Hari ni Mak Uda sedih lagi... 6 tahun dulu bekas anak murid Mak Uda ada meninggal kerana kemalangan jalan raya, hari ini berulang kembali... Yang sedihnya, Mak Uda baru berbual dan jumpa di pagi tadi di kedai runcit di Pekan Lubok China. Mukanya memang bersih dan berseri-seri. Mak Uda memang dah lama tak jumpa dia sebab dia dah belajar di sekolah menengah, Tingkatan 5. Dalam hati Mak Uda berkata, "Bersihnya muka budak ni, pakai pulak cermin mata bingkai putih..." seperti gambar di bawah...
Mak Uda :Menang tak masuk nasyid hari tu? (Arwah ni memang bekas penyanyi solo masa dia sekolah rendah dulu dan sehingga tadi di sekolah menengah pulak, memang suara sedap)
Arwah: Tak taulah cikgu, 5/5 nanti baru tau.
Mak Uda: Oooo..
Arwah: Tapi cikgu, saya masuk nasyid kebangsaan nanti, minggu depan untuk KEMAS..
Mak Uda: Bagus Naim, suara awak memang sedap...teruskan tau...(dalam hati, bersih benar muka budak ni) Nak pergi mana ni?
Arwah: Nak pegi sekolah cikgu ada kelas tambahan...
Tengah hari nak balik dari sekolah tadi, seorang kawan Mak Uda kata, "Arwah dah meninggal!!!..Mak Uda kata pada kawan Mak Uda ni, macam nak marah pun ye..."Akak ni biar betul, saya baru jumpa dia pagi tadi!!!" Kawan Mak Uda ni mengiyakan dengan bersungguh-sungguh, bila Mak Uda tengok jenazahnya di klinik sebelah sekolah dan ramai ahli keluarganya, luluh betul hati Mak Uda...Kawan yang membonceng motor dengannya masa tu sedang nazak dan dibawa ke Hospital Melaka.
Memang dia nak meninggalkan kenangan dia pada cikgu ni...Apa yang nak Mak Uda katakan, Hidup ni bukannya lama, memang terlalu singkat. Allah lebih mengetahuiNya...Semoga Arwah Hasrul Naim disemadikan dengan aman dan amal ibadahnya diterima oleh Allah..Al-Fatihah.
(Masa ni, Pak Uda pergi ke kubur, melihat arwah disemadikan..jam 6.20 petang)
4 comments:
accident mcm mana kak? kat pekan LC gak?
accident mcm mana kak? kat pekan LC gak?
accident mcm mana kak? kat pekan LC gak?
al-fatihah untuk arwah naim...bila dgr cerita org meninggal accident..teringat sepupu saya, meninggal accident gak 5 bulan lepas, depan kilang TEAC...al-fatihah untuk kedua2 nya..amin...
Post a Comment