Friday, January 14, 2011

Lama tak berblog...

Salam semua...

Lama Mak Uda tak ber'blog'... Singgah lalu je setiap hari, tapi tak sempat nak membaca dan mengemakini blog. Bila je buka sekolah, maka bermulalah kesibukan Mak Uda dan Pak Uda dengan urusan sekolah, rasanya kalau boleh nak 30 jam sehari, tapi apakan daya tak cukup masa, dengan nak melayan anak-anak sendiri yang semuanya dah bersekolah  pagi dan petang, mana nak masak lagi, kena lah Mak Uda kuatkan semangat.
Alhamdulillah, hari ni dapat Mak Uda berehat sekejap sementara menunggu Pak Uda balik sembahyang Jumaat. Mak Uda pun menggodeklah Pak Google, wah seronok nya... Muka depan Pak Google Mak Uda dah ada muka Mak Uda dan Pak Uda...



Pagi tadi di sekolah semasa nak membuka laman web kementerian di Google, Mak Uda terpandang di bahagian bawah tu 'Change Background Image'... Ingat ke apa...Mak Uda mencuba meletakkan gambar pemandangan, wah cantik, tapi mesti ada akaun Gmail baru boleh... 

Balik rumah ni Mak Uda edit lagi, dah wah, dapat masukkan muka sendiri, maka jadilah Google Search tu ada paparan muka Mak Uda, cubalah...seronok rasanya, tapi sebelum tu kalau nak 'upload'kan muka sendiri pastikan gambar kita resolusinya 800 x 600 px, kalau kecil tak boleh jadi ye... Cubalah, macam kita punya pulak Pak Google tu...







   

2 comments:

Aida Ali said...

Wow hebat tu.... Cantik!

Rusiah_Hazri said...

best kan kak aida...nanti ada info baru kita kongsi lagi...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails