Mak Uda tertarik dengan berita semalam ni..
Contoh aje...
2010/05/25
PUTRAJAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) semalam mendedahkan kira-kira 45,000 atau tiga peratus daripada 1.5 juta kakitangan awam menggunakan sijil cuti sakit palsu untuk ponteng kerja.Presidennya, Omar Osman, berkata ada juga segelintir kakitangan awam mengambil cuti sakit kerana melakukan kerja sampingan.
Hari ni berlakulah satu insiden di sekolah, di mana kawan Mak Uda nak minta cuti sebab nak menghadiri Mesyuarat PIBG di sekolah anaknya, dan dia pun memohonlah Cuti Rehat Khas, tapi tak ada yang berani nak luluskan sebab Guru Besar tak ada di sekolah hari ni. Bila Mak Uda fikirkan balik, inilah antara sebab yang berlaku apabila cuti sangat susah diluluskan. Kita bukannya nak pergi berjoli atau makan angin, tapi ada keperluan yang perlu kita selesaikan. Siapa yang nak menjawab isu ni sebenarnya?
Kesian kawan Mak Uda, dia kenalah ambil MC jugak sebab nak pegi ambil anak dia dan hadir ke mesyuarat tu sebab kalau ibu bapa atau penjaga yang tidak hadir anaknya tidak boleh diambil, cuti 3 hari nikan sempena Hari Wesak.
Kesudahannya Mak Uda terbaca pulak dalam Fiq Online hari ni...
Pendedahan Cuepacs mengenai kira-kira 45,000 atau tiga peratus daripada 1.5 juta kakitangan awam menggunakan sijil cuti sakit (MC) palsu untuk ponteng kerja, mencetuskan persoalan apakah perlu pekerja mengemukakan MC apabila sakit?
Persoalan itu dibangkitkan Presiden Persatuan Perubatan Doktor Utama Malaysia, Dr Molly Chuah, kerana di negara maju seperti United Kingdom, pekerja tidak perlu mengemukakan MC, sebaliknya memadai dengan memberitahu majikan yang mereka tidak dapat bekerja apabila sakit.
“Majikan di negara berkenaan meletakkan kepercayaan tinggi terhadap pekerja dan sistem yang diamalkan sejak lebih 20 tahun lalu itu, ternyata berkesan dalam mengurangkan pengambilan cuti sakit.
"Sistem itu berjalan baik kerana majikan percaya kepada pekerja, tambahan pula ada mekanisme menilai prestasi pekerja. Kalau pekerja kerap mengambil cuti sakit atau banyak masalah peribadi lain, ia menjejaskan peluang kenaikan pangkat atau pemberian bonus.
"Apa yang penting, perlu ada nilai kepercayaan antara pekerja dan majikan. Kalau kita tidak percaya kepada pekerja, mereka akan menipu lagi," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Sehubungan itu, beliau menyarankan kerajaan mengguna pakai sistem itu untuk mengatasi masalah pekerja yang sering mengambil cuti sakit.
Kelmarin, Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata kira-kira 45,000 atau tiga peratus daripada 1.5 juta kakitangan awam menggunakan MC palsu untuk ponteng kerja.
Beliau berkata, ada juga segelintir kakitangan awam mengambil MC selepas melakukan kerja sampingan untuk menambah pendapatan.
Dr Molly tidak menolak kemungkinan wujud penipuan bagi mendapatkan MC, tetapi menganggapnya sebagai kes terpencil.
“Kalau ini berlaku, ia perlu dilaporkan segera untuk siasatan, tetapi setakat ini kami tidak menerima sebarang laporan berhubung perkara ini.
"Oleh itu, tidak adil untuk menyalahkan doktor yang memberi MC kerana bukan tugas doktor untuk membuktikan pesakit mereka menipu. Kalau mereka kata pening kepala keterlaluan, tidak boleh bekerja, apa boleh kami buat, sudah tentu saya bagi MC," katanya.
Beliau berkata, MC dikeluarkan doktor perubatan bertauliah dan diperakui kerana doktor tidak boleh sewenang-wenangnya memberi cuti sakit tanpa pemeriksaan teliti.
Kesudahannya: Berilah kepercayaan kepada kami sebagai kakitangan awam ni untuk berkhidmat dengan jujur dan ikhlas dan janganlah selalu menyalah anggap apa yang kami lakukan..Ada sesiapa yang menyokong Mak Uda?
2 comments:
Mok de memang benar, kalau di Norway contohnya. Seorang pekerja kena flu, dia diberikan cuti serta merta selama seminggu. Sebab..tidak mahu berjangkit pada pekerja yang lain dan natijahnya..nanti satu department kena mc pula..
semuanya base on trust, di sini kadankala majikan tidak mempercayai pekerja dan ini memberi peluang pekerja menipu..
tulah pasal kak yati, mok de ni karang cakap lebih2 kata kurang ajau..geram je kan, nanti kak yati buat buku pasal cuti ni..menolong mok de meluahkan perasaan...
Post a Comment