Sunday, May 22, 2011

Tragedi Tanah Runtuh...

 Gambar yang dah dibesarkan...Comel betul yang kecik-kecik tu...



Sekalung ucapan takziah dari blog Mak Uda_Pak Uda buat keluarga adik-adik, anak-anak Yatim di  Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat yang melibatkan 25 orang mangsa. Semua mangsa yang tertimbus berjaya diselamatkan oleh pihak penyelamat sehingga awal 5.30 pagi tadi yang telah bermula jam 2.45 petang semalam. Daripada 25 orang mangsa tersebut 9 mengalami cedera manakala 16 orang daripadanya telah terkorban.  Sedihnya bila mengenangkan nasib mereka, dah lah tidak beribu dan bapa, perginya pun dalam keadaan yang tidak disangka-sangka, Allah Maha Mengetahui...


Kadang-kadang kejadian beginilah yang memberi keinsafan kepada Mak Uda dalam menjalani kehidupan seharian, Mak Uda tak mahulah terlalu gembira sehingga kadang-kadang melalaikan kita dengan dunia yang sementara ini. Semoga Allah sentiasa menyedarkan Mak Uda dan Pak Uda sekeluarga betapa pentingnya nafas yang Allah berikan kepada kita. Janganlah Mak Uda ni mengejar keduniaan sahaja...Ingatkan Mak Uda jika terlupa!!!  Semoga anak-anak yang pergi ini di tempatkan bersama-sama orang yang dipilihNYA... Nama-nama anak yang terkorban dan terselamat boleh di baca di sini...

2 comments:

mahizan.com said...

sedih sgt kan?sy pun menitiskan air mata tiap kali baca pasal ni

Rusiah_Hazri said...

Mak Uda sedih jugak...lebih2 lagi bila dikebumikan dalam satu lahad...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails