Monday, August 23, 2010

Ambang Merdeka Ke-53



"1 Malaysia Menjana Transformasi " tema Hari Kebangsaan kali ke-53.. Yang pastinya sambutan hari kemerdekaan tahun ni macam tahun lepas, serba sederhana memandangkan ianya dalam bulan Ramadhan. Kalau malam ambang merdeka tu tak ada 'countdown' pun ok sebab yang pastinya lepas tu mesti ada parti arak atau parti muda-mudi yang mencela bulan Ramadhan bulan yang mulia ni.


Lagu tema pun sama  je Mak Uda tengok dalam web rasmi tu, kalau nak 'download' apa-apa, pergi sahaja ke laman sesawang yang Mak Uda dah link kan ni... Nak lirik-lirik lagu patriotik pegi aje ke sini.. macam-macam lirik lagu  patriotik, pandai dengan tak pandai je nyanyi,.

Koleksi Iklan Raya yang menarik

Salam untuk semua yang singgah dan yang tak singgah...punyalah lama Mak Uda tak 'update blog' sebab Mak Uda ni kan pelajar tua yang belajor balik dan menghadapi peperiksaan akhir semester...Alahai, baca 'last minute' barulah masuk kepala otak..

Mak Uda hari ni sempat tengok iklan-iklan hari raya, Mak Uda memang suka tengok-tengok iklan lagi-lagilah iklan Petronas, Proton, PNB, TV3...rasanya korang semua pun suka.. dan baru sekejap tadi Mak Uda sempat tengok iklan Petronas terbaru sempena hari kemerdekaan...best jugak..



Antara iklan yang menarik ...terkenang semasa dulu....





Iklan Raya Petronas 2003




Hari Raya Budak Beca



Iklan Raya Petronas 2006


Iklan Raya Petronas 2007


Iklan Raya Petronas 2008



Iklan Raya TV3


Tuesday, August 10, 2010

Insya Allah..Esok Puasa...

Ini entry tahun lepas...

Maka, bulan yang ditunggu pun tiba..

"Pengumuman puasa akan  diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, maghrib nanti. Teringat Bang Teh, abang ipar Mak uda cakap hari tu..Dia kata janganlah datang 'penyakit' bulan puasa .. selalunya penyakit paling banyak datang dalam bulan puasa ni, macam sakit 'pening lalat', 'muntah' dan 'gastrik'. Jangan diminta selalu-selalu datang penyakit ni nanti jadi doa.. H1N1 belum pun habis lagi..datang pulak penyakit kencing tikus...

Lagi satu penyakit ialah boros. Kadang sampai tak bermakan makanan yang kita beli di Pasar Ramadhan.. Masak sendiri lagi sedapkan, duit pun dapat jimat, beli baju raya tak pe, setahun sekali bolehlah kita bertukar baju.
Niat puasa ramadhan :
niat-puasa
nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa

Doa  berbuka puasa :
allahumma laka sumtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin
niat-berbuka-puasa
Maksudnya: “Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang”.

Terima kasih kepada Diana yang tegur Mak Uda salah taip...

Kepada umat Islam, muslimin dan muslimah sekalian selamat menjalani ibadah puasa daripada Mak Uda dan Pak Uda sekeluarga untuk semua umat Islam seluruh dunia...Poso yo..



Baru....

Tapi masa dalam kelas tadi teringat pulak lirik lagu ni masa kecik-kecik dulu..korang ada dengar tak?

Selamat Berpuasa - Amanah Saham Nasional
Bulan Ramadhan yang mulia,
Umat Islam berpuasa,
Menunai Rukun ketiga...
Beramal dan beribadat,
Kita di bumi Allah, 
Ingat hari Akhirat,
Bersatu dan bekerja,
Mencapai cita mulia,
Setia dan sekata,
Maju hidup bersama,
Untuk diri keluarga,
Ugama, bangsa dan negara...

Jangan leka laburlah segera..
Amanah Saham Nasional sedia,
Menambah pelaburan setiap ketika,
Laburlah segera,
Segera labur segera....


Mak Uda nyanyilah lagu ni tadi, tiba-tiba ada pulak dalam lirik tu suruh melabur... Iklan Serampang dua mata lah tu...Amanah Saham Nasional yang sponsor masa tu agaknya.. Mak Uda pun tersengih je masih masukkan entry ni tadi....

Poso jangan tak poso..orang nogori sembilan cakap..jangan "poso nyangnyuk, pagi-pagi bukak piuk".....

Saturday, August 7, 2010

Tarmizi Johan Akademi Al-Quran ke-4..

Salam.. Mak Uda dah agak Tarmizi ni boleh menang..mendengar komen juri pun Mak Uda rasa dia layak untuk menang malam semalam. Tahniah...Kalau rancangan ni ada dulu, Mak Uda pun nak masuk.

Petikan berita dari Berita Harian, 07 Ogos 2010..

PUTRAJAYA: Peserta Terengganu, Ahmad Tirmizi Ali, 25, mengubat kekecewaan dua abangnya apabila diumumkan juara musim keempat Akademi Al-Quran (AQ4) pada peringkat akhir yang berlangsung, di sini malam tadi.

Dua abangnya, Mohd Muslim dan Mohd Hafaz, masing-masing sebelum ini hanya berpuas hati di tempat kedua dan ketiga AQ musim kedua. Dengan kemenangan itu, Ahmad Tirmizi, Pengurus Masjid Al Hidayah, Kelana Jaya membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000, pakej umrah, sebuah al-Quran digital berserta trofi.

Gelaran naib johan diraih Muhammad Ahmad yang menerima wang tunai RM15,000, manakala tempat ketiga dan keempat masing-masing milik Yahya dan Husni. Yahya membawa pulang RM10,000 dan Husni menerima RM2,000.

Wednesday, August 4, 2010

Ramadhan dah kembali...


Rindunya dengan Ramadhan akan datang kembali..kedai-kedai atau pasaraya besar bukan mempromosikan bulan Ramadhan tetapi sibuk mempromosikan Hari Raya yang jauh lagi sebulan bakal tiba. Sepatutnya kita mengalu-alukan Ramadhan yang penuh dengan seribu kebaikan ini , memanglah persediaan Hari Raya perlu diadakan tetapi adalah hadnyakan. 

Baru ni Mak Uda pergi sebuah pasaraya, macam dah nak sambut raya rasanya, punyalah ramai, puasanya belum lagi. Harap-harapnya tahun ni dapatlah kita menambahkan pahala puasa kita dengan lebih baik dari tahun lepas. Mari kita baca Al-Quran Online ni kalau ada masa, kongsi dengan Mak Uda ye...

Klik sahaja di sini untuk baca Al-Quran online..

River Monsters New Season

Rancangan memancing Joran Joran di TV3 setiap Ahad tu memang Mak Uda dengan Pak Uda suka tengok, rancangan yang satu ni pun memang kami tunggu, minggu depan rancangan ni akan kembali dengan ikan yang lebih 'samseng' muka ikannya..takut pulak tengok gigi ikan yang tajam dan mengancam ni.  


Tengok minggu depan, 10 Ogos 2010, Selasa di Astro Discovery Channel. Pastinya ada foto-foto baru yang akan Mak Uda masukkan nanti bila siri ini ditayangkan nantinya. Mak Uda ikut pi mancing sekali...

Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa..

Maka dah habislah semalam Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke-52..rindu rasanya bila dah habis..tahun ni Mak Uda dapat tengok tiap-tiap hari, gembira rasanya. Mendengarnya pun dah dapat pahala apatah lagi kalau kita membacanya sendiri.

Keputusan malam tadi :
Qari: 
Tempat pertama : Mesir
Tempat Kedua: Malaysia
Tempat Ketiga: Filipina

Qariah:
Tempat Pertama: Pakistan
Tempat Kedua: Brunei
Tempat Ketiga : Filipina
Nampaknya, peserta dari negara-negara lain semakin 'mantop'. Qari dari Mesir ni, Hani Abdel Aziz Ahmed, suara memang mengagumkan, padat betul suara dia...susah nak cari orang yang ada suara macam ni, Mak Uda dah agak dari awal dengan melihat dia menghafal ayat tu dah tentu dia menang. Peserta Qariah Malaysia hanya di tempat ke-4, tak berapa mantap lagi berbanding Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd Badiuzzaman dulu..


Mak Uda jugak nak promosi tengok Akademi Al-Quran yang akan habis dan peringkat akhir program ini akan disiarkan secara langsung di TV9 pada 6 Ogos bermula jam 9 malam hingga 11 malam dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Peserta akhir nanti ialah Husni bin Ali Hassan, 25, Muhammad Ahmad Zahid, 15, dan pasangan adik-beradik, Ahmad Tirmizi Ali, 25 dan Yahya Ali, 23.
 
Kitab Al-Quran

Kitab Al-Quran kitab memimpin umat,
Yang berkekalan Al-quran Ya Al-Quran,
Kitab Al-Quran kitab memimpin umat,
Yang berkekalan Al-quran Ya Al-Quran,

Dalam sujud menyerah pada Ilahi,
Pada kebesaran dan keagunganNya,
Pada al-Quran, pada Al-Furqan,
Kitab panduan muslimin dan muslimat.

Terus maju menegakkan syiar Islam,
Berani menghadapi duri rintangan,
Dengan bertaqwa kepada Allah,
Inilah hakikat hidup yang sebenar.

Disiplin dipatuhi masalah selesaikan,
Al-Quran melahirkan perpaduan,
Kemerdekaan, Kesejahteraan,
Berjuang keadilan dan kemiskinan.

Hak agama, negara , bangsa dijulang,
......................................................................
.....................................................................
.....................................................................
(Tolong habiskan nasyid ni untuk Mak Uda, dah lupalah pulak..)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails