Saturday, October 16, 2010

Bukan dirancang...

Selepas maghrib ni tadi, Mak Uda pegilah melawat seorang pakcik ni meninggal, tak jauh dari rumah mak mentua Mak Uda. Pakcik ni memang dah berumur orangnya dan tidak berapa sihat kebelakangan ini. Yang Mak Uda nak cerita kan adalah perihal anaknya yang juga kawan dengan Pak Uda, memang baik orangnya..Anjang Azmi, memang tinggal di rumah tua dengan ayahnya ni. 

Jalan utama dari Linggi ke Pekan Lubok China.
Mendapat panggilan ibu mertuanya yang tinggal di Singapura meninggal jam 5.00 pagi ketika dia di Kuantan. Balik ke Lubok China mengambil pasport untuk ke Singapura, dalam perjalanan dapat pula berita ayah sendiri pula meninggal, agaknya bagaimana perasaan beliau ya? Serentak mendapat berita yang menyedihkan, bukan dirancang tetapi semuanya di tangan Allah. Andai kata kita tak kuat semangat, mana yang kita kejar dulukan?

Mak Uda dapat merasakan perasaan yang sukar ni masa tahlil tadi, sedih rasanya, tapi semoga dia beroleh kekuatan dan semangat. Bayangkan betapa penatnya dia nak berulang ke Melaka ni. Mak Uda rasa dia masih lagi bertuah kerana mendapat tahu berita ini dan Insya Allah, dia sempat balik. Masa arwah abah meninggal dulu, Mak Uda tak dapat tahu sebab masa tu penggunaan telefon bimbit adalah terhad, dia masih beruntungkan? Masih lagi dia bernasib baik dengan teknologi dan pembangunan yang ada ni, bersyukurlah kita dan terimalah qada dan qadarNya.

Gunakanlah teknologi yang ada ini dengan sebaik-baiknya dan manfaatkan penggunaannya. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails