Wednesday, September 30, 2009

Rayalah Pulak...

Malam raya tu pukul 2 pagi lepas habis masak kuah Lontong, Mak Uda pun 'lolap'lah.. punyalah mengantuk tak boleh nak cakap.. Bangun pagi tu, siap2lah nak ke Masjid Kariah Lubok China untuk bersembahyang sunat Hari Raya. Setakat ni, Mak Uda tak pernah 'miss' sembahyang raya lagi.. Punyalah ramai tahun ni kat masjid tu..(tak bawa pulak kamera nak merakamkan suasana yang meriah hari tu)..

Anak-anak Mak Uda yang 3 orang ni dah besar, dah boleh bawak meneman Pak Uda..Seronok diorang.. Apa lagi balik sembahyang tu, kitorang bergambar dan bergaya sakan.. Sebelum tu, melayan Skype dengan Syafiq anak Bang Teh yang ada kat Tawau, Sabah.. Sodih jugaklah menengok dia kat sinun..



Kat bawah ni, diorang sibuk ber'posing' sakan.


Menantu-menantu ambil gambar dulu..
Anak-anaklah pulak..macam berjanji je nak pakai hijau tahun ni...


Keluarga Along Khaty & Keluarga Alang Hamdan

Keluarga Kak Chik Habsah & Keluarga Bang Teh Hazman..Syafiq je tak ada..

Keluarga Bang Dak Hazilan & Keluarga Mak 'blogger'..macam menang keretalah pulak...
Keluarga Induk Aspalela & Keluarga Ayu...

Cucu perempuan Wa... & Cucu Lelaki Wa....

Ada lagi... tak larat dah..Tunggu..

Pra Hari Raya..

Aduhai..sibuknya Mak Uda dan Pak Uda melengkapkan hari raya yang bakal tiba..tak sempat nak mengadap komputer. Bukan apa, asyik memikirkan juadah yang 17 menu nak disediakan, inilah bahananya, dari tahun lepas merancang tak dapat buat, tahun ni kenalah tunaikan hajat orang lain yang dah mendengar.. Ngeri jugak menu raya tahun ni.. Bayangkan macamana kitorang nak siapkan makanan ni, nasib baik ada 'pengarah' ni..
*Lemang, Ketupat, Nasi Impit memang biasalah..nak dimakan dengan Rendang Daging,Rendang Kerang dengan Lontong.
*Nasi Lemak dengan Sambal Telur Puyuh dan Sambal Sotong Kembang
*Nasi Beriyani berlaukkan Kari Kambing, Ayam masak merah, Dalca, Acar Jelantah, Papedom.
*Sup Tulang


*Tapai

Kat bawah ni gambar 'balachi-balachi' yang kena menyediakan bahan untuk memasak..
Gambar Mak 'blogger' tak termasuk dalam ni sebab sibuk ambil gambar..ha..ha..

Thursday, September 17, 2009

Balik Kampung..



Maka bermulalah hari esok kawan-kawan Mak Uda balik kampung.. Selamat jalan Mak Uda ucapkan kepada Kak Rosmini balik Kedah rumah mak mentua, Ahmad Radenan balik Kelantan( Selamat Pengantin Barulah jugak).. dan Noorzila nak balik Kuantan..sian, tiket bas habis.

Kampung Mak Uda dekat je..15km dari rumah mak Lubok China ni. Mak Uda dah lebih 9 tahun duduk rumah mak mentua ni, ok apa.....kengkawan selalu buat lawak, Mak Uda tak raya rumah mak mentua ke? Sabo jelah.. bertahan tu..

Kalau nak ikutkan giliran balik beraya ni, memang boleh bergaduh..tapi alhamdulillah, Pak Uda mengamalkan sistem bergilir masa arwah mak ada dulu.. Bila mak dah tak ada ni, Mak Uda lebih senang berada di rumah mak Lubok ni.. senang nak bersembahyang raya, lepas tu kitorang cabuttttt balik Chengkau.

Kita mesti amalkan toleransi, mak bapak mentua pun mak bapak kita jugak. Mula-mula dulu memang kecik ati jugak..tak paham ke orang lelaki ni,..tu dulu.. orang pompuan ni mula-mula memang merajuk, dah lama2 fed-up malas nak layan, buat dek aje..cemas jugak dia..

Tapi kasihan sikitlah dengan permintaan orang pompuan ni, lagi-lagi masa mak abah kita hidup ni, baliklah ke kampung, bila dah tak ade, barulah kita tahu nikmatnya masa diorang ada dulu....tapi bila dah tak ada, miskin segala2nya..apa yang kita nak buat pun, suka hatilah.. dah jadi macam Mak Uda ni, miskin serba-serbi..jeles tengok orang ada mak abah, boleh bersalam masa raya, peluk cium..kita tengok jelah...tapi tak payahlah gaduh-gaduh, kita masih raya dalam Malaysia lagi....Yang untung Pak Uda, balik kampung hari-hari..

Tag Raya...

Menyahut cabaran Ibu Ayu, Mak Uda pun teruja nak menjawab semua soalan pasal raya tahun ni...

Baju Raya...
Alhamdulillah.. Baju raya tahun ni hijau jugak, sama macam Ibu Ayu.. Pakai baju kurung je, beli siap kat kedai yang biasa Mak Uda pegi kat Tampin tu ( Mawaddah ), Pak Uda pun sama tempah kat situ..senang.. Anak-anak pun sama hijau, jangan jalan anak-anak nanti macam anak dengan mak ayah pokok dah le..Baju Melayu dan Baju kurung , Mak Uda dah setkan dari dulu mesti sama, ada temalah..
Baju raya yang satu ni Mak Uda pegi beli sama dengan Ibu Ayu kat Taman Cempaka, Melaka. Ada cerita baju ni..tak boleh nak lupakan. Tengok ye..apa persamaannya..padahal beli kat tempat lain-lain.

Untuk Baby/Anak...
Anak-anak Mak Uda bab memilih baju jalan, Mak Uda dengan Pak Uda bagi kebebasan sikit.. Ikutlah nak warna, fesyen apa..
Family Aku..
Sejak mak dengan abah dah tak ada, kitorang adik-beradik tak teruja sangat. Family di Chengkau, Rembau tahun ni beraya dengan tema warna merah. Mak Uda dah ada warna tu 2 tahun lepas, kalau nak bergambar nanti, baju hijau tukar le kaler merah..(gambar kat profil tu..)

Family Mertua...
Kat Lubok ni, tahun ni warna-warni.. Induk, adik Pak Uda dengan kitorang je yang sama hijau. Mak Andak kata Pak Andak recycle je baju raya lama dia, dia tetap baju baru.

Kasut Raya..
Kasut tak tahan tahun ni, Pak Uda berhabis beli kasut berjenama.. Amir..Nike, Ammar dengan Amrin..Adidas.. Haziq selagi tak belikan kasut dia, tidur mengigau mintak kasut.. kesian, tak tahan carilah sampai dapat di Mahkota Parade. Betul jugak kata Pak Uda, kalau kasut RM120.00 bahagi dengan 12 bulan baru RM10.00..kira zakatlah untuk anak-anak,sebab tak beli pampers, mainan lagi..YOLAH!!!!

Kuih Raya..
Soalan ni cepumas betul, haram satu balang biskut tak ada. Tak teruja betul nak beli biskut hanya kerepek je beli. Kalau ikut sejarahnya, Mak Uda ni adalah orang paling rajin nak buat biskut raya. Nanti kalau datang raya, Mak Uda masak yang panas-panas je.

Perabot Baru..
Tak ada langsung perabot baru, cat baru..tahun ni semua malas.. Kadang-kadang hiran jugak, kenapa nak raya baru nak kemas, hari-hari biasa tak kemas ee? Mak Uda tanya ni, sebab dah malas, asyik nak fikir pasal nak sedia makanan untuk pagi raya je..

Duit Raya...
Duit raya? Mak Uda tahun ni amalkan langkah berjimat-cermat, Mak Uda dah siapkan makanan, peruntukan duit raya dah jadi kecil.. Makan je lah ye..

Bonus..
Alhamdulillah, dapatlah bantuan khas hari raya yang PM bagi tu, bila masuk? Tak tau le..

Balik Kampung..
Hisk..hisk... sedih, kampung kitorang dekat sangat, 15 minit dah sampai... Mak Uda selalunya balik kampung Chengkau lepas sembahyang hari raya kat Lubok. Balik Muar hari raya kedua atau ketiga, saudara-mara ada lagi kat sana.. rindu bau tanah gambut kat sana.

Inilah serba sedikit yang kitorang buat untuk sambut hari raya tahun ni.. Selamat Hari Raya..

Tuesday, September 15, 2009

Kad Raya..

Alhamdulillah, hampir sempurna kita menyempurnakan Ramadhan.. Insya allah, kalau panjang umur dapatlah kita bertemu lagi, Ramadhanku... Mak Uda pasti rindu dengan 'mak' dan 'abah' yang nak balik tak lama lagi.. Sayu rasa hati.. Pak Uda pun macam tu juga, 'ayah', 'angah', 'nenek' dan yang pastinya yang terbaru..'Alif' pun akan balik... sedihnya..tahun depan akan jumpa lagi.

Nak cerita pasal kad raya, tapi intronya sedih pulak.. Dah lama tak dapat kad raya, sms banyak diterima tapi perasaan tu lain kalau dapat kad.. Ada daripada anak murid, rakan-rakan. Sebenarnya, paling best kalau dapat kad raya kan.. Masa kecil-kecil dulu, teringat dengan Andak gantung kad raya kat ranting pokok.. alahai, rindunya zaman tu..

Ini kadraya daripada Fieddah dengan Zam, ingat kat Mak Uda dalam pada dia berpantang.. Terima kasih, Fiddah..Tahniah, dapat anak perempuan...Nafiza..muka macam bapak dia la..



Wednesday, September 9, 2009

Tak Lama dah..

Pejam celik, pejam celik..tinggal beberapa hari lagi nak raya.. Mak Uda tak berapa nak rasa sangat nak raya ni sebab kesempatan berpuasa terlalu singkat rasanya. Blog pun lama dah tak update sebab terlalu sibuk kat dapur...memikirkan resepi nak berbuka.

Teringat masa kecil-kecil dulu, kalau nak menunggu 'time' berbuka tu, Ya Allah punyalah lama rasanya.. Cerita kat tv masa tu cuma cerita Arab, lamalah nak tunggu sampai cerita tu habis, tapi sekarang ... anak-anak tak rasa lama pun. Macam-macam aktiviti yang mereka boleh buat, main PS2, PSPlah, melayari internet.. mak jugak yang kat dapur siapkan makan, hidangkan, kemas balik..basuh pinggan, bukan senang nak dapat pahala bila menyediakan juadah ni...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails