Tuesday, March 13, 2012

Rindu...

Di tengah hari ni, tiba-tiba Mak Uda terbuka sebuah blog, lagu latarnya tak berapa 'clear' tapi dengar sayup-sayup liriknya ...di pondok kecil...Macam ku pernah dengar, tapi di mana ya? Maka, Mak Uda pun cari di 'You Tube'...lamanya tak dengar lagu ni, dah merembas air mata Mak Uda...Rindu kat abah, sayang selalu kat abah...

Untuk yang benama Abah, Ayah, Abi, Walid...lagu untuk anda di petang ini. Sememangnya jasa mu amat besar...kisah lama...



Di suatu hari
Ayah berkata jaga adikmu
Ayah kan pergi jauh
Ku merayu pada ayah
Jangan tinggalkan kami
Kerana kami sayangkan ayah
Ayahku pergi berjuang
Demi cinta yang murni
Menegak kebenaran
Di muka Bumi
Berlakunya kisah di pondok kecil

(Chorus:)
Di pondok kecil
Di pantai ombak
Berbuih putih beralun-alun
Di pondok kecil
Di pantai ombak
Berbuih putih beralun-alun
(Ulang Chorus)
Di suatu hari
Ayah berkata jaga adikmu
Ayah kan pergi jauh
Ku pandang wajah ayah
Dahinya ku cium
Airmata mengalir
Hatiku pilu
Diam-diamlah sayang
Jangan menangis
Doakan ayah semoga sejahtera
Diam adikku sayang
Jangan menangis
Walaupun ayah gugur
Pastinya dia syahid

(Chorus)
Wahai abangku
Ke mana ayah
Ku sayang ayah
Ku cinta ayah
Wahai abangku
Ke mana ayah
Ku sayang ayah
Ku cinta ayah
Duhai adikku sayang
Jangan bersedih
Ayahmu pergi menyambut seruan Ilahi

Tapi ingatlah adikku pesanan ayah
Belajar berusaha walau di mana jua
Pada-Mu Tuhan aku bermohon
Dosa ayahku minta diampunkan
Ku iringi doa rahmati dia
Tempatkanlah ayahku bersama kekasih-Mu

Sunday, March 11, 2012

John Carter


Pegh...memang seronok tengok cerita ni semalam. Kononnya pesan kat anak-anak, kalau mengantuk tidur dalam wayang, tapi tak sempat nak tidur...penuh dengan aksi dan memang menarik. Sesiapa yang minat cerita aksi macam Mak Uda pergilah tengok cepat, memang tak rugi bayar RM10... Cerita memanglah banyak membohong tapi tetap seronok...ikut citarasa masing-masinglah...

Kraftangan Tradisonal

Mak Uda yang sedang membuat assignment Pendidikan Seni Visual yang terakhir ni menarik tapi otak dah sarat pulak...Gambar-gambar ni Mak Uda ambil masa pergi Muzium di sekitar Melaka dengan 'cowboy' yang meneman tapi haruk kita dibuatnya...

 Tepak sireh ni paling Mak Uda suka...





Banyak lagi gambar nak di 'upload' tapi kenapa dia terbalik ye? Puas dah ditonggengkan tapi tak maunya dia betul kat blog ni...Geram je...

Budak tiga orang ni nasib baik meneman, sekali ada  bunyi pelik pulak kat muzium tu...cabutttt...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails