Selamat Hari Bapa buat yang terutamanya buat Ayah Amir Hazwan, Ammar Hariz dan Amrin Haziq tak lain dan tak bukan Pak Udalah..Hazri Bin Ayob..Semoga abang akan menjadi ayah yang sentiasa kekal di hati anak-anak, sihat selamanya, dimurahkan rezeki dan berjaya dalam segala apa yang abang lakukan..Hari ni juga hari lahir Amir, jadi dua sambutan sekali hari ni.
Untuk bapak, abah, abi, daddy, walid dan segala bapa di muka bumi ni, semoga hari ini bukan sahaja disambut pada hari ini, malahan setiap hari kita mesti mengingati mereka..Kita bukan macam anak-anak di Amerika Syarikat yang bermusim mengingati ibu bapa mereka, tetapi kita adalah orang muslimin dan muslimah yang seharusnya mengingati ibu bapa kita setiap hari. Jangan sekali-kali kita abaikan dari ingatan kita dan sekiranya nak melawan, berfikir buruk dan baiknya..sayangi mereka semasa ada jangan dan tak ada nanti baru mengagau nak mencari yang sama macam tu. Mak Uda sebenarnya tak teruja pun nak menyambut Hari Bapa sebab sebenarnya kita mesti ingat bapa atau ayah kita hari-hari, tetapi pagi tadi Mak Uda menonton Hujung Minggu Malaysia, ada dijemput Tan Sri Hassan Azahari dengan anak-anaknya. Penghunjungnya ada lagu Ayah dari penyanyi Aisyah. Sedih pulak dengar lirik lagu tu, teringat kat arwah Abah, Abdul Rahman B Sarbini..Abah pergi selepas Mak Uda jadi cikgu 2 tahun..Abah memang baik, lembut je..Sayu hati kalau nak cerita penghabisan riwayat arwah, nanti bila sampai tarikh pemergian abah Mak Uda tulis entry tentang arwah abah pergi menghadap Ilahi 07 September..
Ayah
Belum pun ada satu hari yang berlalu
Tanpaku mengenangmu
Terkilan hati ini
Menerima hakikat
Kau tak berkesempatan
Menyaksikan hasil perjuanganku
Percayalah ayah
Selagi hidup ini
Nasib ibu tidak akan dipersiakan
Kami rindu ayah
Sering ku tanya
Mana tujuan
Namun hampa jawapannya
Begitu pun masa
Tiada mengizinkan
Perginya
Tinggalkan semua
Perjuangan
Diperjuangkan
Demi Tuhan dia rela
Menghitung hari-hari
Mengenangkan kembali
Perginya
Bertemu Ilahi
Bilakah pasti
Ayah
Demi Tuhan ku bersyukur
Petunjuk-Nya menyedarkan kita
Meskipun dosa
Tiap hari ku pinta
Agar bersih
Semuanya
Penderitaan
Dan perjuangan
Jasamu
Tetap ku kenang
Suatu yang sedih
Bergumpal di hati
Tiada
Mampuku beri
Hanya doa terukir
Setulusnya murni
Ku pinta
Pada-Mu Ilahi
Setiap hari
Ayah
Demi Tuhan ku bersyukur
Petunjuk-Nya menyedarkan kita
Meskipun dosa
Tiap hari ku pinta
Agar bersih
Semuanya
Penderitaan
Dan perjuangan
Jasamu
Tetap ku kenang
Oh~ Ayah
No comments:
Post a Comment