Monday, July 27, 2009

Ramadhan Al-Mubarak

Sempena bulan Ramadhan yang hampir tiba ni, Mak Uda nak kongsi bersama-sama dengan semua Al-Quran Interaktif. Semoga kita mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah. Klik saja pada Al-quran di bawah, kalau tak boleh kat tepi pun ada.


Untuk mendapatkan tafsir dan cara bacaannya boleh lah pegi ke link ini pulak.. Quran Explorer.
Semoga kita mendapat manfaatnya bersama-sama.

Meh kita test...

Mak Uda dapat benda ni dah lama, nak ajak semua orang kongsi sama-sama.

BRILLIANTLY CLEVER !!!!
Can someone tell me how this works?

Christmashouse.gif picture by Roe46
CLICK ON HOUSE

Friday, July 17, 2009

Keberkatan Surah Al-Ikhlas...

Ketika Memulakan Kerja

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana
dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada di
dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan
berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum Masuk Ke Rumah

Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3
kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca
bismillah.
Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya
tiada orang di
rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan
menyahut.


Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang
diucapkan
pada akhir solat akan membantu kita menjawab
persoalan kubur.
Apabila malaikat memberi salam,
seorang yang jarang bersolat akan
sukar menjawab
salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat,

amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan
menolongnya
menjawab salam malaikat itu.

Ketika Sakit

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa
membaca surah Al-Ikhlas
sewaktu sakit sehingga dia
meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk
di
dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan
kuburnya dan para
malaikat akan membawanya dengan
sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim
lalu menuju
ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).


Khatam al-Quran

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki
kepada umatnya:

Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam
jangka
masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya
yang menjawab.
Malah Saiyidina Ummar telah
mengatakan bahawa ianya mustahil untuk
mengatam Qur'an
dalam begitu cepat.


Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya.
Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa
Saiyidina Ali
(yang sedang kecil pada waktu itu) tidak
tahu apa yang dikatakannya itu.
Lantas Saiyidina Ali
membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.
Rasulullah SAW
menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.


Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama
dengan membaca 10 jus
kitab Al-Quran. Lalu dengan
membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali
qatamlah
Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.


Pahala Membacanya

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah
bersabda:

Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka
saya telah melihat
Arasy di atas 360,000 sendi dan
jarak jauh antara satu sendi ke
satu sendi ialah 300,000
tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi i
tu terdapat Padang
Sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap
satu padang
Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.


Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat
yang mana
kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.
Setelah mereka selesai membaca
surah tersebut maka
berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya

pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang
yang membaca
surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun
perempuan.


Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku
ditanganNya,
sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu
tertulis di sayap malaikat
Jibrail a.s, Allahhus Somad
itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.....s,
Lamyalid walam
yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s,
Walam
yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a..s.


Nota

Sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain.
Sepertimana
sabda Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah
pesananku walaupun satu ayat'.
Sesungguhnya apabila
matinya seseorang anak Adam itu,
hanya 3 perkara yang
akan dibawanya bersama:

(1) Sedekah/amal jariahnya, (2) Doa anak-anaknya yang
soleh dan
(3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya
kepada orang lain.

Tuesday, July 14, 2009

Apa nak jadi..

Mak Uda tengoklah video budak-budak ni.. Mula-mula tu tak nak tulis pun, tapi tergerak pulak hati nak meng'upload' video ni.. Apa nak jadi dengan diorang sekarang ni kan? Mak Uda jadi cikgu ni dah jadi semakin takut pulak dengan perangai ganas diorang ni. Mak Uda sekolah dulu ada jugak kawan-kawan yang nakal-nakal, langgar peraturan sekolah..tapi Mak Uda kawan dengan diorang ni jugak, tapi tak adalah sampai terikut-ikut keganasan, ketidak sopanan dan sampai melanggar disiplin sekolah. Kita sekadar kawan-kawan aje..



Kalau sampai tahap macam ni, ini sudah melampau.. Apalah nak jadi, komen sikit.. lepas ni Mak Uda nak padam isu ni, menyampah pulak.. Mak Uda kalau dapat budak-budak ni, Mak Uda kawinkan dia..baru dia tau macamana..ingat nak bercinta je ke..Yang kat tepi tu dah tentu kena jugak, tengok aje..bukan nak menyelamatkan..

Siapa hebat..

Kadang-kadang manusia selalu mendabik dada mengatakan diri mereka hebat.. Hari ni Mak Uda dapat email dari seorang kawan, Miza.. terkejut tengok video ni. Manusia kadang-kadang tidak mahu kalah dan muhasabah diri mereka, tapi bila lihat air yang selalunya kita nampak lesu, lemah tapi bila ia nak memusnahkan sekejap je kan.. ranaplah kehebatan manusia ni tadi. sama-samalah kita tengok dalam diri kita ni..

Monday, July 13, 2009

Pak Pandir naik flight..

Ok..alkisahnya..hebohlah satu kampung..Pak Pandir mendapat tiket kapal terbang untuk menjadi tetamu Krill, SY dan KE dlm Sinar Pagi.. , walaupun hanya kelas ekonomi..tapi bagi Pak Pandir..itu sudah cukup menggembirakanya..

Dipendekkan cerita..hari dijanji telah tiba..Pak Pandir pun sudah menunggu seawal subuh di lapangan terbang..kapal terbang sampai..PakPandir pun naiklah..masuk je kapal terbang.. Pak Pandir terus ambik tempat.

Sebelum kapal terbang berlepas..pramugari pun memeriksa penumpang supaya semua duduk ditempat masing masing dan bersedia untuk berlepas..

Sekali pramugari nampak pak pandir duduk kat kerusi bisnes klass.. setahu dia.. tak ada penumpang bisnes klass hari tu.. dengan budi bahasa pramugari tu tegur."Pak cik, pakcik tak boleh duduk kat sini.. boleh pak cik pindah duduk dibelakang..."Eh.. bagus sungguh orang kapal terbang nii pramugari.. takpalah nak..pak cik selesa dah kat sini.."

*Mana tak selesanya.. bisnes klass..mati akal pramugari tu.. semua pramugari dan pramugara (kecuali yang terlampau) datang silih ganti..sakit kepala..

Pilot yang menunggu lama nak berlepas..bengong kenapa masih belum ada isyarat kata ok dari ketua pramugari..dia pun keluar tengok..

Pramugari sorang tu cerita..pilot tu pun pi lah kat Pak Pandir."Pak cik.. boleh tengok tiket?" Pak Pandir bagilah tiket..

"Oo.. pak cik nak pi KL yer pak cik?"

"Ya nak... "

"Taapi pak cik.. kerusi depan nii pi Johor Bahru pakcik.., kerusi belakang baru pi KL!"

"Ye ke nak.. nasib baiklah anak bagitau.."

Seloka..

Pernah dengar seloka? Kat sini Mak Uda nak kongsi dengan sesiapa yang sudi dan mahu mengumpul koleksi puisi-puisi lama. Pasti ada yang mencari cara membaca dan melagukan seloka ini. Harap sama-sama kita manfaatkannya. Mak Uda tengah mencari bagaimana uploadkan seloka ini lagi mudah, setakat ini dulu yang mampu ye..

Seloka P Pandir Ali Bachik.wma

Mak Uda harap tuan punya suara dan seloka ini menghalalkan hasil puisinya,MAk Uda tak tahu bagaimana nak menghubunginya. Hanya Allah yang mampu membalasnya..

Saturday, July 11, 2009

11 Julai 2009..


Hari ni genaplah 100 hari, Datuk Seri Najib Tun Razak memerintah Malaysia sebagai Perdana Menteri. Bukan tu aje, hari ni jugak genap Pak Uda sambut birthday yang ke-37. Selamat Hari Lahir, semoga ceria selalu, hadiah claim lagi 3 tahun...lamanya, biar lambat asalkan dapat..Yang bawah ni bukan adik-beradik dengan Datuk Seri ye..
Apa yang sama?

Lawatan sekolah Pak Uda..

Hari Khamis, 10 Julai Pak Uda ikut lawatan sekolah ke Kuala Lumpur. Pak Uda pergi lagi Petrosains dengan Pusat Sains. Tengoklah betapa terujanya Pak Uda dapat buat aktiviti kat sana. Masa Pak Uda kat sana Kuala Lumpur hujan lebat, Lubok China macam tulah jugak, panas berdenting..'Lapang' dah kepala Pak Uda, ingat Nasa cakap, orang yang kepalanya lapang tengah macam Pak Uda tu... orang yang pandai, orang macam kepala Ayah Nas orang yang berfikir... kalau dua-dua digabungkan (lapang dari depan sampai belakang) apa ye... Nasa kata.."Orang macam tu, orang yang fikir dia pandai.."
Mak Uda tak dapatlah ikut, ni rombongan sekolah Pak Uda, dapat sponsor satu sekolah. Bilalah sekolah Mak Uda dapat sponsor macam ni..seronok rasanya, cikgu-cikgu je pergi pun tak apa..

Macamana diorang boleh buat macam ni, hebatnya pemikiran manusia ye? Tu kaki Pak Uda ....tengah buat eksperimen.

Thursday, July 9, 2009

TAHNIAH...

Keputusan KDP 14 Minggu PraSMP dah keluar.. tahniah kawan-kawan. Mak Uda suka tu bukan apa, boleh guna lagi otak Mak Uda ni untuk belajar rupanya.. Cayalah, suka betul.. Terima kasih kepada semua yang bagi sokongan, dah lama tak belajar ingat ke dah berkarat. Yang paling kelakar BI dapat A, tak sangka..Punyalah teruk dan susah nak dapat..nak menghafal masa pekse tak payah cakap lah..
Ni gambar masa dalam dewan pekse...

Macam bodoh-bodoh je masa menjawab. Tahniah Ibu Ayu, Kak Ekin, Kak Ziana (super power pompuan ni), Chan, Kak Aida, Nasa, Zam, Amin, Fauzi, Isha dan semua kawan-kawan Unit 1..
Ni bukan dalam dewan, ni masa sesi makan jamuan dalam kelas..
Budak berlima langsung tak ade kena mengena dengan pekse..

Terima kasih Pak Uda yang selalu bagi sokongan untuk belajar.. Walaupun kena kutuk, semangat tu semakin kental, paling suka ...English aku 'A'!!!Terima kasih untuk korang semua terutamanya mak dan anak-anak yang bagi sokongan..perjuangan belum selesai! Jauh lagi perjalanan kita.

Tuesday, July 7, 2009

Promosi! Promosi!



Mak Uda nak promosi kedai gunting kakak ipar Mak Uda, Mama Long. Nama kedai dia Khaty Unisex Saloon, terletak di Pekan Masjid Tanah. Senang nak cari dekat dengan perhentian bas Masjid Tanah. Dulu kedai Mama Long ni pernah masuk drama, glamer tu..


Anak Mak Uda, kalau si Haziq pegi kedai Mama Long je nak buat rambut pacak, hari tu dah kena kontot kan rambut dia, tak dapat dia buat rambut pacak.. yang atas tu gambar sebelum, gambar selepas lum ambil lagi...hensem pulak Haziq bila dah kontot rambut..tgu esok ye..

Monday, July 6, 2009

Berarak lagi...



Untuk hari ketiganya, adik2 Mak Uda ni berarak lagi..hari semalamnya, Mak Uda tak pegi Kali ni Mak Uda anak-beranak ada menyibuk sekali. Sampai je rumah si Helmizal, pengantin baru sampai, apa lagi kitorang yang terlebih2 pulak excited.. Mak Uda bawak hadiah..apa tu? Benda yang berguna bila elektrik tak ade..he..he..lesung batu! Pecah rahsia sendiri...tapi tak kisah nak kata apa pun, janji cara membalutnya kreatif, macam mahal! Ha..ha...

Seronoknya, lama tak menyibuk macam ni...
Suka eee.... rantai kat leher tu larat ke nak pakai lama-lama...
Pelamain anganku menjadi... tak sempat nak tengok adik Mak Uda bersanding, tahu pasal apa? Sebab sakit jantung Mak Uda masa makan tu dengar kompang Cikgu Mat, memang best, lama, lagu pun lagu baru tapi telinga kena tahan sikit...bak kata orang macam tuannya...

Friday, July 3, 2009

Akhirnya..Selamat Pengantin Baru.

Adik2 Mak Uda ni dah selamatlah tadi menikah, 03 JULAI 2009. Selamat Pengantin Baru Helmizal dan Juliana, Mak Uda dengan Pak Uda ucapkan 'selamat' untuk diorang berdua ni. Berahsia betul adik-adik Mak Uda ni, sampaikan dah tinggal 2 minggu.. orang kat sekolah semuanya tak tahu, yang pecahkan rahsia tu Mak Udalah, sapa lagi.Buka je sekolah hari tu, Mak uda yang pukul canang, kesian diorang tapi itulah saat paling gembira sebenarnya.. Gamatlah sekolah.. Esok kenduri besar di rumah Ju, malam ni pun ada, tapi Mak Uda dah letih. Hari Ahad rumah Helmi baru pegi. Nanti Mak Uda upload gambar lagi. Berdebar2 adik Mak Uda tapi yang tersengih tu memang muka dia je penuh dalam kamera Mak Uda ni..Kak Yati, tokeh Zhulian dengan karipap frozen.
Helmi ni kreatif, bini dia pun sama, tengoklah hantarannya.. Nak tempah pun boleh bincang kot, nanti Mak Uda tanyakan. Semoga ceria, gembira dan sihat selalu. Biarlah bahagia hingga ke akhir hayat. Tak bergaduh tak best pulakkan, sikit-sikit dah le.. sebenarnya lepas tu Mak uda pun dapat cerita sedih pulak..

Rombongan Mak cik Siah..

Transformers 2..Revenge of the Fallen punya penangan, Mak uda dengan Pak Uda dah merancang lama, buat rombongan pegi tengok kat TGV, Jusco, Seremban 2. Tangan dah kontot mendail nak membooking, akhirnya 13 orang pegi, bawa segala anak2 dengan anak sedara.

Bukan anak-anak Ben 10 lagi, tapi anak bapak Tansformers pun ada, mak2 jagi blogger je sekarang ni.. Mak andak pun sekali..

Wah, teruja! Tak leh nak cakap seronoknya. Biarlah orang cakap kekurangannya, tapi tetap best. Balik Pak Uda beli DVD pulak, sambung kat rumah, tapi Mak Uda macam biasa nak habis je, Optimus Prime tengok Mak Uda lelap pulak..

Sungai oh sungai..

Cuti semester lepas, lepas mak buat kenduri, Mau Uda dengan Mak Andak je yang bercadang nak pi mandi sungai, tapi akhirnya 8 buah kereta yang pegi.. mak aii..macam pegi mengantar orang kawin..
Apalagi, Mak uda macam biasa jadi Quater Master Makanan, membeli dan menyiapkan makanan. Sebelum pegi memang seronok, teruja sungguh si Ayu sebab lama dah dia tak pegi. Sampai je, ciri2 nak hujan tu ada, samapi saja hujan pun turunlah, apo laeii, mandi dan kesejukan lah..makanan dah siap dah tentu habis.. sayangnya air sungai keruhlah pulak, selalunya jernih betul.. Lubok Talan, Kg. Batu, Rembau. Mak uda dalam kalut2 terlupa bawak kuali, nasib baik Kak Chik ada bawa periuk gergasi..bolehlah masak.. sapa tukangnya..Mak Udalah jugak.. Pak Uda pulak dah menggigil kesejukan, kesian.. duduk tepi je jaga anak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails