Thursday, March 14, 2013

Memang rindu...

Tiba-tiba Rindu, Datuk Sharifah Aini

Rindu ku sungguh rindu
Lama tak jumpa bertambah sayang
Jauh semakin jauh
Hati ku rindu bertambah bimbang

Sayang sungguh ku sayang
Padamu kasih terbayang-bayang
Lama begini lama
Hati ku rindu tiada ubatnya

Dulu kita pernah bertemu
Tapi hanyalah sekejap waktu
Agar menjadi hai pengubat rindu
Hilang lah segala resah di kalbu
Sayang di sayang bagaikan bermimpi
Hai datang lah engkau padaku lagi

Tiba-tiba lah rindu
Menangis sayu teringatkan mu
Pulang-pulanglah sayang
Hati ku bimbang bukan kepalang 

            Boleh pulak lagu ni berkumandang di SinarFM masa nak makan malam ni, terus Pak Uda suruh cari kat Youtube...Tapi berbeza dengan yang berkumandang tadi...Dah dapat download lagu ni...memang best...

            Memang kebetulan rakan-rakan lama di Facebook hari ni membuka kenangan semasa bersekolah di SMK Undang Rembau. Mak Uda bersekolah di situ dari tahun 1987-1991, belajar di kelas Khas (Perdagangan)...kononnya kelas paling pandailah tu dan sememangnya kami terpilih dan mendapat biasiswa dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 dan kalau keputusan berterusan baik dapatlah disambung ke Tingkatan 4 dan 5. Syukur, Alhamdulillah...Mak Uda bersekolah sememangnya menggunakan duit ini.

          Bila teringatkan zaman itu, maka teringat apa yang kita buat zaman sekolah dulu kan? Aktifnya Mak Uda masa dulu. Macam-macam aktiviti yang dibuat, tapi anak-anak Mak Uda pula agak pemalu...mungkin belum lagi. Mak Uda pernah menyertai aktiviti bernasyid sejak dari Tahun 3 seterusnya hinggalah ke sekolah menengah dan dijemput melatih adik-adik dari sekolah lain dan bernasyid untuk kumpulan belia kawasan tempat tinggal Mak Uda. 

         Selain itu, Mak Uda mewakili masuk pertandingan berzanji, dari tingkatan 1 sehinggalah ke Tingkatan 6, peghh...lama tu. Semasa Tingkatan 6 Mak Uda bersekolah di SMK Chembong. Dapatlah merasa menjadi Johan.

        Selain itu, Mak Uda juga pernah menari tarian 'Endang' dan sehingga sekarang kalau nak buat persembahan di sekolah masih boleh lagi mengajar anak-anak murid tarian ini. Pernah juga Mak Uda memimpin kumpulan drama untuk persembahan kelas Mak Uda untuk majlis apa tak ingatlah pulak.

         Kenangan sememangnya adalah pengalaman yang tidak boleh dilupakan dan sangat berharga.  Sehingga menjadi seorang guru ini pun, Mak Uda menggunakan kemahiran yang ada. Rindu semua rakan-rakan dahulu. Dengan 'Facebook'lah kami masih berhubung. Kalau boleh diundurkan masa memang nak buat lagi dan rindu dengan semua guru yang masih ada dan yang telah 'pergi' selama-lamanya. Terima kasih, Cikgu!!!

Monday, March 4, 2013

Darah Satria



Meremang bulu roma bila mendengar lagu ni, terasa bersemangat di hati dan sentiasa mendoakan yang terbaik kepada semua anggota PDRM dan ATM di Lahad Datu sekarang ni. Semoga mereka yang sedang bersiap sedia di sana sentiasa berhati-hati dan menjaga diri. Mak Uda dan Pak Uda serta ahli keluarga serta sahabat handai  di sini hanya dapat mendoakan sahaja. 

Betapa bangganya mempunyai perwira-perwira hebat. Kepada yang telah gugur, Mak Uda ucapkan  takziah kepada semua ahli keluarga.Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. terima kasih kepada perajurit negara.


JASA DAN PENGORBANANMU DIKENANG:

Barisan perwira yang gugur dalam mempertahankan keamanan dan keselamatan negara.

Allahyarham Supt Ibrahim bin Lebar, 52 tahun berasal dari Besut, Terengganu dan bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia, beliau meninggalkan seorang balu Puan Rosiah bt Dahlan, 52 dan 3 orang anak masing-masing berusia 22, 20 dan 17 tahun. Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 20, Subang Jaya pada jam 9.00 malam ini.

Mendiang ASP Michael Padel, 36 tahun berketurunan Bidayuh dan berasal dari Serian, Sarawak. Bertugas di Cawangan Khas IPD Semporna dan meninggalkan seorang balu Puan Jabah a/p Mingku serta seorang anak lelaki berusia 1 tahun. Jenazah mendiang akan dibawa pulang ke Kg Bidayuh, Tebakang, Serian untuk disemadikan.

Allahyarham Sarjan Baharin bin Hamit, 49 tahun berasal dari Alor Gajah, Melaka dan bertugas di Cawangan Khas IPK Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Sumati binti Suarah, 50 tahun dan dua orang anak berusia 16 dan 11 tahun. Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Nur Islam IPK Sabah dan akan dikebumikan di Jalan Tuaran, Kota Kinabalu pada jam lebih kurang 3.00 petang ini.

Allahyarham Sarjan Aziz bin Sarikon, 52 tahun bertugas di PGA Batalion 14 Semporna, Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Sitti Banddorah Bt Mahalil, 39 dan 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan yang masing-masing berusia 18, 15, 12 dan 7 tahun. Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di IPD Semporna untuk dikebumikan.

Allahyarham L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, 27 tahun berasal dari Klang, Selangor dan bertugas di Batalion 14, PGA Tawau. Beliau yang masih bujang merupakan anak keenam daripada tujuh adik beradik. Jenazahnya akan dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di Jalan Teluk Kapas, Kampung Rantau Panjang, Klang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Shapadu, Kg Panjang, Klang.

Allahyarham Kpl/S Salam bin Togiran, 42 tahun berasal dari Sandakan, Sabah dan bertugas di IPD Tawau. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Marlinah binti Utan dan 4 orang anak berusia 16, 13, 11 dan 1 tahun. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas, Tawau.





Sebelum ini dua orang lagi yang telah gugur.
 


Senarai pegawai dan anggota PDRM yang terkorban dan cedera:

Terkorban:
1.INSP G/17992 ZULKIFLI B. MAMAT
2.KPL 113088 SABARUDDIN B. DAUD

Cedera:
1. KPL 135383 AZMAN B. AMPONG
2.KPL 152133 MOHD TARMIZI B. HASHIM
3. KON 175533 MOHAMED QAIYUM’AIQAL B. ZOLKIFLI
 


Pemergian perwira-perwira negara ini akan dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia. Jasamu, baktimu, pengorbananmu akan teguh di sanubari rakan seperjuangan dan menjadi azimat untuk terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Al-Fatihah...



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails