Puas jugak rasanya cuti ni..esok dah mula sekolah balik..Buat kawan-kawan guru, selamat mengajar dan buat anak-anak murid, selamat belajar semula, tak lama lagi nak periksa UPSR, sekejap je rasanya dah nak hujung tahun balik.
Selamat kembali ke sekolah...
Sunday, June 20, 2010
Ayah, Abah, Bapak,.....
Selamat Hari Bapa buat yang terutamanya buat Ayah Amir Hazwan, Ammar Hariz dan Amrin Haziq tak lain dan tak bukan Pak Udalah..Hazri Bin Ayob..Semoga abang akan menjadi ayah yang sentiasa kekal di hati anak-anak, sihat selamanya, dimurahkan rezeki dan berjaya dalam segala apa yang abang lakukan..Hari ni juga hari lahir Amir, jadi dua sambutan sekali hari ni.
Untuk bapak, abah, abi, daddy, walid dan segala bapa di muka bumi ni, semoga hari ini bukan sahaja disambut pada hari ini, malahan setiap hari kita mesti mengingati mereka..Kita bukan macam anak-anak di Amerika Syarikat yang bermusim mengingati ibu bapa mereka, tetapi kita adalah orang muslimin dan muslimah yang seharusnya mengingati ibu bapa kita setiap hari. Jangan sekali-kali kita abaikan dari ingatan kita dan sekiranya nak melawan, berfikir buruk dan baiknya..sayangi mereka semasa ada jangan dan tak ada nanti baru mengagau nak mencari yang sama macam tu. Mak Uda sebenarnya tak teruja pun nak menyambut Hari Bapa sebab sebenarnya kita mesti ingat bapa atau ayah kita hari-hari, tetapi pagi tadi Mak Uda menonton Hujung Minggu Malaysia, ada dijemput Tan Sri Hassan Azahari dengan anak-anaknya. Penghunjungnya ada lagu Ayah dari penyanyi Aisyah. Sedih pulak dengar lirik lagu tu, teringat kat arwah Abah, Abdul Rahman B Sarbini..Abah pergi selepas Mak Uda jadi cikgu 2 tahun..Abah memang baik, lembut je..Sayu hati kalau nak cerita penghabisan riwayat arwah, nanti bila sampai tarikh pemergian abah Mak Uda tulis entry tentang arwah abah pergi menghadap Ilahi 07 September..
Ayah
Belum pun ada satu hari yang berlalu
Tanpaku mengenangmu
Terkilan hati ini
Menerima hakikat
Kau tak berkesempatan
Menyaksikan hasil perjuanganku
Percayalah ayah
Selagi hidup ini
Nasib ibu tidak akan dipersiakan
Kami rindu ayah
Sering ku tanya
Mana tujuan
Namun hampa jawapannya
Begitu pun masa
Tiada mengizinkan
Perginya
Tinggalkan semua
Perjuangan
Diperjuangkan
Demi Tuhan dia rela
Menghitung hari-hari
Mengenangkan kembali
Perginya
Bertemu Ilahi
Bilakah pasti
Ayah
Demi Tuhan ku bersyukur
Petunjuk-Nya menyedarkan kita
Meskipun dosa
Tiap hari ku pinta
Agar bersih
Semuanya
Penderitaan
Dan perjuangan
Jasamu
Tetap ku kenang
Suatu yang sedih
Bergumpal di hati
Tiada
Mampuku beri
Hanya doa terukir
Setulusnya murni
Ku pinta
Pada-Mu Ilahi
Setiap hari
Ayah
Demi Tuhan ku bersyukur
Petunjuk-Nya menyedarkan kita
Meskipun dosa
Tiap hari ku pinta
Agar bersih
Semuanya
Penderitaan
Dan perjuangan
Jasamu
Tetap ku kenang
Oh~ Ayah
Monday, June 14, 2010
Blog Mak Uda_Pak Uda
Muka depan blog Mak Uda_Pak Uda dah lain kan? Seronok malam tadi 'explore' BLOGSPOT dengan Mak Andak.. Macam-macam ada yang baru ni, dah ada 'background' yang cantik..'layout' pun tak payah susah-susah nak mengemaskini blog sekarang..
Background
Layout
Advanced
Templates
Seronoknya buat blog..jom belajar.
Gila Bola, Tidur Bola...
Alahai, memang best tengok bola..Mak Uda ni nasib baik jauh je dengan Afrika Selatan tu, kalau tak dah duduk bertangga kat stadium tu tengok bola. Yang tengok kat rumah pun sampai tersengguk-sengguk nak bangun pagi..Macamanalah agaknya orang yang betul gila bola sekarang ni. Mak Uda kalau tengok sorang-sorang pun macam ramai..heboh mulut tu..agaknya kalau boleh jerit maunya bergegar rumah mertuaku ini..ha..ha..
Mak Uda semalam tak dapat tengok..tah pasal apa TV1 tak ada siaran bola..Ulangan pun boleh layan jugak. Pukul 4 pagi boleh tekan TV..nasib baik ingat pesan Pak Uda buat nasi lemak, kalau tak terlangsung lagilah nampaknya.
Ada jugak tragedi yang berlaku, bila kalah macam-macam2..
Mak Uda semalam tak dapat tengok..tah pasal apa TV1 tak ada siaran bola..Ulangan pun boleh layan jugak. Pukul 4 pagi boleh tekan TV..nasib baik ingat pesan Pak Uda buat nasi lemak, kalau tak terlangsung lagilah nampaknya.
World Cup Ball - Jabulani
Pasal bola ni pun boleh jadi isu...nampak bulat je kan? Harga bola ni USDRM149.99..ada offer USD134.99..mahalnya... di Indonesia Rp50000.
Pasal bola ni pun boleh jadi isu...nampak bulat je kan? Harga bola ni USDRM149.99..ada offer USD134.99..mahalnya... di Indonesia Rp50000.
.Kita tunggu lepas habis World Cup 2010 baru beli...
Ada jugak tragedi yang berlaku, bila kalah macam-macam2..
Thursday, June 10, 2010
Diari Hidup Yang Sibuk..
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati.
Mak Uda yang sentiasa sibuk dengan diari seharian Mak Uda. Dari 'entry' 01 Jun sampailah 10 Jun ni, penuh dengan aktiviti. Tapi insya Allah, Mak Uda ingat 5 yang di atas tu...
Jamuan Persaraan Cikgu Sallabiah dan Perpisahan Hazlin, Norini dan Zai Ummi ,
27 Mei 2010.
Bestnya makan di Hotel Seri Malaysia Melaka..memang berbaloi-baloi..banyak makanan. Walaupun, orang yang diraikan bersara tak datang tapi yang berpisah tu hadir jugak..Lin, Norini dengan Zai Ummi datang jugak majlis tu.
Program Berkhatan Beramai-ramai 2010, 5 Jun 2010.
Julung-julung kalinya sekolah Mak Uda buat majlis ni, memang seronok tapi mengendalinya memang penat.. Tak buat memang tak tahu kepenatannya.. Macam-macam karenah nak dilayan, kalau di rumah kita sendiri lain. Kalau dicerita tak larat..tapi still seronok. Berolek besar macam kenduri kahwin.
Reunion Kawan Lama SMK Undang Rembau, Mak Uda Tahun 1987-1991 kat sekolah tu..Seronok jumpa kawan-kawan lama, walaupun tak ramai yang datang, buat kat rumah Kirot sebab hujan..plan nak buat di Taman Tasik Seremban... tapi oklah..best jumpa Kirot, Masni(pencadang buat reunion), Ajoe, Shimah, Rozie, Yam, Emi..Seronok betul..Inilah faedah yang ada dalam Facebook, dapat jumpa kawan-kawan lama.. Sorang je lagi kawan yang Mak Uda tak jumpa di alam siber ni.. Thanks kawan-kawan yang bawa makanan, Mak Uda bawak sekotak tisu aje..kepenatan kat rumah macam kenduri jugak..adik beradik Pak Uda balik ramai-ramai sempena anak-anak saudaranya bersunat..
BBQ kat rumah pulak lepas balik dari reunion tu..panggang kambing dengan ayam..Pesta makan-makan..
Tuesday, June 1, 2010
Buat Blog
Buat blog memang memang menyeronokkan...sekurang-kurangnya kita ada diari dan kenangan yang kita tinggalkan untuk anak cucu yang tinggal nanti..Mesti diorang kata, "Pandai nenek aku buat blog dulu-dulu, celik IT nenek aku". Punyalah bangga kita dalam kubur masa tu. Kadang-kadang tak sempat nak 'update' blog ni, macam-macam kerja nak buat, macam-macam cerita nak masukkan, mana yang edit gambar lagi..tapi memang seronok kalau dah berjaya..
Mak Uda cuma nak kongsi untuk buat 'backgrounds' blog aje dulu, kalau nak belajar penuh, dah banyak blog yang ajar cara buat blog.. Contohnya pegi je ke 'link' ni..akan diajar cara buat blog yang mudah.
Yang nak pilih latar blog boleh lah pegi ke laman sesawang ni..Mak Uda dan Ibu Ayu guna yang ni:
Yang ini pun boleh..Mak Andak Lin guna yang ini:
Cara-caranya:
1. Log in masuk blog masing-masing dan akan membawa kepada 'Dashboard' kita.
2. Kemudian pilih 'Layout' pada paparan 'Dashboard' tadi.
3. Pada paparan 'Layout' pilih ' Add A Gadget' dan klik pada HTML/ Java Script.. simbol (+)
4. Pada paparan 'Configure HTML/JavaScript' Screen', salin 'HTML Code' pada 'background' yang telah kita pilih dan klik 'save'. Contoh Kod HTML Background atas:
<script>document.write(unescape("%3Cstyle%20type%3D%22text/css%22%3E%0Abody%20%7B background-image %3A%20url%28%22http%3A//i342.photobucket.com/albums/o401/Thecutestblogontheblock/BerniceBackgroundcopy.jpg %22%29%3B%20background-position%3A%20center%3B%20background-repeat%3A%20no-repeat%3B%20 background-attachment %3A%20fixed%3B%20%7D%0A%3C/style%3E%0A%3Cdiv%20id%3D%22tag%22%20 style%3D%22position%3Aabsolute %3B%20left%3A0px%3B%20top%3A30px%3B%20z-index%3A50%3B%20 width%3A150px%3B%20height%3A45px%3B%22%3E%0A%3Ca%20href%3D%22 http%3A//www.thecutestblogontheblock.com%22%20target%3D%22_blank%22%3E%0A%3Cimg%20src %3D%22http%3A//www.thecutestblogontheblock.com/images/tag.png%22%20border%3D%220%22/ %3E%0A%3C/a%3E%3C/div%3E%20"));
5. Untuk melihat hasilnya, klik 'View Blog' pada sebelah atas paparan 'Dashboard'.
Boleh nak ubah berapa banyak kali pun, tapi pastikan kita 'Remove' dulu paparan HTML/ Java Sript pada 'Dashboard' kita... Selamat mencuba.
Subscribe to:
Posts (Atom)