Monday, February 25, 2013

Apa nak tulis bila tiada idea?

Bila tiada idea maka kita hendaklah menulis dengan perkara yang mengarut dan tiada pengkhususan dan bolehlah dengan suka hatinya kita menaip blog ini...Yeeeha...!!!

           Mak Uda masukkan kenangan semasa berada di Pulau Kapas, Terengganu.  Bila dikenangkan kembali, macam tak nak pergi lagi, tapi bila kenangkan dapat sotong besar-besar saiznya, macam nak pergi sepuluh kali. 

           Memang mengerikan pengalaman yang dilalui, dengan keadaan malam yang gelap, berangin kami bertolak. Apabila sampai tempat yang dituju tiada seekor sotong yang kami dapat. Pakcik yang bawa bot ajak kami ke tempat lain. Hati mula tak sedap tapi ikutkan saja orang yang pakar. Bergerak sahaja bot yang berbuai-buai, 2-3 orang dah mula muntah mabuk laut. Ingatkan Mak Uda yang mabuk, Alhamdulillah...tidaklah fobia dengan laut yang luas rupanya. 

          Sampai ke tengah laut belum sampai tempat yang dituju, pakcik yang bawa bot memaklumkan...RIBUT!!! Allahu Akbar...mengucap dan azan di dalam hati. Pak Uda yang nampak 'cool' rupanya 'RIBUT" di dalam hati. Risau dengan anak-anak yang dalam bot, dan hanya dia dan dua lagi dalam bot yang lelaki dewasa, yang lainnya perempuan dan kanak-kanak. Dengan ribut, hujan dan bot yang terumbang-ambing...Allah sahaja yang tahu gelora di dalam hati.




Sotong yang besar dan bakal masuk ke dalam perutku...Ya Allah, terima kasih atas rezeki dan limpah kurniaMu..

 Kaki siapa tak ingat dah...ni sesi 'test' kamera sebelum pergi.

Dalam pada ribut yang masih tak berhenti, anak bujang Mak Uda yang sulung terkena mata candat sotong...Ya Allah, meremang bulu roma bila teringat semula...kalau yang pernah mencandat pasti tahu bagaimana rupa mata pancing yang bercangkuk tu. Pakcik bot kata kena bawa hospital...tapi bayangkan dengan keadaan ribut yang tak berhenti bila lah kami boleh balik ke darat. Pak Uda memang hebat dan 'cool'...menarik mata pancing secara perlahan-lahan dan berselawat, kemudian ibu jari diletakkan ke lelangit dan dituam ke tempat yang kena, Allah Maha Mengetahui...tiada setitis darah yang keluar...Hebat My Darling...petua tu...



Penumpang 'tongkang' yang bawa minah-minah ni...dalam hati rasa cuak je...

               Sebaik ribut berhenti di tengah-tengah laut, pakcik bot mula memancing. Hati ni nak ajak balik je, nasib baik kunci bot kat dia, kalau kat Mak Uda dah selamatlah sampai... sampai mana tak tau la...Haha...Dia kata kita jangan balik, nanti orang tanya mana sotongnya... hati berbolak-balik...ambil jelah mata pancing, mulalah mencandat. Perghh...orang pertama selepas pakcik dapat sotong...hilang takut dengan ribut dan luka anak tadi. Masing-masing mula mencandat, tengok air laut yang hitam, memang seram, tak usahlah cerita... mengenangkan sotong ku redah jua...Hihi...Pakcik bot ajak mencandat sotong hingga lewat pagi, namun mengenangkan mengantuk dah mata, kami baliklah juga. Bersyukur dengan nyawa yang masih Allah pinjamkan.

 Akhirnya, selepas ribut reda...9 ekor sotong yang besar-besar dalam genggaman kami...

 
 Adik-adik yang cool tapi selepas ni semuanya...uweksss...haha...semua ni kalau boleh nak ajak balik tapi tak berani.




                 Hasil keseluruhan...Alhamdulillah, hasilnya di beri sama rata walaupun kami yang dapat candat banyak...tak apa, pengalaman tu yang paling mahal...Kalau ajak lagi? Ya, Mak Uda akan pergi...terasa bangga sebab kumpulan wartawan sebelum itu  sebanyak 9 bot hanya dapat seekor, kami? Pegghhh...sebuah bot...dan keadaan yang tidak disangka mendapat 9 ekor sotong yang besar-besar...Terima kasih Pakcik bot, rasa nak pergi cari pakcik tu kalau ke Marang lagi.

              Macam tipu je kata tak ada idea...Haha...sebenarnya banyak yang hendak dikongsi. 

Tuesday, February 19, 2013

Alahai...Kesiannya Mak...

Dugaan Allah sememangnya tidak kita duga...Mak Uda dan Pak Uda sudah seminggu menguruskan mak masuk hospital, kami berulang-alik setiap hari dari hari Selasa sehingga Jumaat lepas ke Hospital Melaka menghantar dan melawat mak di hospital yang patah pergelangan tangannya. 

Kronologi cerita...haha...Macam tulis cerita dalam filem pulak...

Selasa, 12 Februari 2013
Kami ke Kampung Johan Setia, Klang melawat Along Mak Uda yang akan membuat Umrah dan akan bertolak pada hari esok...Selama 4 hari asyik tertunda je nak pergi. Mungkin Allah tak izin kami pergi awal. Rajin pulak tu kami dari hari Sabtu, dah pergi Port Dickson. Hari Ahad, tolong jiran 'rewang', nak kawin anaknya. Isnin, kami pergi mandi sungai...macam orang tak ingat mandi manda...jadinya, kami pergi juga hari Selasa. Walaupun pagi tu Mak Uda cakap kat Pak Uda tak payah pegi, hati macam tak sedap...tapi ambil keputusan pegi sekejap...tak sedap hati pula kalau tak melawat adik-beradik sendiri. Sebenarnya, Mak Uda risau kalau 'jammed'...tapi, Alhamdulillah, lapang masa pergi dan balik cuma banyak kereta yang tersemput-semput di jalan. Sampai di rumah jam 1.50 petang...memang rempit kami, hati dah tak sedap sebenarnya.

Gambar sehari sebelum kejadian...mandi sungai di Lubok Talan, Kampung Batu, Rembau...
 
 Bang Dak yang rajin nak membakar, so...kitorang mencekik je lah...yang lain kami dah siapkan.


 Budak-budak ni suka sangat berendam, padahal air sungai tu punyalah sejuk...grrrrr...Si kenit tu pun sama, maaflah dia tak berbaju...haha...

 Mak sehari sebelum jatuh, walaupun sebelum tu tak nak ikut, oleh kerana besan pergi...dia pergilah juga...


Balik je terus tidur, sampai pukul 5, tidur macam tak 'hingat'...bangun je Pak Uda kata mak jatuh, Induk mesej...oh! Terperanjat dan terus ambil tudung...(tak mandi tu bangun tidur, sebab cemas)...hari tu dah jatuh sekali, dan sangat bahaya kalau jatuh kali kedua.

Sampai rumah mak, tengok tangan mak dah berbalut dan beranduh. Mak kata tak ada apa...Mak jatuh kat parit kecil sebab masa melangkah mak tak perasan kaki tak pijak titi kayu...apa lagi, tersembam dan pergelangan tangan menahan berat badan...

Pak Uda suruh genggam tangan, mak tak boleh buat...Ini 'musti' kena pergi hospital. Mak tak nak, tapi bila dipujuk mak kata "ok, karang aku tak poei kau kato aku melawan"...hahaha...sempat buat lawak tu.

Kami bawa mak pergi Hospital Alor Gajah. Bila dicek tekanan darah mak, aduhai...tingginya...216/77...mak kena tunggu sekejap di ruang menunggu. setelah setengah jam, mak pun kena panggil. Ramai pulak yang sakit cuti-cuti ni. Doktor minta mak genggam tangannya, mak tak boleh genggam...sah-sah tangan mak patah kata doktor...lagilah mak cemas. Mak kena X-ray, dan terdapat 4 tulang yang patah pada pergelangan tangan tu. 
Kesian mak, doktor kata kena bawa ke Hospital Melaka untuk disimen kerana orang yang buat simen sedang bercuti. 

Kami bawa mak terus ke bahagian kecemasan di Hospital Melaka, pun ramai orang yang sakit...namun, Alhamdulillah...mak cepat dipanggil ke dalam sebab dah ada siap laporan dan X-ray doktor dari Hospital Alor Gajah...kalau tak lambat jugak. Akhirnya, mak terpaksa masuk wad sebab keadaan darah tinggi yang sangat tinggi dan bahaya...Mak tak nak lagi, tetapi akhirnya terpujuk dengan pujukan Along Pak Uda...tinggallah mak di wad malam itu, dan kami pulang jam 1.30 pagi, sudah pastinya esok pagi-pagi kami akan ke Hospital Melaka lagi. 

Sebenarnya, yang paling Mak Uda suka di wad kecemasan adalah menjadi 'wartawan percuma'...Mak Uda lihat macam-macam situasi yang berlaku...ada yang cedera parah, cedera ringan, meninggal dan sebagainya...Boleh pulak buat kerja tu ye...kaki penyibuk!!!

Rabu, 13 Februari 2013.



Kami sampai pagi tu, mak tak ada dalam wad, mak pergi X-ray lagi. Muka orang menunggu...mata pun bengkak, kurang tidur.


Petang tu tangan mak dah disimen, kesian mak. Mengantuk kena ubat tahan sakit. Selalunya Mak ni yang jaga ayah, nenek dan Alif sakit dulu. Sekarang bila diri sendiri yang kena, sangat kasihan melihatnya...sabar ye mak.

Akhirnya, tengah hari Jumaat, 15 Februari...mak dah boleh balik...nanti sambung lagi ye...

Port Dickson tak macam dulu...

Salam...sebenarnya lama dah Mak Uda dan Pak Uda pegi mandi manda membawa anak-anak dan Along Mak Uda ke Port Dickson. Malangnya, pantai Batu 4, Teluk Kemang dah tak macam dulu lagi...tengok lah gambar-gambar di bawah ni, kemudian komen lah di mana-mana pun...


 Alangkah bahayanya dengan jet ski yang bersepah dan kemungkinan lain akan berlaku...ngerinya...
 Keadaan khemah yang disewakan sehingga ke gigi air...di mana kita nak berkelah macam dulu lagi. Mak Uda ni jenis suka yang masak-masak dan bawa bekal ke tempat berkelah...tolonglah ambil perhatian...
 Meja secopot ni lah tempat Mak Uda dapat meletakkan barang, tempat lain dah sesak dengan khemah-khemah yang disewakan.

 Khemah dan set meja serta kerusi dengan harga RM50...sangat memudahkan pengguna tetapi aku nak berkelah macam dulu-dulu...
 Abang Mak Uda yang sulung...Along Rashid...

 Adik kecil yang sangat pandai membantu ayahnya mengelap meja...memang boleh berniaga apabila dewasa...


 Ni? Oh, suamiku...Pak Uda.


 Ramainya lah orang bersesak...kami berada di sini dalam satu jam sahaja...perjalanan pun satu jam, sangat mem'boring'kan...
 Jumpa pulak kawan sekolah dalam ramai-ramai orang tu...
Walau macamana pun, tempat-tempat lain di sekitar Port Dickson dah semakin cantik dan gerai serta makanan yang sedap...cuma satulah harapan Mak Uda, Mak Uda nak berkelah macam dulu di Batu 4, Telok Kemang...syok nya mandi-manda...

Keinsafan (Kerabat)

Syukur , Alhamdulillah...memang terasa keinsafan bila meniti lirik lagu ni...sama-sama berkongsi bicara dalam blog ini...



Keinsafan Lirik - Kerabat

Sayup terdengar hujan mencurah ke bumi
Kini terasa memecah kesunyian malam
Dan aku di sini sendiri dibaluti resah
Dibayangi sesal yang tak sudah

Renung langit sepi tiada purnama
Di dalam kelam ku lihat bayangku sendiri
Terpaku membisu tanpa suara dan segala
Apa petanda, apa rahsia

( korus )
Oh Tuhanku Yang Maha Esa
Maha Penyayang Maha Pemurah
Andainya malam yang begini
Memberi pengertian untukku
Mencari hidayahmu...

Maka kutadahkan setulus
Pengampunan dan pengharapan
Untuk aku menebus dosa-dosa semalam

Cukup setakat ini... aku merasa
Terasing terhukuman dalam sengsara
Balasan dari kehancuran
Yang aku ciptakan

Dan kini ku mengerti
Antara dosa pahala
Yang mana lebih utama
Dalam meniti hidupan dan hari kematian
oh...

( solo )

( ulang korus & 1 )

( 1 )
Andai malam ini satu peringatan
Bersyukurku pada Illahi
Andai malam ini satu kesudahan
Ku pintakan... satu pengaduan
Untukku menyudahkan kalimah
Terakhir...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails