Cuti semester akan datang dua minggu lagi. Ke mana kita cuti ni, Mak Uda insya allah akan....ke kelas tambahan untuk tahun enam minggu pertama tu..Minggu ke dua tak tahu lagi, tak boleh nak merancang awal-awal, sebab selalunya tak jadi. Jadi bila 'last minute' baru redah aje..selalunya jadi. Yang pastinya, orang kawin memang banyak jemputan cuti ni, tak pergi tak boleh nanti orang kecil hati, kenduri-kenduri yang kecil pun ada jugak.
Di Melaka cuti ni akan diadakan SUKMA ke-13,mehlah datang ramai-ramai ke Melaka tengok SUKMA, teringat masa zaman akhir di Maktab dulu, Kuantan jadi tuan rumah SUKMA, beraturlah panjang-panjang di tepi pagar tengok maskot melintas, masa tu gajah. Malamnya, Mak Uda dengan kawan serumah Andak Yan dengan Acu Ikin menyelit-nyelit di tengah-tengah orang ramai nak mintak masuk 'free' stadium, nak tengok perasmian SUKMA..Ni dah kawin dan beranak-pinak tak terbuat dah macam dulu..Rupa-rupanya, bila balik duduk kat rumah sewa tengok bunga api lagi seronok, tak payah nak berhimpit-himpit dan merayu-rayu kat urusetia nak minta masuk stadium..Itulah kenangan kan..Pak Uda tak tahu cerita ni, dulu bini dia ni suka buat gila-gila sikit...
Ada juga tempat baru yang dah dibuka iaitu 'Melaka Wonderland'.. Mak Uda belum pergi pun, pandu lalu je selepas Tol Ayer Keroh nak ke Mydin atau Jusco, nampak lah papan tanda, dekat dengan Hutan Rekreasi Ayer Keroh,berdepan dengan Zoo Melaka. Macam seronok je nampaknya, penuh dengan bas pelancongan depan tu. Nantilah Mak Uda buat intipan ye, Mak Uda ni tak suka tempat mandi yang macam tu, nanti airnya tak dijaga dan mudah kena jangkitan kulit, lagi-lagi Si Amir anak Mak Uda yang sulung mudah kena penyakit kulit, tapi alhamdulillah dah baik..nak petuanya, tanya Mak Udalah..
Nampak macam belum siap sepenuhnya, tapi dah ada kolam-kolam yang boleh mandi-manda, perasmian pecah tanah 15 Mei hari tu, ada lagi yang dalam proses nak melengkapkan tempat ni. Seronok kan,macam-macam ada di Melaka. Kalau jalan sesak nak ke Melaka,ikut jalan lama, jangan ikut lebuh raya, ikut depan rumah Mak Uda ni,lalu Lubok China turun tol Pedas atau Tol Simpang Empat, tapi berbelok-belok lah. Melaka sekarang ni sibuk, ada SUKMA ni lagilah sibuk sebab ramai orang suka menyibuk, jadi pergilah cuti tempat lain.. ha..ha...
2 comments:
saya dok dekat sini pun tak jejak kaki lagi ke melaka wonderland!
he3x, buat malu oranag melaka aje...!nanti SUKMA sibuk lah sangat2 melaka ni...tak SUKMA pun , kalau time cuti Sonata malas betul nak keluar rumah...sesak!
mok de ni menulis pasal melaka, tp yang peginya balik2 tempat shopping, Pak Uda kuat bershopping lah kalah kan pompuan, Mok de follow je..
Post a Comment