Mak Uda dapat dua kad ucapan Hari Guru daripada YB Dun Ayer Limau, orang lain punya satu je...(ayat berlagak...) |
Yang pastinya kita sebagai guru telah mengorbankan terlalu banyak, yang pastinya ilmu yang berguna, sampailah kita tiada nanti, semoga ianya dimanfaatkan...
Keduanya, pengorbanan tenaga, kalau bab ini, memang tak terjangkau Mak Uda rasa, bila dibuat rasa macam tah apa-apa tapi rasanya pengorbanan tenaga ni memang susah nak diukur, Mak Uda bukannya nak berlagak tapi rasanya bekas anak-anak murid Mak Uda kalau jumpa mesti bertanya, "Cikgu duduk kat padang lagi?"...Apa yang Mak Uda boleh jawab, Inilah lah cikgu mampu buat biar awak boleh pergi jauh lagi...
Yang kat bawah ni kawan Mak Uda yang membuat kerja serupa dengan tukang kebun tetapi sebagai seorang guru inilaah yang kami lakukan walaupun bukan bidang kerja kami.
Ketiganya, pengorbanan masa...Yang ini memang tak boleh nak cakap. Pukul 7.00 pagi dah terpacak kat sekolah kalau nak menghantar bebudak sekolah pergi masuk apa-apa pertandingan, kaler kulit tak boleh nak cakaplah, tak sempat nak putih... Kalau mengajar kelas peperiksaan pulak, berebut-rebut masuk ke kelas nak memandaikan budak-budak tapi bukanlah memandai-mandai, dan itupun masih ada yang mengatakan kami ni tak pandai lagi mengajar, tak pelah...Allah Maha Mengetahui... Yang bawah ni kawan Mak Uda jugak yang sempat lagi mengecat mural walaupun ada kelas lagi selepas itu...
Semoga pengorbanan kami dihargai dan dipandang dengan dua belah mata sesiapa sahaja, bukan tugas kami mengajar sahaja tetapi inilah hakikatnya "tugas guru pada masa kini"...Gurulah pelakon, pelukis, tukang kebun, polis, jururawat, perunding dan yang 'sebaris' dengannyalah....Tak kira betapa banyak tugas kami sehari tetapi kami tetap sayangkan tugas kami "Mendidik Anak Bangsa!!!"
Tetapi yang paling Mak Uda suka sekali hari ini, Mak Uda jumpa seorang bekas murid...
Kerja Mak Uda setiap tahun tetap menyediakan hadiah untuk semua guru-guru anak Mak Uda...Terima Kasih kerana memandaikan anak-anak Mak Uda dan Pak Uda... |
No comments:
Post a Comment