Monday, April 26, 2010

Letihnya...

Salam semua..Mak Uda yang belum berkesempatan nak meng'update' blog...Penat betul minggu ni, macam lebuh raya tak ada 'R&R'...dahsyatnya kan..'non-stop' rasanya diari Mak Uda minggu lepas, hari ni dapat bernafas, tapi kerja di rumah pulak menimbun..sapa nak tolong? Mak Udalah jugak..tak apa cabaran hidup.
Mak Uda nak masukkan gambar banyak, tapi kepala otaknya malas..nak tidur aja rasanya...macam nak cuti seminggu pun ada..Pak Uda bagi tak agaknya? Ha..ha..

Mak Uda nak bagi tips tentang tidur sebenarnya..

Kebaikan Tidur  Waktu Siang

Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi:
"Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya." Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik- baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor."

Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti. Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja.

Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca- industri telah mendapati bahawa "92.5% pekerja- pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti." (Napping News: 'Scientific Proof Confirms: Napping Enhances Worker Productivity,' from eFuse).

Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai 'a midafternoon quiescent phase' atau ' a secondary sleep gate.' Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini ialah Dr. William A. Anthony, Ph.D. dan Camille W. Anthony, pengarang buku 'The Art of Napping at Work.' Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka 'Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping.'

Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam. (Gail Benchener: 'Parents and Sleep Deprivation,' Family.com)

Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi rupa- rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini.

Kebaikan Tidur Tanpa Bantal

Semua orang tahu bahawa tidur tanpa bantal memang tidak selesa. Tidak dapat tidur dengan lena. Tetapi tidur cara itu ada faedahnya. Jika kita mengamalkan tidur tanpa bantal dapat menghilangkan lemak di bawah lipatan dagu. Selain itu dapat menghilangkan rasa penat dan darah dapat bergerak dengan lebih lancar dan baik.

Kebaikan Tidur Lebih 6 jam

 Kebaikan Tidur di Pejabat ...
(petikan yang dibaca dari Utusan Online)

“SESETENGAH daripada kita menganggap bahawa lelap atau tidur sebentar pada waktu siang adalah sifat orang yang malas. Tidak kurang juga yang berandaian bahawa rutin tidur sebegini mengganggu kesihatan.

Namun tidak ramai yang mengetahui bahawa tidur sebentar pada waktu siang merupakan suatu amalan harian yang telah dipraktikkan oleh masyarakat di negara-negara Barat mahupun umat Islam sejak dahulu.

Ia dianggap sebagai praktis berkesan untuk menyegarkan semula badan dan minda yang juga dipanggil sebagai power nap. “




  Dahsyatnya gaya tidur anak Mak Uda..


Oleh sebab itu..mari kita tidur siang, tanpa bantal dan lebih 6 jam dan di pejabat...Agaknya, bos-bos marah tak? Seronoknya, nak berehat-rehat..

Thursday, April 15, 2010

Mengingati mu, Mak!

10  April 2004, mak Mak Uda pergi untuk selama-lamanya.. Mak Uda tak ada 'mood nk 'update' blog sebab-sebab teknikal pada Mak Uda ni..banyak sejarah tercatat pada 10 April ni..biarlah mak aje yang dalam kenangan..Sayang Mak!!!

Renung-renungkan kata-kata yang Mak UDa pinjam dalam 'Facebook' kawan Mak Uda, Miza..



Suatuketika…
Seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia. Menjelang
diturunkan, dia bertanya kepada Tuhan,

"Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimku ke
dunia. Tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? saya begitu kecil
dan lemah." kata si bayi.

Tuhan menjawab,

"Aku telah memilih satu malaikat untukmu, ia akan menjaga dan
mengasihimu.”

"Tapi di syurga, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi dan tertawa,
ini cukup bagi saya untuk
bahagia." kata si bayi.

Tuhanpun menjawab,

"Malaikatmu -akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari dan kau akan merasakan
kehangatan cintanya dan jadi lebih bahagia."

Si bayipun bertanya kembali,

"Dan
apa yang saya lakukan saat saya ingin berbicara dengan - Mu?"

Sekali lagi Tuhan menjawab,

"Malaikatmu akan
mengajarkan bagaimana kamu berdoa."

Si bayi pun masih belum puas, ia bertanya lagi,

"Saya mendengar di bumi banyak orang jahat, siapa yang akan melindungi
saya?"

Dengan penuh kesabaran Tuhan pun menjawab,

"Malaikatmu akan melindungimu dengan taruhan jiwanya sekalipun."

Si bayipun tetap belum puas dan melanjutkan pertanyaannya,

"Tapi saya akan bersedih kerana tidak melihat Engkau lagi."

Dan Tuhanpun menjawab,

"Malaikatmu akan menceritakanmu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar
kamu bisa kembali kepada-Ku. Walaupun sesungguhnya Aku selalu berada
disimu."

Saat itu syurga begitu tanangnya, sehingga suara dari bumi dapat terdengar
dan sang anak dengan suara lirih bertanya,

"Tuhan…jika saya harus pergi sekarang, bisakah Engkau memberitahu siapa nama malaikat
dirumahku nanti?"

Tuhanpun menjawab…

"Kamu dapat
memanggil malaikatmu… IBU…"

Kenanglah Ibu yang menyayangimu. Untuk Ibu yang selalu menitiskan air mata
ketika kau pergi… Ingatlah engkau ketika, ibumu rela tidur tanpa
selimut demi melihatmu tidur nyeyak dengan dua selimut membalut
tubuhmu.

Ingatlah ketika jemari
ibu mengusap lembut kepalamu ?

….dan
ingatlah engkau ketika air mata menitis dari mata ibumu ketika ia
melihatmu terbaring sakit?

Sesekali jenguklah ibumu
yang selalu menantikan kepulanganmu di rumah

tempat kau dilahirkan.

Kembalilah memohon maaf
pada ibumu yang selalu rindu akan senyumanmu.

Jangan biarkan engkau kehilangan saat-saat yang akan kau rindukan di masa
datang. Ketika ibu telah tiada…

Tak ada lagi yang berdiri
di depan pintu menyambut kita,

Tak ada lagi senyman
indah… tanda bahagia.

Yang ada hanyalah kamar
yang kosong tiada penghuninya.

Yang ada hanya baju yang digantung di lemari kamarnya.

Tak ada lagi dan tak akan ada lagi yang menitiskan air mata yang
mendo’akanmu disetiap hembusan nafasnya.

Kembalilah segera…
peluklah ibu yang selalu menyayangimu…

Ciumlah kaki ibu yang
selalu merindukanmu dan berikanlah yang terbaik diakhir hayatnya

Kenanglah semua cinta dan
kasih sayangnya...

Mengingatimu Mak- tiada lagi doa seorang ibu pada ulangtahun kelahiranku kali ini.Damailah mak di sana..Amin

Thursday, April 8, 2010

Testing..testing

Baru nak mencuba memasukkan bahan-bahan P&P melalui blog..Kesian, baru nak belajor..Mak Uda ada juga bahan-bahan yang nak dikongsi..tengah mencuba ni tau..kalau berjaya, lain kali Mak Uda akan cuba masukkan pelbagai bahan..Tunggu..

PJK Tahun 1:Tubuh Badan Saya

Wednesday, April 7, 2010

River Monsters

Ramai kaki pancing dalam rumah Mak Uda ni..Pak Uda, Pak Dak, Bang Teh, Alang Hamdan semuanya teruja bila nak pergi memancing ni..


Seronok jugak kalau diorang bawa balik ikan, tak adalah besar sangat macam dalam cerita 'River Monsters' ni..Mak Uda ni suka tengok cerita yang 'best' macam ni, tayangannya selalu pada hari Ahad,  pukul 10.00 di Astro, Saluran Animal Planet. Hos yang hebat ni namanya Jeremy Wade, bangga betul bila tengok dia dapat pancing ikan yang besar saiznya, memang dikategorikan sebagai 'Monster'.
Mak Uda ada tanya jugak kat hero mancing kat atas tu bila nak pegi Sungai Amazon nak tangkap ikan yang besar-besar tu, tapi belum ada jawapan lagi.Nak tengok banyak lagi gambar ikan yang besau-besau pegi lah pada link kat sini.

Dalam Kenangan..

Best pulak, petang-petang layan lagu ni..Bila Miza kata, Mak Uda ada tulis dalam autograf dia masa Maktab dulu, makin teringat kenangan-kenangan semasa di sana.. Terima kasih buat semua kawan-kawan Mak Uda, masa dulu, kini dan sampai bila, Mak Uda amat menghargainya.. Terima kasih jugak buat Ibu Ayu yang melayan Mak Uda mengulangkaji dalam kereta bersamanya, kira 'drive trough revision'..




Dalam Kenangan

Bila terkenang masa lalu rasa terharu
Segalanya masih kekal dalam kenangan
Tiba di persimpangan jalan berpisah jauh
Sekian lama di rantau bersendirian

Tiada lagi seruling senja mendayu
Tiada lagi ketawa riang bersama
Bila sepi mengusik hati
Semuanya kini dalam kenangan

Aku kirimkan restu pada ayah dan bonda
Budi dan jasamu tetap dalam kenangan
Teman seiring jalan kini jauh dariku
Kemesraan kita tetap dalam kenangan

Tiada lagi suara ombak di pantai
Tiada lagi bayu teberau membelai
Di saat sepi begini
Semuanya kini dalam kenangan

Bila masanya tiba nanti aku kembali
Pasti ada yang berubah dan tiada lagi
Dan bila kutinggalkan lagi kampung halaman
Segalanya abadi dalam kenangan

Sunday, April 4, 2010

Clash of The Titans


Alahai.. orang sibuk baca buku nak pekse hari Isnin, Mak Uda dengan Pak Uda pergi tengok wayang..Pak Uda tak pelah jugak dia tak periksa, yang Mak Uda ni..Ibu Ayu baca bukulah tu..sempat lagi Mak Uda ni 'update blog'.. Pak Uda kata Mak Uda boleh! Ha..ha..ye ke..Kitorg pegi tengok wayang, cerita 'Clash of The Titans', memang best cerita ni, Pak Uda kata cerita ni dulu dah ada, tapi dicantikkan lagi dengan teknik-teknik CGI yang lebih canggih..best..pegilah tengok.
 Hero 'Clash of The Titans'
Lepas ni cerita Super Hero 'Iron Man 2' pulak pada 07 Mei 2010, jom ramai-ramai pergi tengok, 'trailer'nya pun best.Klik pada 'link' tu untuk tengok 'trailer'nya..

Hero 'Iron Man 2'

Thursday, April 1, 2010

Tragedi 01 APRIL 2010.

Lubok China, 01 April- Mak Uda melaporkan, pada jam 4.30 petang sewaktu petir berdentam-dentum, kilat sabung-menyabung, hujan turun dengan lebatnya..tiba-tiba..tak dengar apa pun , cuma budak-budak dalam rumah ni takut, Si Haziq terus lelap. Pak Uda menengok kat luar nampak seorang abang ni sedang menelefon kat garaj rumah, menjerit-jeritlah mak dalam rumah ni kata jangan menelefon dalam petir sabung-menyabung ni, bahaya..sekali dipanggil tengok dah berdarah dahinya.. bila ditanya, katanya lori dia dah terbalik kat depan tu. Terkejut jugak, isy dahsyat jugak tu, panjang umur abang tu..berpusing lori dia bila mengelak  wayar eletrik yang putus tu dan terus terbalik, mujurlah tak ada kenderaan lain. Dahi abang ni berdarah, mungkin sebab dia terhantuk dalam lori tu ..

Mak Uda pun apa lagi, jadi 'reporter' lah sekejap, sibuk mengambil gambar, bukan selalu benda terjadi depan mata kan..Anak Ben 10 Mak Uda ni tidurlah pulak, tak dapat tengok..

Promosi Streamyx untuk pelajar..


Kejenya tak ade lain tolong promosi.. Macam menarik, sesiapa nak melanggan Streamyx di rumah dan anak-anak yang belajar di peringkat menengah dan tinggi bolehlah memohon, dengar-dengarnya boleh dapat Netbook percuma kalau terpilihlah.. Jangan kata Mak Uda cakap pulak, bacalah terma dan syaratnya..Mak Uda ni bukan apa, tolong promosi aje, tak dapat apa-apa pun..

Derma Darah

Hari tu Mak Uda dengan 2 orang kawan sekolah nak pergi menderma darah, tapi sedih Mak Uda tak boleh derma sebab darah tinggi..Kawan Mak Uda, Kak Mala boleh derma tapi darahnya cepat beku, Kak Hjh.Hamidah pulak tak jumpa urat, paham2 jelah..tapi darahnya laju saje mengalir dan cepat penuh beg darah tu..

Terfikir jugak macamana Mak Uda yang muda ni tak boleh derma, dan sekarang Mak Uda cuba diet untuk mengurangkan berat badan, bukannya gemuk sangat tapi darah tu kena turunkan bila kita  kurangkan pengambilan karbohidrat dan kanji. 

Mak Uda nak ajak lah semua tengok fakta yang Mak Uda ambil dari Fiq Online, manalah tahu ianya boleh membantu kita berdiet. Sekali Mak Udaa ambil cakap Indonesia lah pulak..


GOLONGAN DARAH O

Golongan darah O merupakan golongan darah paling kuno dalam sejarah manusia. Gen untuk golongan darah O berkembang pada suatu titik ketika peradaban manusia beralih dari hidup berburu dan berpindah-pindah ke komuniti  yang menetap di suatu tempat.

Tingkah Laku : Bertenaga, tidak mudah putus asa.

Masalah yang dihadapi : Kencing manis, masalah usus dan pencernaan, peredaran darah kurang baik, sakit pinggang dan belakang, kegemukan, kadar kolesterol yang tinggi, tekanan darah tinggi, kadar asam urat tinggi..(tolong bagitau apa maknanya), penyakit kanser, gout,penyakit jantung, penyumbatan arteri.

Diet : Makanan tinggi protein & kurangi karbohidrat

Sangat Bermanfaat (makanan yang beraksi sebagai ubat)
Brokoli, ubi, waluh..(apa ni), selada, ganggang laut, lobak china, bluberi, ceri, jambu biji, bumbu kari, kacang polong, kacang merah, semua jenis bawang, rumput laut, jahe, kailan, kunyit, Daging ( sapi, kerbau, rusa, domba, anak sapi )..sapa yang tahu tolong bagitau ye..

Netral (makanan yang beraksi sebagai makanan)
Ikan mas, belut, lobster, ikan tuna, ikan sardine, udang, telur (ayam, bebek), mentega, kacang ( hitam, merah, buncis, kedelai ), tempe, tahu, susu kedelai, bubur gandum, beras, kue beras, roti beras, tepung gandum, terung, tomat, labu, Daging ( ayam, , kambing, angsa, kalkun, arnab)

Hindari (makanan yang beraksi sebagai racun)
Daging babi, cumi-cumi, sotong, kerang, kodok, gurita, telur (angsa, puyuh), es krim, keju, susu sapi, yoghurt(semua jenis), minyak kelapa, penyu, minyak jagung, jagung, bunga brokoli, kacang tanah, kacang mede, kuaci, laichi, kentang, mentimun, kembang kol, jamur, blewah, jeruk mandarin, pisang raja, pare, anggur putih, kecap, kopi, minuman keras

GOLONGAN DARAH A

Golongan darah A merupakan manusia pertama yang menjalankan aktifitas pertanian karena nenek moyang sudah tinggal menetap dan tidak lagi suka berperang.

Tingkah Laku : Bertanggung jawab & romantis

Masalah yang dihadapi : Hilang kesabaran diri atau cepat marah, rembesan sebum berlebihan, penyakit jantung dan masalah saluran darah, kanker dan ulser, gaster, kegemukkan.

Diet : Makanan berkarbohidrat tinggi & kurangi lemak

Sangat Bermanfaat (makanan yang beraksi sebagai obat)
Bayam, brokoli, wortel, jamur ikan mas, kacang tanah, kacang buncis, kacang/ susu kedelai, tahu, tempe, tepung beras, bluberi, minyak zaitun, ikan mas, ikan sardine, (Siput, jus nanas, mangga, pisang, jeruk limau & sitrun).

Netral (makanan yang beraksi sebagai makanan)
Ikan tuna, telur ayam & bebek, telur puyuh, biji wijen, biji bunga matahari, kacang ercis / kapri, jagung, tapioka, roti gandum, labu, bawang merah, mentimun, talas, anggur (semua jenis), melon, blewah, pir, delima, kiwi, kurma, strowberi, kesemek, jambu biji, Daging (ayam, burung unta, belibis kalkun,burung dara)

Hindari (makanan yang beraksi sebagai racun)
Daging (sapi, kerbau, domba, bebek, angsa, kelinci, ayam hutan), lobster, gurita, kepiting, belut, kodok, udang, cumi- cumi, mentega, susu sapi, keju, es krim, susu, murni, acar, terung, tomat, ubi, kentang, jeruk, kelapa/ santan, melon madu, pisang (raja), pepaya, pare, air soda.

GOLONGAN DARAH B

Kunci golongan darah B adalah keseimbangan. Orang bergolongan darah B tumbuh dan berkembang baik melalui apa yang telah disediakan oleh dunia hewan dan tumbuhan. Artinya golongan darah B menunjukan kemampuan yang canggih dalam perjalanan evolusinya.

Tingkah Laku : Adaptasi & analitika

Masalah yang dihadapi : Kerusakan system syaraf, kesulitan untuk tidur berkualitas, sakit kepala dan migren, penyakit hati dan saluran empedu, masalah haid, sakit tulang belakang, kegemukkan, penyakit jantung.

Diet : Susu & produk susu

Sangat Bermanfaat (makanan yang beraksi sebagai obat)
Ikan laut, susu sapi, keju, buburgandum, roti essene, kue beras, brokoli, ubi, wortel, kembang kol, terung, teh hijau, Daging (kambing, domba, kelinci, rusa)

Netral (makanan yang beraksi sebagai makanan)
Cumi-cumi, ikan mas, ikan tuna, mentega, keju, telur ayam, kacang merah, kacang buncis, tepung beras, roti beras, bayam, brokoli, selada, mentimun, labu, kentang, sawi, mangga, melon, jeruk, pir, kurma, jambu biji, Daging (sapi, kerbau, kalkun, hati anak sapi)

Hindari (makanan yang beraksi sebagai racun)
Daging (bebek, ayam, angsa, belibis, babi, kuda, keong, kepiting, siput, belut, kodok, gurita, lobster, es krim, telur (bebek, angsa, puyuh), kacang tanah,roti gandum,tomat, waluh, jagung, avokad, pare, delima, kelapa/ santan, kesemek, belimbing, pir, air soda, minuman beralkohol.

GOLONGAN DARAH AB

Golongan darah AB merupakan golongan darah yang paling modern dan berusia kurang dari 1.000 tahun, jarang (5 % dari jumlah populasi), dan bersifat kompleks secara biologis. Karena anda membawa anti gen A dan B.

Tingkah Laku : Cerdik & penyabar

Masalah yang dihadapi : Perut kembung sakit jantung dan masalah saluran darah, kanker, kegemukkan, kesulitan tidur berkualitas, sakit sendi dan tulang.

Diet : Dapat menyesuaikan diri dengan berbagai jenis makanan

Sangat Bermanfaat (makanan yang beraksi sebagai obat)
Ikan sardin, ikan tuna, susu kambing, putih telur (ayam), keju ricotta, krim asam (rendah kalori), the hijau, anggur merah, Daging (domba, kelinci, kalkun),

Netral (makanan yang beraksi sebagai makanan)
Cumi-cumi, ikan mas, ikan tuna, mentega, keju, telur ayam, kacang merah, kacang buncis, tepung beras, roti beras, bayam, brokoli, selada, mentimun, labu, kentang, sawi, mangga, melon, jeruk, pir, kurma, jambu biji, Daging burung unta,

Hindari (makanan yang beraksi sebagai racun)
Daging (sapi, kerbau, ayam, bebek, angsa, babi, rusa kuda), lobster, kepiting, kodok, mentega, es krim, telor bebek, kacang hitam, acar, jagung, belimbing, delima, pare, pisang, kelapa, kesemek, jambu biji, mangga, saus tomat, kopi, soda, minuman beralkohol.

Kelakar bila baca..tolonglah bagitau maknanya, takde 'bibik' nak tanya..ha..ha..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails