Mak Uda masukkan kenangan semasa berada di Pulau Kapas, Terengganu. Bila dikenangkan kembali, macam tak nak pergi lagi, tapi bila kenangkan dapat sotong besar-besar saiznya, macam nak pergi sepuluh kali.
Memang mengerikan pengalaman yang dilalui, dengan keadaan malam yang gelap, berangin kami bertolak. Apabila sampai tempat yang dituju tiada seekor sotong yang kami dapat. Pakcik yang bawa bot ajak kami ke tempat lain. Hati mula tak sedap tapi ikutkan saja orang yang pakar. Bergerak sahaja bot yang berbuai-buai, 2-3 orang dah mula muntah mabuk laut. Ingatkan Mak Uda yang mabuk, Alhamdulillah...tidaklah fobia dengan laut yang luas rupanya.
Sampai ke tengah laut belum sampai tempat yang dituju, pakcik yang bawa bot memaklumkan...RIBUT!!! Allahu Akbar...mengucap dan azan di dalam hati. Pak Uda yang nampak 'cool' rupanya 'RIBUT" di dalam hati. Risau dengan anak-anak yang dalam bot, dan hanya dia dan dua lagi dalam bot yang lelaki dewasa, yang lainnya perempuan dan kanak-kanak. Dengan ribut, hujan dan bot yang terumbang-ambing...Allah sahaja yang tahu gelora di dalam hati.
Sotong yang besar dan bakal masuk ke dalam perutku...Ya Allah, terima kasih atas rezeki dan limpah kurniaMu..
Kaki siapa tak ingat dah...ni sesi 'test' kamera sebelum pergi.
Dalam pada ribut yang masih tak berhenti, anak bujang Mak Uda yang sulung terkena mata candat sotong...Ya Allah, meremang bulu roma bila teringat semula...kalau yang pernah mencandat pasti tahu bagaimana rupa mata pancing yang bercangkuk tu. Pakcik bot kata kena bawa hospital...tapi bayangkan dengan keadaan ribut yang tak berhenti bila lah kami boleh balik ke darat. Pak Uda memang hebat dan 'cool'...menarik mata pancing secara perlahan-lahan dan berselawat, kemudian ibu jari diletakkan ke lelangit dan dituam ke tempat yang kena, Allah Maha Mengetahui...tiada setitis darah yang keluar...Hebat My Darling...petua tu...
Penumpang 'tongkang' yang bawa minah-minah ni...dalam hati rasa cuak je...
Sebaik ribut berhenti di tengah-tengah laut, pakcik bot mula memancing. Hati ni nak ajak balik je, nasib baik kunci bot kat dia, kalau kat Mak Uda dah selamatlah sampai... sampai mana tak tau la...Haha...Dia kata kita jangan balik, nanti orang tanya mana sotongnya... hati berbolak-balik...ambil jelah mata pancing, mulalah mencandat. Perghh...orang pertama selepas pakcik dapat sotong...hilang takut dengan ribut dan luka anak tadi. Masing-masing mula mencandat, tengok air laut yang hitam, memang seram, tak usahlah cerita... mengenangkan sotong ku redah jua...Hihi...Pakcik bot ajak mencandat sotong hingga lewat pagi, namun mengenangkan mengantuk dah mata, kami baliklah juga. Bersyukur dengan nyawa yang masih Allah pinjamkan.
Akhirnya, selepas ribut reda...9 ekor sotong yang besar-besar dalam genggaman kami...
Adik-adik yang cool tapi selepas ni semuanya...uweksss...haha...semua ni kalau boleh nak ajak balik tapi tak berani.
Macam tipu je kata tak ada idea...Haha...sebenarnya banyak yang hendak dikongsi.
4 comments:
ohh..kebetulan pulak tajuk entri kita hampir sama
*rasanya lebih elok kalau verification word di bawah ini dibuang untuk memudahkan kwn² memberi komen
awesome! candat sotong..never been there before.. sangat2 bagus bawak kanak2 riang nak mengenal cara nak candat rather than dapat yg hidup2 kat market tu.. kui3x..
Tq...betullah lupa je nak betulkan setting tu...
Tq...betullah lupa je nak betulkan setting tu...
Post a Comment