Friday, July 3, 2009

Akhirnya..Selamat Pengantin Baru.

Adik2 Mak Uda ni dah selamatlah tadi menikah, 03 JULAI 2009. Selamat Pengantin Baru Helmizal dan Juliana, Mak Uda dengan Pak Uda ucapkan 'selamat' untuk diorang berdua ni. Berahsia betul adik-adik Mak Uda ni, sampaikan dah tinggal 2 minggu.. orang kat sekolah semuanya tak tahu, yang pecahkan rahsia tu Mak Udalah, sapa lagi.Buka je sekolah hari tu, Mak uda yang pukul canang, kesian diorang tapi itulah saat paling gembira sebenarnya.. Gamatlah sekolah.. Esok kenduri besar di rumah Ju, malam ni pun ada, tapi Mak Uda dah letih. Hari Ahad rumah Helmi baru pegi. Nanti Mak Uda upload gambar lagi. Berdebar2 adik Mak Uda tapi yang tersengih tu memang muka dia je penuh dalam kamera Mak Uda ni..Kak Yati, tokeh Zhulian dengan karipap frozen.
Helmi ni kreatif, bini dia pun sama, tengoklah hantarannya.. Nak tempah pun boleh bincang kot, nanti Mak Uda tanyakan. Semoga ceria, gembira dan sihat selalu. Biarlah bahagia hingga ke akhir hayat. Tak bergaduh tak best pulakkan, sikit-sikit dah le.. sebenarnya lepas tu Mak uda pun dapat cerita sedih pulak..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails