Pejam celik, pejam celik..tinggal beberapa hari lagi nak raya.. Mak Uda tak berapa nak rasa sangat nak raya ni sebab kesempatan berpuasa terlalu singkat rasanya. Blog pun lama dah tak update sebab terlalu sibuk kat dapur...memikirkan resepi nak berbuka.
Teringat masa kecil-kecil dulu, kalau nak menunggu 'time' berbuka tu, Ya Allah punyalah lama rasanya.. Cerita kat tv masa tu cuma cerita Arab, lamalah nak tunggu sampai cerita tu habis, tapi sekarang ... anak-anak tak rasa lama pun. Macam-macam aktiviti yang mereka boleh buat, main PS2, PSPlah, melayari internet.. mak jugak yang kat dapur siapkan makan, hidangkan, kemas balik..basuh pinggan, bukan senang nak dapat pahala bila menyediakan juadah ni...
No comments:
Post a Comment