak kiralah apa jua jenis guru kita ni, guru mengaji, guru KEMAS, guru TADIKA/TABIKA/PASTI atau pusat asuhan...janjinya ia bertugas untuk mengajar...Guru sekolah memandu dan guru menjahit pun boleh...


Yang pastinya kita sebagai guru telah mengorbankan terlalu banyak, yang pastinya ilmu yang berguna, sampailah kita tiada nanti, semoga ianya dimanfaatkan...

Keduanya, pengorbanan tenaga, kalau bab ini, memang tak terjangkau Mak Uda rasa, bila dibuat rasa macam tah apa-apa tapi rasanya pengorbanan tenaga ni memang susah nak diukur, Mak Uda bukannya nak berlagak tapi rasanya bekas anak-anak murid Mak Uda kalau jumpa mesti bertanya, "Cikgu duduk kat padang lagi?"...Apa yang Mak Uda boleh jawab, Inilah lah cikgu mampu buat biar awak boleh pergi jauh lagi...

Yang kat bawah ni kawan Mak Uda yang membuat kerja serupa dengan tukang kebun tetapi sebagai seorang guru inilaah yang kami lakukan walaupun bukan bidang kerja kami.

Ketiganya, pengorbanan masa...Yang ini memang tak boleh nak cakap. Pukul 7.00 pagi dah terpacak kat sekolah kalau nak menghantar bebudak sekolah pergi masuk apa-apa pertandingan, kaler kulit tak boleh nak cakaplah, tak sempat nak putih... Kalau mengajar kelas peperiksaan pulak, berebut-rebut masuk ke kelas nak memandaikan budak-budak tapi bukanlah memandai-mandai, dan itupun masih ada yang mengatakan kami ni tak pandai lagi mengajar, tak pelah...Allah Maha Mengetahui...   Yang bawah ni kawan Mak Uda jugak yang sempat lagi mengecat mural walaupun ada kelas lagi selepas itu...

Semoga pengorbanan kami dihargai dan dipandang dengan dua belah mata sesiapa sahaja, bukan tugas kami mengajar sahaja tetapi inilah hakikatnya "tugas guru pada masa kini"...Gurulah pelakon, pelukis, tukang kebun, polis, jururawat, perunding dan yang 'sebaris' dengannyalah....Tak kira betapa banyak tugas kami sehari tetapi kami tetap sayangkan tugas kami "Mendidik Anak Bangsa!!!"


Tetapi yang paling Mak Uda suka sekali hari ini, Mak Uda jumpa seorang bekas murid...


"Cikgu ni tetap macam dulu, serupa je macam masa anak dara"...Terima kasihlah...


Kerja Mak Uda setiap tahun tetap menyediakan hadiah untuk semua guru-guru anak Mak Uda...Terima Kasih kerana memandaikan anak-anak Mak Uda dan Pak Uda...



Sunday, May 15, 2011

Sesak betul...

Dah berapa hari tak boleh 'edit' blog...Baru pagi ni boleh, meragam jugak 'blogspot' ni...Macam-macam hal kalau nak jadi 'blogger', tak 'edit' orang tak mari pulak, jadinya kenalah jadi wartawan cap ayam... Apa lagi, mana kawan-kawan 'blogger' dah boleh 'update', masuk cerita baru... Ada yang sampai merajuk-rajuk tak dapat nak 'sign in'...

Saturday, May 7, 2011

Tomorrow is Mak's day....

Sempena esok  'Mak's Day' atau Hari Mak nak 'glamour'  zaman sekarang Hari Ibu... So, Selamat Hari Mak untuk semua mak dan bukan esok sahaja nak meraikan mak-mak ni tapi semestinya hari-hari dan mak hendaklah sentiasa di hati. Tak ada mak, tak adalah kita di dunia ni. Jangan hari ini kita mendongak ke langit kerana kejayaan dan kekayaan kita, tapi ingat...Semuanya dimulakan oleh seorang 'Mak' (Ibu, Ummi, Mummy, Amma, Mama)...

Tanpa Mak...anak siapa pulak ni?
Ada Mak,  anak siapa pulak ni...


Kalau beradab, anak siapalah ni..
Kalau kurang beradab, anak siapalah ni?!!

Kalau kaya, siapa mak dia...bertuah sungguh...

Kalau kayap...siapa mak dia...BERTUAH punya anak!!!


Semuanya bermula dengan MAK...Ingat mak selalu bukan esok atau hari tertentu, kalau mak marah bukan selamanya dia menyimpan dan merajuk. Fahami hatinya, dia bukan nak harta sekadar memahami kehendaknya...


Ingat masa dia ada, bila dah TIADA, dicari satu DUNIA takkan SAMA....


Emak Mak Uda RAHIMAH HJ.SULAIMAN.. dah 7 tahun tiada, tarikh pemergiannya 10 APRIL yang lalu...Semoga roh mak sentiasa berada di dalam lindungan Allah S.W.T... Sayang emak tiada surutnya...Buat mak mertua yang sentiasa sihat adanya, SALMAH BINTI KASSIM...semoga sihat sentiasa dan dikurniaan kudrat yang bertenaga walaupun umurnya tahun ni 72 tahun, tak terjangkau kita kerjanya...Mak Uda  ni pun dah hampir ikut fesyen mak mertuaku!!! 




Maharaja Lawak Minggu ke-6

Nabil

Jozan

Sepah


 Jambu

Tuesday, May 3, 2011

Hari Guru 2011



Setakat ini, inilah yang terbaik Mak Uda jumpa untuk lagu tema Hari Guru 2011, 'Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara'.
 Lagu & Lirik : Rosman Adam

Bersatu kita menuju paradigma yang baharu,
Satu tekad dan harapan menyahut cabaran dunia,
Pendidik berkualiti demi mencapai visi,
Dengan azam yang murni membentuk akhlak terpuji,
Guru mendidik insan dengan setulus hati,
Membimbing generasi masa depan,
Guru menjana transformasi pendidikan negara,
Menjayakan hasrat yang murni Satu Malaysia,
Pendidik berinovasi menghasilkan kreativiti,
Bersedia hadapi cabaran,
Arus tanpa sempadan,
Pendidik yang berkualiti,
Membentuk akhlak terpuji,
Mengimbangkan rohani,
Jati diri dan jasmani,
Guru mendidik insan dengan setulus hati,
Membimbing generasi masa depan,
Guru menjana transformasi pendidikan negara,
Menjayakan hasrat yang murni Satu Malaysia,
Satu Malaysia...Satu Malaysia!!! 

Link lain untuk dikongsi...

Video baru Lagu Tema 2011


Saturday, April 30, 2011

Mak Uda at Royal Wedding....


Mak Uda at Royal Wedding...'At home' aje...bunyinya macam pergi sana...Ha..ha...Tonton melalui Berita Langit...mengerikan aje kan...Channel 700HD, 'SKY NEWS'...memang 'clear' gambarnya, macam tengok betul-betul aje...

Seronok tengok perkahwinan diraja Britain yang 'simple' ni, Putera William dan Kate Middleton,  Kate yang hanya memakai sehelai gaun dari mula majlis sehinggalah meninggalkan Istana Buckingham, tak macam majlis perkahwinan di Malaysia...6 helai baju malam, 7 helai dipakai di waktu siang pulak(dengar dalam Radio Sinar semalam)...Adus, mana nak ada duit lepas majlis...

Thursday, April 28, 2011

Kagumnya....

Memang kagum betul tengok penjaga gol yang berbaju hijau ni, tak percaya?...Tengok, betapa hebat dia turun dan patah balik hingga ke pintu gol dia balik...Sapa kenal dia tolong bagitau Mak Uda ni...Muka penonton pun dah cuak bila tengok penjaga gol naik atas, suara pengacara apatah lagi...Kalau Mak Uda tengok sekali masa ni mau  tercabut jantung sekali...

Tuesday, April 26, 2011

USOPbook...

Mak Uda suka pulak entry dari Kisah 69 ni...USOPbook bakal mengganti Facebook lepas ni...Memang comel...

Saturday, April 23, 2011

Maharaja Lawak

Nabil


Mak Uda sekarang suka tengok Rancangan Maharaja Lawak...suka dengan lawak diorang...

Jozan


Jambu


Pecah perut punya...

Pergi tak kembali...23.04.2011...

Hari ni Mak Uda sedih lagi... 6 tahun dulu bekas anak murid Mak Uda ada meninggal kerana kemalangan jalan raya, hari ini berulang kembali... Yang sedihnya, Mak Uda baru berbual dan jumpa di pagi tadi di kedai runcit di Pekan Lubok China. Mukanya memang bersih dan berseri-seri. Mak Uda memang dah lama tak jumpa dia sebab dia dah belajar di sekolah menengah, Tingkatan 5. Dalam hati Mak Uda berkata, "Bersihnya muka budak ni, pakai pulak cermin mata bingkai putih..." seperti gambar di bawah...

Mak Uda :Menang tak masuk nasyid hari tu? (Arwah ni memang bekas penyanyi solo masa     dia sekolah rendah dulu dan sehingga tadi di sekolah menengah pulak, memang suara sedap)
Arwah: Tak taulah cikgu, 5/5 nanti baru tau. 
Mak Uda: Oooo..
Arwah: Tapi cikgu, saya masuk nasyid kebangsaan nanti, minggu depan untuk KEMAS..
Mak Uda: Bagus Naim, suara awak memang sedap...teruskan tau...(dalam hati, bersih benar muka budak ni) Nak pergi mana ni?
Arwah: Nak pegi sekolah cikgu ada kelas tambahan...


Tengah hari nak balik dari sekolah tadi, seorang kawan Mak Uda kata, "Arwah dah meninggal!!!..Mak Uda kata pada kawan Mak Uda ni, macam nak marah pun ye..."Akak ni biar betul, saya baru jumpa dia pagi tadi!!!" Kawan Mak Uda ni mengiyakan dengan bersungguh-sungguh, bila Mak Uda tengok jenazahnya di klinik sebelah sekolah dan ramai ahli keluarganya, luluh betul hati Mak Uda...Kawan yang membonceng motor dengannya masa tu sedang nazak dan dibawa ke Hospital Melaka.

Memang dia nak meninggalkan kenangan dia pada cikgu ni...Apa yang nak Mak Uda katakan, Hidup ni bukannya lama, memang terlalu singkat. Allah lebih mengetahuiNya...Semoga Arwah Hasrul Naim disemadikan dengan aman dan amal ibadahnya diterima oleh Allah..Al-Fatihah.

(Masa ni, Pak Uda pergi ke kubur, melihat arwah disemadikan..jam 6.20 petang)

Friday, April 22, 2011

Syahdunya...

Rasa syahdu mendengar Imam ini mengalunkan surah semasa mendirikan solat, walaupun selama hampir 10 minit membacakan surah tersebut, tapi dengan suara yang mendayu-dayu pasti tak akan terasa...sejuk rasa perut Mak Uda ni andai kata anak-anak dapat mengaji seperti ini...Sama-sama kita hayati dan kalau boleh buat begini...alahai...

Thursday, April 21, 2011

Kagumnya lah...

Terkedu jugak Mak Uda petang ni setelah sejak lama tak ber'blog', ada juga yang sudi yang buat 'link' Blog Mak Uda_Pak Uda ni ke blognya iaitu dalam blog 'aku dan HIDUP'...Apalah sangat blog Mak Uda_Pak Uda ni, dan Mak Uda dah tengok ada juga link dalam blog Norhayati Berahim (idola Mak Uda ni sejak remaja)..., Ibu Ayu(sudah semestinya)... terharu sebenarnya...Terima kasih banyak-banyak untuk yang sudi, Mak Uda dan Pak Uda  berblog sekadar berkongsi maklumat, pengalaman hidup dan perasaan Mak Uda dan Pak Uda.
Blog 'aku dan Hidup'


Blog Kak Norhayati Berahim

Bagi yang dah 'follow' Mak Uda terima kasih, mana yang belum sempat nanti Mak Uda terjah ye...

Kalau tercekik, tak terminum air ni...

Aduhai...cantik benar dan mahal sangat air ni. Mak Uda kalau tercekik tak sanggup nak minum...

Air Minum termahal didunia dihasilkan di Jepun dengan nama Fillico Beverly Hills.“Fillico Beverly Hills” adalah air minum dari mata air yang diproduksi oleh perusahaan dengan nama Vieluce di Osaka, Jepun. Sumber air yang digunakan adalah mata air yang berada di kaki gunung Rokko, Kobe, Jepun. Mata air ini sudah terkenal sebagai air terbaik untuk menghasilkan sake.
 
Sumber air ini pulak memang sangat terhad, maka setiap bulan hanya diproduksi 5.000 botol dan per 750 ml dapat anda beli dengan harga $100 per botol.Ternyata dalam setiap produk air minum ini, terdapat dua botol khas yang dijuluki “Raja dan Ratu” dengan tutup botol yang mirip dengan mahkota Kaisar Fredrick II dari Kekaisaran Romawi dan dihiasi dengan kristal Swarovski, tersedia bagi anda yang rela membayar $100 hanya untuk botol berisi air 750 ml.
 
 


Sunday, March 27, 2011

sarapan senyuman pagi...

If Couple


Value of Love


U The Loving


Inside Water


Bird Canary

Thursday, February 24, 2011

Sinar Fm...

Hari ini baru berkesempatan Mak Uda mengadap blog walaupun hari ini adalah hari yang sibuk, bila sibuk sempat pulakkan? Mak Uda masukkan entry yang pendek aje, nak promosi link Mak Uda yang baru kat tepi, ada link untuk Sinar Capsule... Klik aje kat situ nanti boleh dengar radio secara 'online'... Syok dengar celoteh diorang pagi-pagi yang memang mengarut tapi tak keluar tajuk, jadi pengubat jugak kadang-kadang bila tengah letih atau sedih... Selamat mendengar!!!






   

Monday, January 31, 2011

Lubok China Banjir!!!!

Hujan sejak hari Sabtu telah menyebabkan pekan Lubok China banjir, dah lama rasanya Lubok China tak banjir. Hujan seharian semalam dan baru berhenti pagi ni...Punyalah lama hujan. Seronok rasanya dah lama tak banjir. . Marilah datang tengok banjir...kaki pancing bila air dah surut nanti pasti ramai yang datang ke Lubok China.

Sesudah subuh, Mak Uda jadi reporter ambil gambar ni...

Rasanya memang hebat banjir kali ni...







Mak Uda sempat ambil gambar dari depan sekolah...

Salah seorang mangsa banjir yang lambat datang sebab banjir...ha..ha...mujur tak tenggelam.





   

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails