Monday, April 26, 2010

Letihnya...

Salam semua..Mak Uda yang belum berkesempatan nak meng'update' blog...Penat betul minggu ni, macam lebuh raya tak ada 'R&R'...dahsyatnya kan..'non-stop' rasanya diari Mak Uda minggu lepas, hari ni dapat bernafas, tapi kerja di rumah pulak menimbun..sapa nak tolong? Mak Udalah jugak..tak apa cabaran hidup.
Mak Uda nak masukkan gambar banyak, tapi kepala otaknya malas..nak tidur aja rasanya...macam nak cuti seminggu pun ada..Pak Uda bagi tak agaknya? Ha..ha..

Mak Uda nak bagi tips tentang tidur sebenarnya..

Kebaikan Tidur  Waktu Siang

Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi:
"Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya." Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik- baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor."

Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti. Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja.

Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca- industri telah mendapati bahawa "92.5% pekerja- pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti." (Napping News: 'Scientific Proof Confirms: Napping Enhances Worker Productivity,' from eFuse).

Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai 'a midafternoon quiescent phase' atau ' a secondary sleep gate.' Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini ialah Dr. William A. Anthony, Ph.D. dan Camille W. Anthony, pengarang buku 'The Art of Napping at Work.' Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka 'Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping.'

Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam. (Gail Benchener: 'Parents and Sleep Deprivation,' Family.com)

Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi rupa- rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini.

Kebaikan Tidur Tanpa Bantal

Semua orang tahu bahawa tidur tanpa bantal memang tidak selesa. Tidak dapat tidur dengan lena. Tetapi tidur cara itu ada faedahnya. Jika kita mengamalkan tidur tanpa bantal dapat menghilangkan lemak di bawah lipatan dagu. Selain itu dapat menghilangkan rasa penat dan darah dapat bergerak dengan lebih lancar dan baik.

Kebaikan Tidur Lebih 6 jam

 Kebaikan Tidur di Pejabat ...
(petikan yang dibaca dari Utusan Online)

“SESETENGAH daripada kita menganggap bahawa lelap atau tidur sebentar pada waktu siang adalah sifat orang yang malas. Tidak kurang juga yang berandaian bahawa rutin tidur sebegini mengganggu kesihatan.

Namun tidak ramai yang mengetahui bahawa tidur sebentar pada waktu siang merupakan suatu amalan harian yang telah dipraktikkan oleh masyarakat di negara-negara Barat mahupun umat Islam sejak dahulu.

Ia dianggap sebagai praktis berkesan untuk menyegarkan semula badan dan minda yang juga dipanggil sebagai power nap. “




  Dahsyatnya gaya tidur anak Mak Uda..


Oleh sebab itu..mari kita tidur siang, tanpa bantal dan lebih 6 jam dan di pejabat...Agaknya, bos-bos marah tak? Seronoknya, nak berehat-rehat..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails